5

3.7K 52 3
                                    

Mataku membaca satu demi satu salinan pdf yang sudah disimpan oleh Nazumi kedalam tablet. Semuanya maklumat yang sama, yang sudah aku baca berulang kali. Namun kali ini aku mengharapkan yang mungkin aku mampu melihat apa² yang mungkin aku sudah terlepas pandang.

"Damn it." Keluhku.

Semuanya masih sama. Tiada yang berbeza. Aku membuka aplikasi Gmail dan menekan peti masuk. Belum ada jawapan dari IT Department berkenaan video CCTV yang aku tanya tengah hari tadi. Aku mengeluh lagi. Jam menunjukkan pukul 7 PM.

"Makan luar lah malam ni." Kataku lalu masuk ke bilik dan bertukar pakaian.

Aku sampai ke ke kedai makan yang terletak kira² lima minit dari rumahku. Niatku yang hendak mendengar lagu 'Head Held High' nyanyian Sera semasa berjalan tadi aku batalkan, apabila teringatkan kes Hunter yang sedang aku siasat.

Aku melihat keadaan kedai yang sesak dan memilih untuk duduk dihujung kedai, dimana ada dua meja kosong.

"Hai abang Aryan! Nak makan apa hari ni?" Aku senyum mendengarkan suara itu.

"Sayang suggest apa?" Tanyaku sambil senyum.

"Apa ni panggil orang sayang? Hahaha!" Sahut Levi (sebutan Lee Vai).

"Laaa..takkan lah tak boleh kot? Bukan Levi cakap Levi sayang abang ke?" Gurau ku lagi. Levi ketawa semakin kuat.

"Memang lah sayang tapi janganlah panggil sayang masa ada orang. Malu." Jawabnya. Aku senyum. Mataku menatap wajahnya yang comel dengan rambut kerintingnya.

"Levi seriously looks like.."

"Amirchik. I know. Abang dah cakap banyak kali dah."

"It's true what?"

"Yela tu. Ni nak makan apa? Orang dah tanya banyak kali dah kan?"

"Ermm.. Nasi putih dengan Tomyam Daging? Err..sayur campur, dengan ulam?" Levi menulis kedalam buku notanya.

"Okay. Minum?"

"Teh C Special? Gula apong kay?"

"Yeah. Sure. Anything else?" Tanyanya.

"A kiss on the cheek?" Balasku. Levi menulis sekejap sebelum berhenti lalu ketawa.

"Abang ni kan.." Katanya dan melangkah pergi. Aku memandang ke meja yang kosong tadi kini sudah diduduki sepasang kekasih. Aku memandang ke tempat lain.

"Hai? Maaf ganggu. Meja semua penuh. Kalau awak makan sorang, boleh saya makan sini jugak tak?"

Aku menoleh ke tepi dan melihat seorang lelaki berdiri disitu. Dia menggunakan joggers pant dan baju jersi Barcelona. Rambutnya lurus disikat ketepi. Mukanya nampak bersih tanpa misai atau janggut. Dia nampak agak tidak selesa. Aku juga tidak selesa. Aku lebih suka makan sendiri namun aku tahu yang tiada meja kosong lagi disitu.

"Eh, boleh je. Tak ganggu pun. Duduk lah." Pelawaku. Lelaki itu senyum lalu duduk.

"Minta maaf sangat² sebab ganggu. Saya dah cari dah meja lain tapi takde. Kalau awak tak selesa, saya boleh je tunggu kat tepi dulu." Sambungnya. Aku merasa kekok.

"Eh, takpe. Aku pun memang makan sorang je. Okay je. Aku Aryan Zayn." Kataku lalu menghulurkan tanganku. Lelaki itu menyambut tanganku dan senyum.

"Saya Jay Arlizan. Terima kasih sebab benarkan saya duduk sini." Katanya.

"Eh? Kawan abang baru sampai ke?" Tegur Levi ketika menghantar pesanan makanan aku.

"Oh, ya. Levi? Ni Jay Arlizan. Jay Arlizan, ni Levi. Kedai ni ayah Levi yang punya." Jay Arlizan bersalaman dengan Levi. Setelah mengambil pesanan Jay Arlizan, Levi berlalu pergi.

PULAUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang