"So tell me, why you?"
Aku duduk dikerusiku lalu mengambil fail yang sudah Nazumi letakkan di mejaku. Mataku mula membaca baris demi baris maklumat yang sudah ditaip dan diringkaskan untukku.
"Saya adalah calon yang terbaik untuk tugasan ini kerana saya merupakan kadet yang paling.."
"Huh?" Aku mendongak dan melihat wajahnya buat kali pertama dan aku sedikit terpesona.
"Huh? Maksud tuan?" Tanyanya keliru. Aku kembali membaca fail yang aku pegang.
"Tell me something that I don't know." Kataku malas sambil cuba mengabaikan sesuatu yang mulai bangkit didalam seluarku.
"Oh? Ermm.." Beberapa minit berlalu.
"Oh for fuck sake! Kenapa kau rasa kau sesuai untuk jadi spy untuk Island Shipping?" Suaraku agak kuat, mungkin terlebih kuat daripada apa yang aku mula² rancangkan.
"Maaf tuan kalau jawapan saya tidak memuaskan hati tuan." Jawabnya sedikit perlahan namun masih yakin. Aku mengeluh.
"Nama aku Aryan Zayn. Tak perlu panggil tuan." Kataku, cuba menenangkannya.
"Let's..start over. Kenalkan diri." Kataku lalu meletakkan fail kembali ke meja dan menatap wajahnya.
"Saya Kadet Austin Imran, berusia 24 tahun dan berasal dari kampung.."
"Okay Kadet Austin Imran. Why you?" Tanyaku lagi. Aku merasakan yang aku masih lagi bertindak professional meski mataku tidak berhenti memerhatikan bibirnya yang nipis dibahagian atas namun tampak penuh dibahagian bawah. Sesuatu berdenyut lagi didalam seluarku membuatkan aku menoleh ke luar, cuba memastikan yang otakku tidak merayau terlalu jauh.
"Berdasarkan laporan yang sudah saya baca, Hunter tampak berminat dengan lelaki normal yang mempunyai bentuk badan dan rupa paras yang menarik. Hunter juga.."
"Jadi Kadet Austin Imran, kau rasa kau lelaki normal yang mempunyai bentuk badan dan rupa paras yang menarik?" Tanyaku lalu menyandar dikerusiku. Wajahnya memerah seketika sebelum kembali normal.
"Ya tu.. Ya En.. Ya Aryan..Zayn?" Wajahnya yang masih keliru hendak memanggilku dengan gelaran apa membuatkan aku hampir tersenyum.
"Prove it. Aku dah tengok 'rupa paras yang menarik' kau. Show me your 'bentuk badan yang menarik'". Kataku. Mataku dan matanya saling bertentangan. Aku melihat wajahnya sedang tegang dan aku yakin yang dia sedang berfikir sama ada aku hanya menyakatnya ataupun serius.
Aku baru sahaja hendak membuka mulutku namun dia tiba² berdiri dan terus menanggalkan bajunya. Dadanya turun naik dengan agak laju, kepalanya pula sedikit tertunduk.
"Saya yakin yang saya mempunyai rupa paras dan bentuk badan yang menarik tu..Aryan Zayn." Katanya agak keras, seolah cuba meyakinkan aku selain mungkin cuba menyembunyikan rasa gugup ataupun malu.
Aku memandang susuk tubuhnya yang jelas nampak berotot tanpa sedikit pun kesan parut. Kulit tangannya berwarna gelap sehingga ke atas siku, sebelum kulitnya mula memutih. Mataku kemudiannya melihat ke arah putingnya yang berwarna hitam. Sedikit bulu dada tumbuh didadanya, begitu juga dengan pusatnya. Kemudian, mataku mula bergerak ke arah kelakiannya.
"Wow! You look..hot!"
Aku mendengus geram sebaik mendengar suara Nazumi dari arah pintu. Austin Imran pula terus memeluk tubuhnya dengan tangannya dan mukanya terus menjadi merah.
"Maaf tuan. Saya cuma.."
"It's okay. Aku faham. Aku Nazumi by the way. Also, Zayn, Brandon Qhairy asked that you call him after you finish here." Nazumi melangkah pergi selepas dia bersalaman dengan Austin Imran. Austin Imran yang masih tidak berbaju, kembali menghadap aku namun kini tangannya diturunkan ke sisi.
KAMU SEDANG MEMBACA
PULAU
General FictionDetektif Aryan Zayn dan teman sekerjanya, Nazumi, mendapat tugasan untuk menyiasat satu kes yang secara senyap² menghantui Pulau tempat tinggal mereka. Mampukah mereka berdua menyelesaikan kes itu sebelum semuanya menjadi lebih teruk?