Cahaya matahari menerjah masuk ke ruang bilikku melalui tingkap yang lupa aku tutup malam tadi. Aku cuba bangkit untuk menutupnya namun terasa tangan memeluk tubuhku erat. Aku memandang ke sisi dan melihat Austin Imran masih nyenyak tidur, dengan kepalanya berada ditepi dadaku, tangannya memelukku. Aku senyum dan kembali baring.
Bunyi dengkuran lembutnya seperti bunyi dengkuran kucing. Sebelah kakinya diletakkan diatas kakiku. Haba dari tubuhnya menghangatkan badanku yang masih dingin dek pendingin hawa.
"Malam tadi serius betul cakap tak nak tidur sama, malu. Ni sampai peluk aku pulak." Selorohku. Aku hanya memandang wajahnya yang masih lena dibuai mimpi. Nampak comel.
Mataku memandang jam di dinding dan waktu sudah lebih pukul 8.
"Biarkan dia tidur lebih lama lah." Fikirku. Tiba², Austin Imran mendekatkan lagi dirinya kepadaku, pelukkannya semakin erat. Hembusan nafasnya terasa hangat dikulitku. Aku biarkan sahaja. Jujur, aku menyukainya.
Dengkurannya tiba² terhenti, menandakan yang dia sudah terbangun dari tidurnya. Aku masih mahukan suasana ini berterusan. Aku mengiringkan badanku dan memeluk tubuhnya erat, seolah olah aku masih tidur. Kepalanya kini berada didadaku dan kakiku aku letakkan di atas kakinya.
Untuk seketika, Austin Imran tidak bergerak, dia hanya membiarkan aku. Kemudiannya, dia cuba menolak tubuhku agar aku menjauh. Aku membuat bunyi seolah tidak suka dan kembali memeluknya erat. Austin Imran kembali membatu.
Setelah agak lama, dia cuba untuk menolak aku lagi, dan sekali lagi aku melawan. Namun kali ini, aku menolak pinggangku kedepan, membenamkan kejantananku yang mengeras sejak aku bangun tadi ke perutnya.
"Tu..tuan?" Bisiknya. Aku buat bodoh.
"Tu..an. Tuan?" Dia menguatkan suaranya sedikit, namun masih perlahan. Aku tidak mengendahkannya. Dia kembali cuba menolak tubuhku namun gagal.
"Tuan? Tuan?" Suaranya kini pada nada yang kuat, seperti mana ketika dia bercakap. Aku buat² seperti terbangun dari tidurku.
"Ermm..kenapa?" Tanyaku.
"Sorry tuan. Saya nak..kencing." Sahutnya. Aku melepaskan pelukkanku dan kembali baring terlentang. Dia tergesa gesa bangun dan berlari anak ke tandas. Tidak lama kemudian, bunyi air kencingnya kedengaran. Aku tersengih.
"Ingatkan saja cakap nak kencing sebab tak nak kena peluk tadi." Kataku lalu bangkit. Aku menghidupkan cerek elektrik, mendidihkan air untuk membuat kopi.
Aku berdiri di tepi tingkap dan membakar rokok. Suasana diluar rumah sudah mulai sibuk dan bunyi kenderaan terdengar bingit.
"Tuan..dah bangun? Tak nak sambung tidur?" Terdengar suaranya dari belakangku. Aku berpaling dan berdiri menghadapnya.
"Tak lah. Ada orang kacau aku tidur." Usikku. Austin Imran tersengih.
"Maaf tuan." Ujarnya sambil memandang aku.
"It's okay." Balasku. Aku perasan yang mata Austin Imran tertumpu ke celah kangkangku, membuatkan aku ikut memandang ke situ. Kejantananku yang hanya berada disebalik seluar bola, tegak mencanak, menolak seluar bola itu kedepan. Aku mendongak ke arah Austin Imran yang kini perasan aku melihat perbuatannya tadi dan senyum.
"Normal lah kan? Pagi² macam ni." Kataku. Austin Imran mengangguk laju dan berjalan ke sudut hujung bilik.
"Kau plan nak buat apa hari ni?" Tanyaku sambil membuat dua cawan kopi.
"Ermmm..lepas ni nak balik. Cuci pakaian and berehat kot?" Katanya, enggan berpaling ke arah aku.
"Tu je? Tak bosan ke?" Soalku lalu menghulurkan secawan kopi padanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
PULAU
General FictionDetektif Aryan Zayn dan teman sekerjanya, Nazumi, mendapat tugasan untuk menyiasat satu kes yang secara senyap² menghantui Pulau tempat tinggal mereka. Mampukah mereka berdua menyelesaikan kes itu sebelum semuanya menjadi lebih teruk?