"Where's Austin Imran?" Soal Brandon Qhairy sebaik masuk ke pejabatku. HP yang aku pegang, terus aku letakkan dimeja dan aku membuka fail yang sudah siap Nazumi cetakkan.
"I've told him to come in today. He's to bring the name list and we're going to cross check it. He'll be here soon." Kataku lalu menyerahkan fail itu kepadanya.
Brandon Qhairy duduk lalu mula membaca fail itu dengan teliti. Aku melihat bebola matanya bergerak dari kiri ke kanan dengan laju.
"So.." Ujarnya.
"Safe to assume yang Hunter adalah security yang ambil malfunctioning taser tu lah kan?" Katanya lalu menutup fail itu dan memandang aku. Aku mengangguk.
"The name list yang Austin Imran bawa nanti will contain their names?" Soalnya.
"Yes. Aku dah mintak the list of employed security dengan list security on duty masa tu. If any of the names cross with each of the list, then his Hunter." Kataku, sedikit lega. Kes kali ini sangat membebankan bagiku. Mungkin kerana aku juga seorang homoseksual dan Hunter juga begitu. Aku merasakan yang jika aku tidak punya rupa dan tubuh yang disukai para bottom, mungkin aku juga akhirnya akan mencari mangsa untuk memuaskan nafsu buasku.
"Hopefully.." Brandon Qhairy tiba² bersuara dengan wajah yang agak sukar dibaca sambil memandang keluar.
"Hopefully this will settle it." Dia menghabiskan ayatnya. Aku hanya memerhatikannya yang sedang termenung jauh.
"Sir? Are you okay?" Soalku. Buat seketika, Brandon Qhairy tidak menjawab dan hanya terus memandang keluar.
"I'm just tired. Been doing this for years dan ada masanya aku terfikir 'is this all my life is about?'. Pada masa yang sama, aku happy sebab dapat buat benda yang aku suka. Not everyone can say yang mereka suka dengan pekerjaan mereka kan?" Nada suaranya perlahan dan sedikit sedih. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sepanjang aku bertugas dibawahnya.
"Tak lama lagi aku bersara and will leave all of this behind." Dia menoleh ke arah aku dan mata kami bertemu.
"Then what? What should I do?" Keluhnya.
"You always say you want to travel with your wife and children kan? Maybe you should do that? Make memories?" Cadangku. Brandon Qhairy memandangku dengan mata yang tampak sayu.
"Yeah. Maybe I should do that kan? Make up for all the lost times masa aku kerja." Dia tampak berfikir dan mula senyum.
"I've always wanted to see Niagara Falls. I think I'll bring my family there." Senyuman terbit dibibirnya. Aku ikut senyum.
"Err..you guys? Is it okay kalau aku masuk?" Nazumi berdiri didepan pintu dan teragak agak untuk masuk. Aku dan Brandon Qhairy menoleh serentak ke arahnya.
"Kau tak nampak yang kami tengah having a moment here?" Ujar Brandon Qhairy dan suara tegasnya kini kembali. Muka Nazumi nampak cuak dan dia mula melangkah keluar perlahan.
"It was a joke. Get in here." Sambungnya lalu ketawa kecil. Aku melihat Brandon Qhairy dengan rasa pelik. Aku tidak pernah melihat dia ketawa begitu.
"I'm not sure whether 'it was a joke' really a joke or not." Sahut Nazumi yang masih berdiri menjauhi pintu.
"Are you..okay sir?" Tanyanya pada Brandon Qhairy. Brandon Qhairy ketawa lagi dan mengangguk.
"Come in. Ada apa?" Katanya. Nazumi melangkah masuk perlahan dan masih teragak agak.
"Austin Imran is here." Ujar Nazumi.
"Good². Suruh dia masuk. Kau pun stay kat sini jugak nanti." Sahut Brandon Qhairy dan Nazumi terus berlari keluar, memanggil Austin Imran.

KAMU SEDANG MEMBACA
PULAU
General FictionDetektif Aryan Zayn dan teman sekerjanya, Nazumi, mendapat tugasan untuk menyiasat satu kes yang secara senyap² menghantui Pulau tempat tinggal mereka. Mampukah mereka berdua menyelesaikan kes itu sebelum semuanya menjadi lebih teruk?