Sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku dikerusi, Nazumi mengetuk pintu bilikku dengan wajah suram.
"Kau dah kenapa?" Tanyaku acuh tidak acuh.
Nazumi melangkah masuk lemah dan terus duduk dikerusi didepanku. Dia mengeluh panjang dan kedua belah tangannya terkulai ditepi kerusi.
Aku tidak memperdulikannya dan terus menghidupkan laptopku dan mula mengemaskini laporan dan data yang sudah beberapa hari abaikan.
"Hurmmmmmmm..." Nazumi mengeluh panjang lagi. Aku tahu dia mahukan aku untuk bertanya 'kenapa?' namun aku pura² tidak mendengar. Jari jemariku lincah menekan butang di keyboard, mataku pula fokus dilayarnya.
"Hurmmmmmmmmmmm..." Keluhnya lebih panjang, cuba menarik perhatianku lagi. Dahiku sedikit berkerut dek menahan rasa jengkel.
"Hurmm..."
"Kau dah kenapa sial!?" Jerkahku, memotong keluhan palsunya.
"Aryan? Kau top kan?" Tanyanya tiba² penuh bertenaga, seolah baru meminum secawan air gula.
"Ha ah. Dah kenapa kalau aku top?" Sahutku bosan, malas mahu melayannya. Aku tahu apa yang akan berlaku selepas ini dan aku cuba sedaya upaya untuk mengelaknya.
"Kenapa top semua kaki curang ek? Tak cukup ke bottom sorang?" Tanyanya lalu melabuhkan kepalanya dimejaku dan membuat muka sedih. Aku mendengus bosan. Inilah yang selalu cuba aku elakkan, menjadi tempat Nazumi meluahkan kekecewaan nya terhadap lelaki. Aku tahu yang aku adalah pegawai polis, bukannya pakar 'psychiatry' atau ahli 'kelab pembimbing rakan sebaya'.
"Soalan tu sama macam soalan 'kenapa perempuan mesti selalu betul?'. Takde jawapan." Jawabku ringkas.
"Macam soalan yang apa fungsi puting lelaki tu kan?" Sambungnya pula.
"Tau pun. Dah², aku nak buat kerja." Potongku.
"Tapi top suka kan kalau bottom hisap, gigit puting dia?" Soalan itu muncul lagi. Aku mendiamkan diri.
"Aryan?"
Aku abaikan.
"Aryannnn.."
Dahiku mula berkerut lagi.
"Aryannnnn..Zaynnnnnnnnnn.."
"Fuck! You're annoying Nazumi Ishak!" Sumpahku lalu menutup kembali laptopku dan terus bersandar.
"Top suka kan? Kena hisap puting? Kena gigit?" Tanyanya sambil tubuhnya bergerak seolah cacing kena simbah dengan asid.
"Bodoh lah kau. Ni pejabat, janganlah tanya soalan macam tu." Kadangkala, sikap Nazumi yang agak tidak professional ditempat kerja selain soalan² sensitifnya berkaitan dengan dunia homoseksual membuatkan aku muak dan marah, selain rasa tidak selesa dan khuatir perbualan kami berdua didengar orang lain.
Dia memangku dengan muka sedih. Giliran aku pula mengeluh panjang.
"Aku tak tau top lain tapi ya, aku suka puting aku kena hisap. Kena gigit tak, sakit. Now, straight to the point, apa soalan sebenar kau?" Kataku lalu berpeluk tubuh.
"Hurmmm.." Keluhannya membuatkan aku semakin hilang sabar.
"You either ask me the questions or get the fuck out." Aku memberi kata dua kepadanya.
"Kau ni kan? Takde perasaan langsung, hati batu. Macam manalah boleh ada bottom yang nak kat kau." Katanya sambil memandang aku dengan wajah jengkel.
"Bottom stay dengan aku sebab dorang dapat apa yang dorang nak. Takde kaitan dengan feeling² bagai. You're questions, NOW!" Kataku geram.

KAMU SEDANG MEMBACA
PULAU
General FictionDetektif Aryan Zayn dan teman sekerjanya, Nazumi, mendapat tugasan untuk menyiasat satu kes yang secara senyap² menghantui Pulau tempat tinggal mereka. Mampukah mereka berdua menyelesaikan kes itu sebelum semuanya menjadi lebih teruk?