LMDM 63

123 6 1
                                    

Kringg !!

Kringg !!

Kringg !!

Deringan telefon yang memekak mengganggu lena Akma . Dalam keadaan yang mamai tangannya cuba mencari telefon siapakah yang berdering minta d angkat .

Belum sempat tangannya mengapai telefon bimbit Tengku Rykal.  Pemanggilnya terlebih dahulu sudah turn off call .

Telefon bimbit Tengku Rykal bercahaya tanda ada mesej baru masuk .

Baru Akma perasan tak ada kelibat Tengku Rykal didalam bilik mereka . Patutla dari tadi telefon ini berteriak meminta angkat tapi tidak dihiraukan  Entahlah mungkin lelaki itu di dalam tandas kut .

Tak apa kan kalau dirinya membaca mesej yang dikirim kepada suaminya itu ?

Jack

-Saya dah jumpa Tengku maklumat pasal Stephen

Mesej text dari Jack mendatangkan kerutan diwajah Akma . Siapa Stephen ? dan kenapa suaminya itu mahukan maklumat pasal Stephen ?

Kadang dirinya tertanya-tanya kerja apakah yang sedang dilakukan oleh suaminya itu .

Haih .

Malas mahu memanjangkan isu , Akma menyambung kembali tidurnya . Biarlah esok dia akan bertanya pada suaminya .

Tapi tengok je lah nanti , sama ada Tengku Rykal akan menjawab atau isu itu nanti akan menjadi topik lain.

Hm . Bukan sekali dah kena tapi banyak kali. 

~~~~~

Jari jemarinya galak mengetuk² meja kerjanya

Tuk . Tuk . Tuk .

Otaknya ligat memikirkan macammana mahu hancurkan Tengku Rykal . Mahu bunuh Tengku Rykal . Kalau di ikutkan hatinya mahu saja di bomnya lelaki itu

Biar zuriat lelaki itu tidak terlahir . Benci ingin melihat wajah² munafik dalam dunia ini.

Dia jugak tidak percaya bahawa Stephen Xavier itu lelaki lemah . Lembab . Jika dirinya tahu lebih awal , tidak hinginlah dia kerjasama dengan lelaki itu .

Bukan mengurangkan beban malahan menambahkan beban lagi .

Dalam pada sibuk mengelamun panggilan telefon menyedarkan dia

Sarah's calling ..

Hah . Inilah beban yang dtinggal Stephen Xavier kepadanya . Semak !!

Dibiarkan sahaja telefon bimbitnya itu berdering . Tidak ada rasa mahu menjawab . Dapat dia rasakan bahawa perempuan itu mahukan duitnya lagi .

" Dasar mata duitan punya jal*ng . " Dijeling seketika telefon tersebut ibarat dirinya sedang melihat Sarah .

Telefonnya diletakkan dalam silent mode . Dirinya tidak ingin diganggu buat masa sekarang .

" Papa Mama Iky akan balas dendam untuk papa mama . Jangan risau . Iky akan dapatkan keadilan untuk mama papa " sebak menjalar diseluruh badannya

Masih segar di ingatannya apabila Dato Murad Hidayat dengan Datin Aviana Vy disahkan meninggal dunia 2 tahun lepas .

Itulah terakhir kalinya dia menjadi sahabat kepada Tengku Rykal . Dirinya menjauh sejauh mungkin dan akan kembali hanya untuk dendam kesumatnya .

Ya . Dendam .

Perkahwinan Tengku Rykal setahun lepas jugak tidak dihadirinya . Meluat ingin melihat muka² munafik .

Lagi² Tengku Rafael . Tua² pun tak pandai nak mamp*s .

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now