LMDM 43

2.6K 74 0
                                    

semenjak kejadian tempoh hari yang telah mengakibatkan Akma keguguran , tiada lagi dia berjumpa dengan sahabatnya si Sarah itu .

dirinya juga berasa hairan dengan perubahan sikap Sarah itu semenjak dua menjak ini . namun ditepis perasaan itu kerana dia tidak mahu berfikir negatif terhadap sahabatnya .

Akma juga sudah sekian lama berhenti belajar di U kerana Tengku Rykal menghalangnya untuk belajar . dia mahu Akma menjadi suri rumah tangga sepenuh masa .

itu kerana Tengku Rykal tak mau anak-anaknya terabai kelak . lagipun dia lebih daripada mampu untuk menyara kehidupan Akma untuk sepanjang hidupnya .

sepanjang hampir dua bulan setengah Akma berpantang , Fatin adalah sahabat yang selalu bertanya tentang keadaan Akma . boleh dikatakan sebagai girlfriend Akma . sebab selalu care pasal diriny lebih daripada suaminya itu

bukan les k !

bukan Tengku Rykal tidak ada menanyakan perihal isterinya itu namun ada halangan yang membuatkan dirinya itu hanya bermessage sahaja dengan isterinya walhal duduk dalam satu bumbung !

itula teknologi dunia masa kini .

semalam Akma ada memberitahu Fatin bahawa dirinya itu akan pergi ke Russia bersama suaminya minggu hadapan sebagai second trip of their honeymoon !

punyala teruja si Fatin . siap berpesan lagi untuk memberikannya anak buah banyak-banyak .

ingat Akma ni kilang buat anak ke !?

memandangkan Akma sudah sihat sepenuhnya walaupun terkadang dirinya itu amat merindui anaknya walaupun baru lima bulan . dirinya bersama sahabatnya membuat keputusan untuk keluar dating berdua .

maklumla encik somi busy kerja

harini Fatin dan Akma akan meluangkan masa berdua sahaja kerana mereka akan berpisah selama seminggu . kerana Fatin bakal merindui sahabatnya yang banyak songeh itu !

sudah hampir setengah jam mereka berjalan dengan tangan yang penuh dengan bag barang yang mereka beli barulah perut mereka terasa lapar , kaki pun sudah terasa lenguh , badan terasa penat dan cuaca pula panas ya ampun .

mereka berdua pun pergi ke satu restoran untuk mengisi tenaga mereka yang sudah kong itu .

" fuhh ... panas giler kan harini ? " Fatin memulakan bicara setelah mereka melabuhkan punggung dikerusi restoran itu .

Akma meletakkan bag barang ditepi kerusi " ha ah la . habis basah baju aku " dikibas-kibas baju nya

diperhatikan baju Akma yang basah dibahagian ketiak itu lalu tangan kanan didepakan lalu ditundukkan kepalanya untuk melihat jikalau bahagian ketiaknya juga turut basah . namun kesan basah itu hanya sedikit sahaja

dihembuskan nafas tanda lega kerana kesan ketiaknya basah tidak terlalu menonjol .

" kau pehal ? " pelik Akma melihat tingkah laku sahabatnya itu . duk tertunduk pastu menghembuskan nafas seperti sedang menghidu ketiaknya

" ketiak kau busuk ke ? eeee , pengotor ah kau " sambung Akma lalu ketawa sambil menutup hidungnya seolah-olah menahan bau ketiak Fatin

Fatin menayangkan muka selamber sahaja . di angkat tangannya lalu jari telunjuk diarahkan ke bahagian ketiak baju Akma yang basah " cuba tengok baju kau tu " arahnya

Akma mengerutkan kening lalu matanya mengekor jari telunjuk Fatin dan membulat matanya melihat tompokan dibaju bahagian ketiak .

tersengih-sengih dia melihat Fatin " alaa biasala . lagipun harini kan panas macam la kau takde kan ? " dikibar-kibarkan bajunya itu untuk mengeringkan bahagian yang basah itu .

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now