LMDM 34

2.8K 82 0
                                    

Stephen Xavier melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya lalu duduk di kerusi empuknya sambil memejamkan mata . tangan kanan mula mengurut lembut pelipisnya .

sakit kepalanya memikirkan tentang usahasamanya dengan syarikat dari thailand itu . mereka perlu merancang masa yang sesuai untuk membawa masuk bekalan dadah tersebut supaya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa .

sebab itula dia tidak boleh menghantar Kim untuk perbincangan mengenai bekalan dadah bersama Tony Gyzer iaitu pemilik syarikat T'GUENEVA .

mau tak mau , terpaksalah dia menghadirkan diri dan melupakan tentang Tengku Rykal dan anak buahnya iaitu Zafriel Izzhan .

sebolehnya dia ingin cepat menghapuskan Tengku Rykal dari muka bumi ni . rasa bencinya terhadap Tengku Rykal semakin membuak-buak . pelbagai cara sudah dia praktikan namun masih lagi tidak membuahkan hasil .

tetapi itu tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk menghancurkan Tengku Rykal . dia akan berasa sangat-sangat puas sekiranya dia dapat capai apa yang dia kehendaki .

jika dihitung , sudah hampir seminggu dia tidak mendengar khabar dan perkembangan terbaharu daripada Zafriel Izzhan mengenai Tengku Rykal .

Stephen membuka matanya lalu menongkat dagu . dia perlu bertindak dan perlu mencari cara supaya dia berada jauh kehadapan daripada Tengku Rykal .

" boss !! "

kedengaran suara Kim memanggilnya

bukk !!

pintu ditolak dari luar , kelihatan Kim tercungap-cungap sambil memegang sebuah kotak yang bersaiz agak besar .

" kau apesal ? tak reti nak ketuk pintu ? tangan kau dah tak boleh guna ? " perli Stephen

tanpa banyak bicara Kim terus mara kehadapan Stephen dan meletakkan kotak tersebut berhati-hati di atas meja .

" fuhhh , apa benda ni ? apesal bau bangkai ? " soal Stephen untuk kedua kali

Kim tidak menjawab soalan Stephen tetapi jari telunjuknya ditujukan ke arah kotak tersebut kedepan dan kebelakang berkali-kali " boss , cuba boss buka isi dalam kotak tu "

tanpa sebarang soalan , Stephen membuka kotak tersebut sambil mengerutkan dahi dan menutup hidungnya menahan bau bangkai yang keluar dari dalam kotak itu .

Stephen terkejut melihat isi di dalam kotak itu .. terdapat beberapa potongan badan milik Zafriel Izzhan yang penuh dengan luka dan darahnya juga sudah kering .

kepala Zafriel Izzhan diletakkan menghadap bukaan kotak tersebut .

Stephen mengetap bibirnya , mukanya memerah menahan amarah , urat-urat biru jelas kelihatan di sekitar mukanya

" darimana kau dapat benda ni ? " tanya Stephen sambil memandang tajam ke arah Kim

" dari Alex " jawab Kim namun matanya masih memandang lantai pejabat Stephen

" panggil Alex , sekarang ! " arahnya

" bb..baikk boss " Kim segera keluar dari pejabat Stephen untuk memanggil Alex seperti yang diarahkan oleh Stephen

" Alex !!!! " laung Kim

Alex datang ke arah Kim sambil mengangkat sebelah keningnya

" apesal ? " tanyanya

" boss panggil kau " jawab Kim sambil meninggalkan Alex

tak pasal-pasal nanti Kim kena bantai oleh Stephen sebab pecah amanah

~~~~~~

Alex mengetuk pintu pejabat Stephen .

tokk !! tokk !! tokk !!

" masuk !! " laung Stephen dari dalam

klakk !!

pintu dibuka oleh Alex dan dia berjalan mendekati Stephen .

" ada apa boss panggil saya ? " tanya Alex

Stephen membetulkan duduknya

" siapa yang kirim kotak ni ? " soalnya tegas

" saya tak tahu boss.. saya jumpa dekat depan pagar pagi tadi . tapi takde nama pengirim " jujur Alex menjawab soalan Stephen .

" selain kotak ni . takde benda yang mencurigakan ke yang kau nampak dekat situ ? " tanya Stephen sekali lagi

jawapan Alex tidak cukup untuk menenangkan hatinya yang sedang panas

" takde boss " jawab Alex sekali lagi

api amarah Stephen semakin besar dan semakin panas .

" kau boleh keluar " Alex mengangguk dan keluar dari bilik pejabat Stephen .

patutla Stephen tidak mendengar sebarang perkembangan daripada Zafriel Izzhan . rupanya lelaki itu sudah tiada , malahan dibunuh dengan kejam sekali !

dia tahu bahawa Tengku Rykal adalah dalan disebalik pembunuhan kejam Zafriel Izzhan .

' tunggu kau Rykal ! aku akan pastikan kau dapat balasan untuk semua ni !! ' tekad Stephen dalam hati .

dia perlu tahu pergerakan Tengku Rykal agar dapat mencari masa yang tepat untuk membalas dendam .

" Kim !! " panggil Stephen

" ye boss " tercungap- cungap Kim dihadapan Stephen untuk kedua kalinya

" aku nak kau awasi pergerakan Tengku tak guna tu malam ni . " arahnya

" untuk apa boss ? " tanyanya lagi

" just do like what i told you . dont asked me that question because you will know the answer " ujar Stephen sambil tersenyum sinis

" alright boss . "

" then , you can go . before 7: 30 i want "

ya , dia ada kejutan untuk Tengku Rykal malam nanti.. tak sabar rasanya dia nak mula .

kalini dia tak gunakan anak buahnya tetapi dia sendiri yang akan turun padang .


" just wait and see Mr and Mrs Rykal "











pendek je chapter ni .

enjoy !!

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now