LMDM 36

2.6K 84 0
                                    

jam ditangan dikerling kemudian diperhatikan dengan teliti kawasan rumah Tengku Rykal .

line clear !

Kim memberitahu bahawa Tengku Rykal hanya menyimpan 6 orang sahaja bodyguard dirumah . dua berjaga dipintu hadapan, dua di belakang manakala dua bertugas di sekeliling rumah .

rumah Tengku Rykal juga mempunyai cctv yang boleh dihubungkan terus ke telefon Tengku Rykal . selain itu rumah itu juga mempunyai kawalan keselamatan yang hanya diketahui dan mampu dikawal oleh Tengku Rykal .

' kau memang bijak kan Rykal ' gumamnya dalam hati .

Stephen mula menapak ke depan pintu pagar . kelihatan bodyguard tersebut fokus berjaga . tidak sedikit pun mereka lalai menjalankan amanah Tengku Rykal

" woii ! kau buat apa dekat situ !? " soal seorang bodyguard

Stephen berdiri tegak . dimasukkan tangannya kedalam poket hoodie yang digunanya untuk mengambil penyembur untuk membuat bodyguard itu pengsan

jadi tak perlu la dia bazirkan tenaga nak tumbuk-tumbuk bagai . penat kot

" kau dengar ke tak ah !! " sergah seorang lagi kawannya .

tanpa melengahkan masa di semburnya ubat pengsan itu ke arah muka bodyguard tersebut . dan tersebarla bauan yang beracun itu dihadapan muka pengawal tersebut .

tidak sampai beberapa minit , kedua mereka mula melemah dan pengsan .

" huh , bod*h ! lembap ! " tersenyum sinis dia melihat bodyguard yang terbaring tidak sedarkan diri itu .

bukk !! bukk !!

ditendang pula perut kedua-dua mereka walaupun mereka tidak sedar dan tidak mampu untuk membalas .

Stephen menguruskan dahulu tubuh lemah bodyguard itu . dia membawa tubuh itu dan diletakkan berdekatan dengan tong sampah di rumah Tengku Rykal

kerana disitu terdapat beberapa plastik hitam yang bersaiz agak besar jadi . tidak mungkin akan ada orang yang perasaan kedua tubuh itu kerana terlindung oleh plastik-plastik itu .

dia kembali masuk ke dalam perkarangan rumah Tengku Rykal . dia segera bersembunyi dibalik pokok apabila seorang bodyguard Tengku Rykal datang menghampirinya .

disuluh sekitar rumah Tengku Rykal namun tubuh Stephen tidak dapat
dikesan .

ini kerana dia mengenakan pakaian serba hitam dan menggunakan mask untuk melindungi hidungnya . sebab itula ubat pengsan yang disemburnya itu tidak memberi sebarang kesan terhadapnya .

apabila kelibat bodyguard itu tidak lagi kelihatan , dia berlari pantas ke arah pintu masuk rumah Tengku Rykal .

kelihatan cctv sedang merakam perbuatannya itu . namun tidak lama

dikeluarkan spray cat berwarna hitam dan disembur ke arah cctv agar tidak dapat lagi merakam perbuatannya itu .

shhh...shh...

bunyi spray itu..

' and... done ! '

kemudian dia beralih pula ke pintu dan menekapkan jarinya yang mempunyai cap jari Tengku Rykal di kunci pintu itu .

ini kerana pintu rumah itu hanya boleh dibuka menggunakan cap jari Tengku Rykal dan Akma sahaja

awal-awal lagi dia meminta Kim untuk mencuri cap jari Tengku Rykal kerana dia tahu dia akan gunakan suatu hari nanti .

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now