LMDM 39

2.5K 82 1
                                    

sesampainya dihospital , Tengku Rykal terus sahaja meluru naik ke tingkat 3 yang menempatkan wad VVIP khas untuk Akma seperti yang Fatin beritahu

dia yang melihat Sarah dan Fatin duduk diluar wad terus sahaja bertanya

" macammana dengan wife aku ? .
macammana dia boleh jatuh ? "

" tak tahu . doktor belum keluar lagi " jawab Fatin sayu

kemudian matanya beralih kepada Sarah " ni mesti kerja kau kan " jari telunjuknya memainkan peranan

Sarah menggelengkan kepala " tt...takkk.. bb..bukka..aan aaa..aaku " jawabnya tersekat-sekat

" kau jangan nak tipu aku la perempuan ! . kau ingat aku tak tahu ke ni sebenarnya kerja kau ! " dicengkam erat dagu Sarah

Sarah yang menahan sakit itu terkial-kial " aaak..ku dd..dahhh ccakap bbuu.ukk..kan aa..aaku la..aa "

dilepaskan cengkaman tangannya dari dagu Sarah " kalau aku tahu ni kerja kau memang siap kau aku kerjakan ! aku tak kesah pun kalau perlu ganti dengan nyawa kau !! " ucapnya tegas

pergaduhan mulut antara Tengku Rykal dengan Sarah menyebabkan Fatin hilang sabar " eh ! korang boleh senyap tak ! tak kesian ke dekat Akma !? korang boleh pulak gaduh dekat sini .. Tengku , Tengku boleh bersabar tak . tunggu je doktor tu keluar , bukan Tengku je yang risau pasal dia.. kitaorang pun risau jugak . please respect her "

Tengku Rykal menggenggam tangannya lalu menumbuk kuat dinding untuk melepaskan amarahnya

buk !

" sh*t !! " makinya sambil menyandar di dinding lalu menyusut duduk . ditekup mukanya menggunakan kedua tapak tangannya .

setelah beberapa minit , kedengaran pintu wad Akma dibuka dan ditutup .

klakk !! , plupp !!

keluar seorang wanita beruniform
doktor . taula mereka bahawa dia adalah doktor yang merawat Akma .

" keluarga pesakit ? " soalnya sambil melihat ke arah Tengku Rykal , Sarah dan Fatin

Tengku Rykal yang mendengar terus sahaja berdiri dan menghampiri doktor wanita yang bernama Amira " saya suami pesakit "

" baiklah . sila ikut saya " doktor Amira terus berjalan menuju ke biliknya diikuti oleh Tengku Rykal meninggalkan Fatin dan Sarah yang masih duduk diluar wad Akma

" silakan duduk " pelawanya apabila mereka tiba di biliknya

" macammana dengan wife saya doktor ? dia tak apa-apa kan ? " soal Tengku Rykal

doktor Amira yang duduk dihadapan Tengku Rykal berdehem sebelum memulakan bicara " kami ingin memohon maaf kerana tak dapat nak selamatkan anak encik "

" you what !? " naik seoktaf suara Tengku Rykal . terkejut dengan kenyataan doktor Amira

" hentakan yang kuat adalah punca utama isteri encik keguguran . bayi dalam kandungannya tak dapat nak bertahan . kami dah bersihkan rahim isteri encik dan encik boleh menuntut bayi encik apabila pihak kami selesai mengkafankannya " doktor Amira mengulas panjang lebar

" macammana dengan isteri saya ? dia tak apa-apa kan ? " soalnya lagi namun nada suaranya semakin lemah

" alhamdulillah encik isteri tak mempunyai apa-apa masalah mungkin sedikit terkejut dan sedih atas kehilangan bayi encik .

encik banyakkan bersabar ye , ada hikmah disetiap apa yang berlaku . ohya jantina anak encik perempuan " sambung doktor Amira lagi

Tengku Rykal menekup mukanya , airmata tidak dapat ditahan yang sedari dari memenuhi tubir matanya turun membasahi pipinya .

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now