" Hello ? "
Senyap
" Hello ? Siapa di sana ? "
Akma pelik . Harini saja nak dekat 10 kali telefon berdering namun bila di angkat tak ada jawapan pun .
Sampaikan dibiarkan sahaja telefon tu di angkat namun dirinya tidak bercakap.
Tapi si pemanggil cukup pandai dengan mematikan panggilan lalu di dailnya semula .
Saje je nak buat orang naik angin .
" Budak² main kut "
Akma menjongket bahu malas nak ambil port lalu meneruskan kerjanya melipat baju yang tergendala sebentar tadi .
Kurang asam betul lah , tengah² mood rajin nak lipat bajulah nak main² call pulak . Nanti mood rajin nak lipat baju ni hilang baru tau .
Memang baju bertimbun lah jawabnya . Huhu
Bukan taknak suruh pembantu , dirinya lebih suka membuat kerja yang berkaitan suaminya sendiri .
Baginya itu tugasnya sebagai isteri kepada Tengku Rykal . Dirinya yang akan menyediakan makan pakai suaminya setiap hari .
Tugas pembantu rumah hanya kemaskan rumah sahaja .
Kringg !!
Kringg !!
Deringan telefon meminta untuk di angkat kali yang kesebelas .
Mesti orang yang sama !
Kesabaran Akma sudah habis . " Hello ni siapa ? Kalau takde benda nak cakap jangan nak call² orang boleh ? "
Pemanggil hanya diam .
" Kalau takde nak cakap apa saya letak. Jangan call lagi atau saya buat report polis . "
Tanpa menunggu balasan si pemanggil , lantas Akma menutup panggilan .
" Gila "
Lalu sambung kembali kerjanya yang tergendala .
Namun di sisi si pemanggil , hatinya tergelak .
Sudah beberapa kali dia menelefon ke rumah Tengku Rykal tapi hanya isterinya saja yang menjawab .
Dia tahu lelaki itu tak ada dirumah kerana bisnes trip ke Italy . Tujuannya membuat panggilan sekadar iseng(?) .
" Kau tunggu suprise aku " katanya sambil tersenyum
" Kim ! " Panggilnya
Senyap . Tak ada balasan
" Kim ! "
" Eee akulah . Mana pulak si Kim ni ? "
" Kim ! "
Tergopoh² Kim berlari " yess boss "
Rizky Muayyad memandang tajam Kim " kau pergi mana ? Aku panggil kau tak dengar ke ? "
" Maaf boss . Saya dengar boss panggil tapi tadi saya tengah makan " jawab Kim jujur
Semasa Rizky Muayyad memanggil , dirinya tengah makan . Dengan cepat dia menghabiskan makanannya . Minum air pun tak sempat lagi ni .
Rizky Muayyad mengangguk " sekarang makan lagi ke ? "
Kim menggeleng " tak boss . Saya dah habis makan tadi "
" Ok . Aku nak kau aturkan budak² untuk buat plan A kita " arahnya
" Aku nak settle harini "
Kim mengangguk faham " baik boss . saya faham "
Rizky Muayyad duduk menyandar lalu kepalanya di dongak , tak lama dia menutup mata . Mengambil nafas panjang .
YOU ARE READING
La Moglie Della Mafia
Romancetiada benda yang percuma di dunia ni kan ? sama juga la dengan permulaan story ni . Tengku Rykal menghulurkan bantuan kepada Akma tetapi mempunyai syarat yang perlu Akma tunaikan iaitu berkahwin dengannya . sepanjang tempoh berkahwin , mereka dapat...