LMDM 45

2.7K 74 0
                                    

tit tit tit

bunyi deringan telefon mengganggu lenanya . dicelikkan matanya berkali-kali berkerut dahinya dek kerana menahan pancaran cahaya matahari yang memasuki retina matanya .

tangannya meraba-raba meja disebelah katil lalu mengambil telefonnya yang sedari tadi memekak minta di angkat .

dilihat nama pemanggil

Sarah is calling ...

' huh . apa lagi dia nak ni ' bisik hati Stephen .

sudah banyak kali wanita itu menelefon tetapi tiada satupun yang dia jawab . semak dan rimas yang rasanya saat ini .

oleh kerana telefon itu tidak berhenti dari berdering , dipaksa juga untuk menjawab walaupun hatinya berkeras

baru sahaja telefon ditekapkan ditelinganya kedengaran suara Sarah sudahpun menyerang gegendang telinganya .

" hey ! baru kau nak jawab ke !? dah banyak kali aku call , tapi satu pun kau tak jawab . kau pergi mana ? "

dijarakkan telefon dari telinganya . apabila tiada lagi suara Sarah kedengaran , dia pun mendekatkan kembali telefon ke telinganya lalu membuka bicara

" ada apa kau call ? " soalnya

" aku tanya kau kan tadi . kau pergi mana berapa hari ni ? aku call kau langsung tak jawab "

Stephen menyandarkan kepalanya di kepala katil " aku sibuk beberapa hari ni sampai aku takde masa nak jawab call kau "

tidak ingin Stephen memberi tahu Sarah bahawa dirinya itu sedang terlantar sakit diatas katil untuk beberapa hari . sebab itulah dirinya tidak menjawab panggilan dari Sarah walaupun wanita itu sudah banyak kali membuat panggilan .

nasib baik dia tidak pernah membawa Sarah pergi ke rumahnya ini . kalau tidak sudah pasti wanita itu akan mencari dirinya di rumah .

" kau jangan nak tipu aku la Stephen . aku tak suka kalau orang tipu aku "

" aku tipu apa ? "

" kau boleh tak jangan pura-pura bodoh !? aku tau kau tau apa maksud aku ! "

sakit kepala Stephen dibuatnya apabila bercakap dengan wanita gila ini . diurut lembut pelipisnya

" aku dah cakap kan aku sibuk ! apa lagi kau nak !? " tengking Stephen sambil memegang balutan dikepalanya . risau nanti terbuka pula jahitannya

suka -suka sahaja wanita itu membentak dirinya . dia tak suka ditengking lebih -lebih lagi dengan seorang wanita .

not his taste !

" argh !!!!!!! "

" kau tau tak plan kita tu dah stuck ? "

" dah kenapa boleh stuck pulak ? "

" hey ! takkan kau tak ambil kisah
langsung ? apa je yang kau tau ni ? "

" kau boleh tak jangan nak semakkan otak aku . kalau kau soal aku tak habis-habis , sampai bila aku akan tahu ? "

" fine ! "

sakit hati Stephen dengan wanita ini . tahu hanya nak menjerit je nak memekak je nak membebel je nak mengarah je . semua nak je . takde kerja lain ke ? tak penat ?

" cakapla cepat . aku takde masa nak layan kau ni "

boleh gila dia kalau terus mendengar suara wanita ini .

" kandungan Akma dah gugur . "

" Akma what !? "

" she was misscarriage "

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now