LMDM 41

2.8K 90 2
                                    

enjin kereta dimatikan lalu pintu dibuka , kelibat Tengku Rykal dan Akma keluar dari perut kereta lalu menyusun langkah masuk ke dalam rumah .

harini Akma sudah dibenarkan pulang selepas hampir seminggu ditahan dan seminggu tu jugala Tengku Rykal cuti daripada 'kerja' dan diserahkan buat sementara waktu kepada Jack .

ini semua adalah untuk memberikan perhatian yang secukupnya kepada isterinya . dia tahu bahawa isterinya amat memerlukan dirinya untuk sembuh dan sihat seperti sedia kala .

Akma duduk di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen manakala Tengku Rykal sedang dalam panggilan bersama seseorang di luar rumah .

dikerling jam di dinding pukul 12;30 tengah hari mereka berdua belum makan tengah hari lagi . Akma membuat keputusan untuk pergi masak kerana perutnya juga sudah berbunyi .

" nak pergi mana tu dear ? " Tengku Rykal berjalan menghampiri Akma yang berura-ura hendak bangun .

Akma mengeluh lalu berkata " haih , saya nak pergi dapur . " dipandang wajah kacak Tengku Rykal sambil menayangkan wajah no feeling

Tengku Rykal menjongketkan kening
" buat apa nak pergi dapur ? "

" nak tanam bunga . " jawabnya ringkas lalu berjalan melintasi Tengku Rykal dan berjalan ke arah dapur

malas rasanya nak melayan kebangangan Tengku Rykal tengah hari macam ni . dah la perut tengah lapar , tak kenyang rasanya kalau nak jawab soalan yang agak 'bijak' daripada suaminya itu .

Tengku Rykal menepuk dahi " dia pergi dapur sebab nak minum , nak makan , nak masak , yang kau pergi tanya buat apa ? bangangnya kau Rykal " tergeleng-geleng kepalanya mengenangkan kebodohannya sebentar tadi

di atur langkah menuju ke dapur dan matanya melihat Akma yang sedang memakai apron .

" dear tak payah la masak . kita makan dekat luar " Tengku Rykal menegur Akma

terhenti perbuatan Akma . " kenapa nak makan dekat luar pulak ? membazir je la awak "

di buka apron yang tersarung dibadan Akma " dear kan baru je sembuh . bukan selalu biy bawa dear makan luar "

di lihat Tengku Rykal yang melipat apron " saya dah sembuh pun . setakat masak apa semua ni , saya larat lagi la . tak payah la makan luar "

" dah dah . awak pergi masuk dalam , nanti saya dah siap masak , kita makan sama-sama ye " sambung Akma sambil menghalau suaminya yang mengganggu aktivitinya tadi .

Tengku Rykal menghadiahkan senyuman yang manis kepada Akma lalu menolak tubuh kecil Akma " dear tak payah banyak cakap , dear pergi siap . takde maknanya biy nak membazir . biy nak bawa isteri biy ni pergi makan dekat luar je pun "

" hmm . " Akma hanya menurut . tanpa banyak bicara , dia naik ke atas bersama Tengku Rykal untuk bersiap .

~~~~~~

selesai sahaja bersiap , Akma melihat Tengku Rykal yang sedang memakai
baju .

sebenarnya dia ingin bertanyakan kepada Tengku Rykal satu mungkin dua mungkin tiga atau banyak soalan yang sudah sekian lama ingin di tanya .

dan harini baru hatinya ingin bertanya kepada Tengku Rykal .

" ada benda yang dear nak cakap dekat biy ke ? " hairan Tengku Rykal melihat isterinya yang sedari tadi memerhatikan dirinya . seolah-olah sedang memikirkan sesuatu .

Akma menganggukkan kepala " ye ada . saya nak tanya , boleh ke ? "

tergelak Tengku Rykal " boleh je dear . tak payah la nak minta izin bagai . tanya je "

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now