tangisan Rizky Muayyad masih lagi kedengaran . pak Hamid driver yang di upah oleh Dato Murad untuk menghantar dan mengambil Rizky Muayyad dari sekolah mahupun untuk tujuan lain .
hancur hati tua pak Hamid melihat anak majikannya itu menangis teresak-esak . ini adalah kali kedua dia melihat Rizky Muayyad menangis .
pertama sekali adalah sewaktu Dato Murad mempunyai urusan dengan Tengku Rafael yang perlu diselesaikan dan beliau juga membawa Datin Aviana bersama . Rizky Muayyad ditinggalkan selama hampir dua bulan . itupun sewaktu Rizky Muayyad berumur 9 tahun .
selama tempoh dua bulan dan bulan seterusnya itu , Mak Enab lah yang mengurus keperluan Rizky Muayyad . Mak Enab adalah pengasuh semetara untuk Rizky Muayyad . Mak Enab berhenti bekerja semasa Rizky Muayyad berumur 14 tahun .
setibanya di hospital , tanpa menunggu pak Hamid mencari parking , Rizky Muayyad lantas turun dari kereta dan meluru masuk ke dalam hospital . Rizky Muayyad pergi ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui di wad manakah Dato Murad dan Datin Aviana ditempatkan .
" wad 722 , tingkat 3 " ujar wanita di kaunter itu
tanpa membuang masa menunggu habisnya butir bicara daripada wanita tersebut , Rizky Muayyad berlari selaju yang mungkin agar dia cepat sampai ke wad mama dengan papanya itu .
apabila sampai di tingkat tiga , dia melihat Tengku Rafael bersama dengan Tengku Rykal sedang duduk di luar wad .
" macammana keadaan mama dengan papa uncle ? " tanya Rizky Muayyad tanpa berbasa basi
Tengku Rafael dan Tengku Rykal mendongak memandang figura yang bertanya sebentar tadi .
digeleng kepalanya " uncle tak tau Iky , doktor tak keluar lagi ni . dah hampir sejam lebih dah ni . risau uncle dibuatnya "
Rizky Muayyad semakin risau . " mama papa . mama dengan papa kena kuat . jangan tinggal Iky sendiri . Iky dah takde sapa-sapa lagi " mengalir air matanya
Rizky Muayyad mundar-mandir di hadapan wad Dato Murad dan Datin Aviana . tangannya diramas-ramas bagi menghilangkan rasa gelabahnya itu .
Tengku Rykal yang berada di sebelah Tengku Rafael itu berdiri dan memeluk tubuh Rizky Muayyad .
" sabar . in shaa Allah mama dengan papa kau selamat . " pujuknya sambil menepuk lembut bahu Rizky Muayyad
dibalas pelukan itu . " terima kasih Ry . " balas Rizky Muayyad
Tengku Rykal melepaskan pelukan itu lalu menarik tubuh Rizky Muayyad untuk duduk di bangku yang disediakan di luar wad
" lagi bagus kalau kau duduk je . pening kepala daddy dengan aku tengok kau ni "Tengku Rafael sekadar menjadi pemerhati sahaja . tiada tanda-tanda ingin menyampuk perbualan dua orang anak muda itu . hatinya risau selagi dia tidak mengetahui keadaan sahabat baiknya itu
Klakk !!
pintu wad dibuka . keluar seorang doktor lelaki berbangsa india . menggunakan tag nama Sanjay .
Tengku Rafael lantas berdiri dan bertanya kepada doktor Sanjay itu . " macammana dengan keadaan kawan saya doktor ? "
Tengku Rykal dan Rizky Muayyad juga bangun dan mendekati Tengku Rafael dan doktor Sanjay
" sorry . i have try my best bu- - " tidak sempat doktor Sanjay menghabiskan ayatnya kedengaran suara Rizky Muayyad
" no ! " potong Rizky Muayyad
YOU ARE READING
La Moglie Della Mafia
Romancetiada benda yang percuma di dunia ni kan ? sama juga la dengan permulaan story ni . Tengku Rykal menghulurkan bantuan kepada Akma tetapi mempunyai syarat yang perlu Akma tunaikan iaitu berkahwin dengannya . sepanjang tempoh berkahwin , mereka dapat...