LMDM 19

3.2K 111 2
                                    

tok ! tok ! tok !

ketukan pintu menyebabkan Tengku Rykal tidak dapat menyiapkan kerja beliau..

" masuk ! " laung Tengku Rykal

kelihatan Jack dan beberapa orang anak buah Tengku Rykal memasuki ruangan pejabatnya..

" Tengku , saya dapat maklumat yang Sarah mungkin akan menggunakan Puan Akma untuk jatuhkan Tengku " ujar Jack kepada Tengku Rykal..

Tengku Rykal duduk menyandar dan mendengar apa yang disampaikan oleh Jack..

" Sarah akan gunakan Akma untuk jatuhkan saya ? can you just straight to the point Jack ? " Tengku Rykal semakin tidak senang duduk apabila nama isterinya disebut oleh Jack

Akma tidak seharusnya mengetahui dan tidak harus dibabitkan dalam hal ini..

"sorry Tengku , seperti yang Tengku sedia maklum..Sarah merupakan sahabat baik kepada Puan Akma , dia juga telah mengetahui bahawa Tengku ialah suami kepada Puan Akma.. oleh itu , dia berhasrat untuk hancurkan rumah tangga Tengku dengan cara menghasut Puan Akma untuk membenci Tengku sekaligus meminta cerai." ulas Jack panjang lebar

Tengku Rykal hanya tersenyum sinis dan berkata.. " wow , seems like this story become interesting..tak apa Jack..aku nak korang awasi bini aku..jangan sampai Sarah dekat dengan bini aku..dan juga sentiasa pantau perkembangan Sarah dengan Stephen..make sure we are always one step in front of them.. "

selepas selesai berbincang , Jack dan beberapa anak buah Tengku Rykal tunduk hormat kepada Tengku Rykal sebagai tanda berakhirnya perbincangan mereka dan menyusun langkah keluar daripada ruangan pejabat Tengku Rykal..

~~~~~~
Akma dan Fatin berjalan di taman untuk menghilangkan rasa bosan.. mereka memilih taman yang mempunyai tasik ..Akma yang merasakan dunia seakan berpusing lantas memegang kepalanya dan mengadu kesakitan..

"aduhhh " Akma berasa pening dan hampir terjatuh lalu memaut pada lengan Fatin untuk menampung badannya yang seakan lemah..

Fatin yang berada disebelah Akma cuba untuk membantu Akma untuk mencari tempat duduk.."Akma , kau oke ke ni ? boleh jalan tak ? " tanya Fatin sambil memapah Akma..

Akma hanya mampu menggelengkan kepala tanda 'tak okey ' sahaja kepada Fatin..

selepas berjaya membawa Akma duduk dibangku berhadapan dengan tasik di taman itu..Fatin membuat keputusan meminjam telefon Akma untuk menelefon Tengku Rykal..

"Akma , aku pinjam fon kau kejap eh ? kejap je " ..Akma menganggukkan kepala tanda 'iyala'

Akma tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain duduk sambil memejamkan matanya..pening yang dia rasakan saat ini seakan membuat tekak seakan pahit..

Akma merasakan dirinya seakan ingin mengeluarkan segala isi perutnya lantas bangun dan pergi ke tong sampah berdekatan dan memuntahkan segala isi perutnya..

Fatin yang baru sahaja selesai menelefon Tengku Rykal terus berlari mendapatkan Akma ..dia menggosok lembut belakang badan Akma bagi melegakan sedikit rasa sakit itu..

"kau tunggu kejap eh..nanti suami kau datang ambil..aku dah call dia tadi.." kata Fatin kepada Akma..

"yelah..aku rasa macam nak pengsan je ni..rasa lemah sangat..aku nak tidur je tiba-tiba rasa mengantuk " balas Akma sambil mengambil tisu di dalam bagnya dan membersihkan mulutnya ..

"lain kali kau bagitau lah aku kalau kau tak sedap badan..taklah aku bawa kau pergi sini..kita terus balik...haihh , nanti suami kautu marah aku tau..dahlah dia pesan dekat aku suruh jaga kau elok-elok.." Fatin berkata sambil menuju ke bangku tempat mereka duduk tadi..

Akma senyum dan mengangguk kepala sambil memeluk lengan Fatin..Fatin berkata , "angguk duk angguk je yang kau tau ye..haih la , nasib badan lah aku dapat sahabat macam kauni Akma ..suka sangat buat orang risau "

"hehehe..sorry lah.." ujar Akma sambil menyandar dibangku itu..

beberapa minit kemudian Tengku Rykal datang dan membawa pulang Akma serta Fatin pulang ke rumah..

setelah selesai menghantar Fatin , mereka terus pergi ke klinik untuk memeriksa keadaan Akma.

"awak..kita tak payah la nak pergi klinik bagai..saya tak apa-apa lah , saya muntah sebab saya tak makan lagi tadi.." pujuk Akma kepada encik Tengku agar Tengku Rykal tidak membawanya pergi ke klinik

"kau tak payah nak membebel dekat sini..dah jom " Tengku Rykal menarik tangab Akma supaya mengikuti langkahnya untuk masuk ke dalam klinik tersebut..

setelah selesai membuat pemeriksaan ke atas Akma..mereka diminta untuk duduk dihadapan doktor Suraya..

"macammana keadaan isteri saya doktor ? " Tengku Rykal terus bertanya kepada doktor Suraya tentang keadaan Akma.

doktor Suraya tersenyum dan berkata " Puan Akma tak apa-apa cuma .." doktor Suraya memberhentikan katanya sebelum kembali menyambung .." Puan Akma pregnant 2 weeks " doktor Suraya tersenyum melihat pasangan dihadapanya itu..

"Ya Allah..terima kasih doktor..Alhamdulillah..awak , saya mengandung.." Akma terus memeluk Tengku Rykal..

kegembiraan yang mereka rasai tidak dapat digambarkan..

"ye.. aku nak jadi papa tak lama lagi " ujar Tengku Rykal sambil membalas pelukan Akma..

doktor Suraya yang menyaksikan adegan itu hanya mampu tersenyum.." nanti saya akan bagi vitamin kepada Puan Akma ye..am, encik sebagai suami kena sabar ye melayan kerenah ibu mengandung ni..ibu mengandung ni sensitif sikit..encik kenalah cuba untuk penuhi apa yang isteri encik nak ye..lagi satu , Puan Akma akan mengalami morning sickness seperti muntah-muntah dan sebagainya.." doktor Suraya memberikan penerangan kepada Tengku Rykal agar sabar melayan kerenah Akma kelak..

"baiklah doktor..terima kasih.." ucap Tengku Rykal dan keluar daripada bilik pemeriksaan tersebut..

mereka terus sahaja pulang ke rumah Mummy Tengku Rykal untuk berkongsi berita gembira ni kepada semua..









yeahh !! Akma dah pregnant ..jadi macammana chapter ni ? okay tak ? keep reading and vote !!!

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now