LMDM 20

3.4K 101 0
                                    

Pada keesokan harinya , Tengku Rykal dan Akma membuat keputusan untuk membuat jamuan sekaligus memberi kejutan kepada keluarga mereka tentang kandungan Akma..

mereka telah pun memberitahu keluarga masing-masing untuk datang ke rumah pada malam hari..selain daripada keluarga , rakan baik mereka juga di jemput datang ..

bagi Tengku Rykal , dia menjemput sahabat baiknya iaitu Hafiz Zariyat dan juga Rizky Muayyad..manakala Akma pula menjemput Fatin Hanania dan Alya Maisarah...

~~~~~~

selepas waktu isyak , Tengku Rykal dan Akma telah selesai menguruskan apa yang patut dengan bantuan Jack dan anak buah Tengku Rykal..

jadi , taklah patah juga tulang mereka berdua buat semua kerja..hehehehe

setelah mereka semua datang , hanya seorang sahaja yang belum tiba yakni Alya Maisarah..Akma yang tidak melihat kelibat Sarah lantas bertanya kepada Fatin.." em , Fatin.. mana Sarah ? aku tak nampak pun dia "

Fatin menjawab " ntah la Akma , aku tak datang dengan dia..takde pun dia call ke apa ke ..kau sabar je la , nanti dia datang la.."

"hm ye la..eh , kau pergi la makan..penat aku dengan suami aku masak..sedap tau " pelawa Akma..

Tengku Rykal mendekati Akma yang berada di pintu hadapan rumah mereka.. "kau buat apa dekat pintu ni ? jom lah mama ,papa ,mummy ,daddy panggil kita tu.." Tengku Rykal terus merangkul pinggang Akma dan berjalan ke arah keluarga mereka yang berada di ruang tamu..

"Akma..kamu jangan buat benda berat-berat tau..ah Rykal , kalau si Akma ni m
nak makan apa-apa kamu bagi tau jangan tak bagi ..nanti kesian cucu mummy keluar selalu sangat berliur " nasihat mummy kepada Tengku Rykal

Tengku Rykal senyum dan menjawab
" mummy jangan risau lah..Rykal tau lah nak jaga bini dengan anak Rykal ."

"Wah abang !! nak jadi ayah dah kan.. perangai tu bagi bagus juga la ye..jangan nak asyik moody aje.." ujar Tengku Alyzz Sofia a.k.a adik perempuan Tengku Rykal

"ha ah kan dik..abang long ni selalu serius tak pernah lah nak senyum..akupun tak tahu lah macammana kak Akma boleh sangkut dengan abang long ni ." balas Tengku Alyzz Zakwan a.k.a adik lelaki Tengku Rykal

Tengku Rykal yang mendengar lantas menarik telinga kedua orang adiknya itu.. " ambik kauorang berdua..padanlah dengan muka korang yang asyik nak cari pasal je kan " ujarnya sambil tangannya memulas telinga kedua adiknya itu

"aduh bang long..maaf-maaf adik tak buat dah..lepas lahh...." rayu Tengku Sofia agar Tengku Rykal berhenti memulas telinganya..

Tengku Zakwan pula memukul tangan Tengku Rykal supaya dia senang untuk melarikan diri..

Mummy mereka yang melihat kerenah anak-anak nya itu hanya membiarkan sahaja kerana mereka memang sentiasa bergurau..jadi tiada masalah lah lagipun walau Tengku Rykal seorang yang bengis dan selalu moody tetapi dia sayang akan ahli keluarganya..dia tidak akan sanggup untuk mencederakan adiknya..

"My ! tengok abang long ni..dia tarik telinga adik la my..merah dah telinga adik...huarghhh !!! " Tengku Sofia meminta simpati daripada mummy nya dengan cara berpura -pura menangis namun tidak di endahkan ..

dia terus pergi ke arah Akma dan menunjukkan telinganya yang merah itu.." kak Akma tengok telinga adik..abang long tarik telinga adik..merah dah telinga adik " ..

Akma menyapu lembut telinga adik iparnya itu *cuba bayangkan okay..hehehe* lantas memandang ke arah Tengku Rykal dan berkata " awak ni..jangan lah tarik telinga Sofia..kesian tau, merah dah telinga Sofia "

Tengku Sofia menjelirkan lidah kepada Tengku Rykal dia atas kemenangannya meminta simpati daripada kakak iparnya itu..

"eleh , bukannya abang long tarik kuat sangat pun..mengada " jeling Tengku Rykal kepada adik perempuannya..

Tengku Zakwan pula hanya menggosok telinganya ..sabar je la dapat abang yang suka tarik telinga ni..hahahaha

sedang mereka sibuk bergurau senda.. muncul kelibat Sarah dimuka pintu " Assalamualaikum.." Sarah memberi salam

mereka yang berada di ruang tamu itu lantas memalingkan muka ke muka pintu untuk melihat siapakah gerangan yang memberi salam..

alangkah terkejutnya Tengku Rykal sekeluarga apabila melihat Sarah yang sudahpun masuk ke dalam rumah..

"waalaikumsalam Sarah..lamanya kau sampai.. penat aku tunggu tau " ujar Akma sambil memeluk erat Sarah

Sarah hanya tersenyum yang dibuat-buat sahaja..sebenarnya dia tak nak datang pun tapi disebabkan ini sahaja peluang yang dia ada untuk berjumpa dengan keluarga Tengku Rykal setelah sekian lama..

"sorry la beb..aku ada urusan tadi..tu yang lambat sampai" Sarah meminta maaf atas kelewatannya..sempat lagi Sarah melihat Tengku Rykal yang sedang merenungnya dengan tanda tidak puas hati..Sarah hanya menghadiahkan senyuman sinis sahaja..

"eh beb , dah berapa bulan kandungan kau ? " tanya Sarah kepada Akma..

" baru 2 minggu..eh , kau makan lah dulu..aku nak jumpa suami aku kejap " jawab Akma lantas berjalan ke arah Tengku Rykal..

" bang long , kenapa perempuan tak tahu malu tu boleh datang sini ? " tanya Tengku Sofia..

" abang long pun tak tahu..tapi korang jangan cakap apa-apa dengan bini abang long erh.." pesan Tengku Rykal kepada Tengku Sofia dan Tengku Zakwan..

"hmm..ye lah" jawab mereka berdua

Tengku Rykal yang sedang berbual dengan kedua adiknya itu didatangi oleh Akma..

"Sofia , Zakwan kak Akma nak pinjam abang long kejap erh..nak bagi kenal dengan kawan Akma.." Akma meminta izin kepada kedua adik iparnya

"hah ye lah..bang long , pi lah kenal dengan kawan kak Akma tu " ujar Tengku Sofia kepada Tengku Rykal

Tengku Sofia hanya memberi isyarat mata supaya Tengku Rykal sabar dan jangan melenting dahulu..malam ni kan malam bahagia mereka..

Tengku Rykal mengangguk dan mengikuti langkah Akma ke arah Sarah yang sedang menjamu selera itu..

"Sarah..aku nak perkenalkan kau dengan husband aku Rykal..abang , ni kawan Akma..namanya Alya Maisarah tapi kitaorang panggil Sarah je.." Akma memperkenalkan Tengku Rykal dan Sarah
tanpa dia sedari bahawa mereka telahpun lama berkenal malahan pernah menjalinkan hubungan cinta....

"Sarah , kawan Akma " Sarah menghulurkan tangan tanda perkenalan..Tengku Rykal berpura-pura menyambut untuk mengelakkan Akma dari berasa curiga.."Rykal , suami Akma"

selepas itu, Tengku Rykal meminta izin untuk pergi ke arah mummy dengan daddynya untuk berbincang , meninggalkan Akma bersama Sarah..


La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now