LMDM 3

4.9K 150 3
                                    

Habis semua kedai di mall ini kami lawati. badan dah sakit ni,tangan pun dah lenguh sangat..sebagai destinasi dan perpisahan akhir kami bertiga sebelum kami balik dan berpisah dengan sarah untuk jangka masa yang panjang..

kami memilih restoran yang biasa aje..selepas melabuhkan punggung, kami pun memanggil waiter untuk membuat pesanan. setelah beberapa minit, makanan sampai dan kami menikmati makanan dengan senyap..

yela takkanlah makan pun nak bercakap kan ?

setelah selesai mengisi perut,kami membuat keputusan untuk balik ke rumah masing-masing.

~~~~~~

Dipejabat milik Tengku Rykal,dia sudah bingung memikirkan tentang permintaan mummy nya itu,dah lah di suruh cari calon isteri,masa yang dibagi pun singkat sangat..dalam waktu seminggu je ?

Tengku Raykal yang seakan-akan nak pitam aje..membuat keputusan untuk keluar dan berharap agar dia mendapat jawapan kepada permintaan mummy nya itu..

~~~~~~

Akma yang baru sahaja pulang dari kuliahnya , terus singgah di sebuah restoran yang agak terkenal juga lah .

memandangkan perutnya yang sudah lapar,lagipula dia tak boleh lewat makan kalau tak mula lah datang gastriknya itu..

masuk sahaja dan melabuhkan punggung di tempat yang agak tertutup,dia disapa oleh pelayan restoran tersebut..

"cik nak order apa ye ?" tanya pelayan restoran itu..

"emm,saya nak nasi ayam dengan jus mangga ,jangan lupa ais lebih tau "..kataku sambil tersengih ke arah pelayan tersebut.

setelah mengambil pesananku ,dia terus meninggalkan aku..dan beberapa minit kemudian, pesanan ku sampai .aku apa lagi, terus makanlah ..dah aku lapar takkan aku nak tengok aje..hehehehe

apabila makanan yang aku pesan tadi tinggal berbaki sedikit sahaja, aku menghirup jus mangga yang aku pesan tadi,sambil berdiri dihujung meja makanku tadi ..jus mangga dia.... masya-Allah sedap sungguh..

dalam pada aku menghayati jus tersebut, aku terus ber oleh ke kiri dan tanpa aku sedar aku telah melanggar seseorang.habis basah kemeja yang diguna terkena jus mangga ku tadi..

dengan tergopoh-gapah aku ingin membersihkan bajunya sambil memohon maaf, aku langsung tidak melihat lelaki yang berdiri dihadapanku ini..

"maafkan saya encik,saya tak sengaja..maaf sangat-sangat ye encik". lelaki tersebut terus memandang tajam ke arah ku..aku tidak dapat melihat mata nya kerana dia memakai kaca mata hitam..

dia melepaskan tanganku dan membuka kaca mata yang elok terletak di atas hidung mancungnya..lelaki ini berkulit putih,mempunyai mata berwarna hazel yang cukup menggoda, hidung yang mancung,bibirnya yang berwarna merah jambu itu..menunjukkan bahawa lelaki ini tidak merokok.

"dah habis dah kau teroka seluruh muka aku ? " kata-katanya itu membuatkan aku menjadi malu dan tertunduk ."errr, maaf encik.. saya tak sengaja."

"takpe,aku tahu kau tak sengaja.. tapi aku nak kau tahu yang kau..... berhutang dengan aku" katanya sambil tersenyum sinis

aku yang mendengarkan kata-kata itu lantas mengangkat kepala ku untuk memandang mukanya dan berkata." apa yang saya berhutang dengan encik? kalau pasal baju encik yang basah ni..saya minta maaf sangat-sangat,saya betul-betul tak sengaja"

dan aku menyambung.."encik nak apa dari saya sebagai ganti untuk baju encik ni ? "

tanpa menjawab soalanku,dia terus berlalu pergi meninggalkan aku yang masih lagi tercegat di situ..sempat lagi aku mengeluh sebelum menyusun langkah keluar dari restoran dan pulang ke rumah..

~~~~~~

Tengku Zaidatul Akma Pov's

'apa yang aku berhutang dengan dia erh? takkanlah baju terkena jus mangga pun sampai nak berhutang bagai,nampak dari gayanya ,dia macam orang kaya'

yela dah cara bercakap dengan orang pun sombong semacam aje..

apabila kereta yang di pandu akma memasuki perkarangan rumah milik keluarganya..dia terus menapak masuk ke dalam rumah,apabila dia membuka pintu,dia terkejut melihat mama dan papanya yang seolah-olah sedang menangis..

"ma,pa kenapa ni ? " tanya akma kepada kedua orang tuanya itu..

"papa akma,papa kamu kena fitnah oleh rakan bisnis papa..dia kata papa kamu ni ada kerja gelap " kata mama sambil mengesat air mata di mengalir deras membasahi pipi gebu milik mama ku.

"what? but who? why ? and how ? " terkejut benar aku apabila mendengar pernyataan yang baru sahaja keluar dari mulut mama..papa hanya mendiamkan diri..mungkin tak dapat menerima kenyataan.

"we dont know ,but papa's P.A told us just now.and maybe police will came and take papa to jail .and..and we will lost our home and everthing that we have now.." sekali lagi otak ku tidak dapat menafsir apa yang mama cuba sampaikan

"papa tak tahu nak buat macam mana lagi.papa tak pandai nak jaga family kita sebaik yang mungkin"..pertama kali aku melihat papa mengalirkan air mata, mungkin dia tidak sangka apa yang berlaku terhadap dirinya itu..

"papa...papa tak perlu lah salahkan diri papa ,kami percaya yang papa takkan buat perkara yang akan membahayakan diri papa dan kita sekeluarga".. aku memberikan kata-kata semangat kepada papa

tak sanggup rasanya aku nak melihat papa dan mama ku yang sedih .

"papa,mereka ada bukti ke yang papa ada buat benda tu ? sebab waktu akma dekat U ,akma ada lah terdengar yang mereka kata papa ni jual dadah ,lepas tu papa ni ada banyak perempuan .. dan akma rasa ,banyak lagi kut yang mereka kata,tapi akma tak nak dengar lagi..akma terus pergi "..

aku mengatakan apa yang tertanya-tanya di kotak fikiranku,yang sering menganggu ketenteraman hatiku selama ini..aku terpaksa bertanya untuk mengelakkan aku dari bersangka buruk kepada papa .

"papa tak pernah buat macam tu,semua staf papa pun tak percaya yang papa buat perkara haram macam tu.. macam mana papa nak ada perempuan banyak-banyak sedangkan papa dah ada mama kamu yang cukup sempurna di mata papa"

luahan papa benar-benar membuat aku rasa bersalah kerana telah buruk sangka terhadapnya.

"maafkan akma papa,akma tak patut buruk sangka pada papa..papa jangan marah akma ye..akma sayang papa sangat-sangat" aku berkata sambil memeluk papa ku erat..

"papa ,mama.. pergilah naik atas dan rehat..akma akan cuba tolong papa untuk cari siapa dalang di sebalik semua ni" aku sedaya upaya berlagak tenang kerana aku tak nak keluarga aku hancur kerana fitnah semata-mata..

aku kena cari orang itu dan bersihkan nama papa ,aku akan kembalikan maruah keluarga kami yang tercemar kerana orang yang tak bertanggungjawab itu..









enjoy !!

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now