LMDM 26

2.6K 86 0
                                    

kriukk ! kriukk !

"aduiii ..laparnya " gumam Akma sendirian..

dilihat Tengku Rykal yang sedang lena diulit mimpi itu..tak sampai hati nak kejut .

"haih baby..jomla teman ibu pergi dapur..anak ibu mesti lapar kan ? ibu pun lapar la sayang.. tapi tak sampai hati nak kejutkan ayah..kesian kat ayah.." Akma mengelus lembut perutnya yang kian menampakkan bentuk..

Akma memutuskan untuk bangun dan pergi ke dapur. kut kut la ada makanan yang boleh dia makan untuk hilangkan laparnya walhal dia menginginkan sesuatu yang lain....

Akma hanya makan yang simple je..dan yang dia jumpa hanyalah maggie segera ..dia apa lagi ? mula la masak takkan la tengok aje..hahahaha

setelah hampir 7 minit dia masak maggie dengan hanya mencampakkan beberapa keping ayam , sayur dan sebagainya. akhirnya siap juga !

"hmmm ...sedapnya bau dia baby...kejap eh ibu nak duduk dulu baru kita makan.." Akma duduk di meja makan dan terus makan.. dah lapar sangat dah tu..

tak lupa jugak dia membaca doa..

~~~~~~

Tengku Rykal meraba-raba katil disebelahnya untuk mencari tubuh yang selalu menemani malamnya dengan mata yang tertutup..namun tiada !

dia membuka mata dan melihat disekeliling bilik dan masih lagi tiada

namun bunyi yang datang dari arah dapur membuatkan Tengku Rykal risau..dia mula berfikiran negatif yang Akma diculik ! atau Akma larikan diri ! atau ada pencuri yang masuk rumah !

Tengku Rykal menggelengkan kepala untuk menghapuskan segala yang difikirkannya sebentar tadi..

dia mula menuruni tangga dengan perlahan..dan menangkap bauan makanan.. bau maggie !

dia berjalan ke arah dapur dan kelihatan kelibat Akma sedang makan maggie dengan khusyuknya tanpa menyedari kelibatnya .

dia tersenyum sendirian..mati-matian dia fikir negatif rupanya Akma makan je !! buat risau je !!

dia mengerling ke arah jam dinding.. pukul 2.17 pagi ! ..is is is.. gila nak makan pagi-pagi macam ni..

Tengku Rykal berdehem dan duduk dihadapan Akma..Akma yang menyedari kelibat Tengku Rykal terus sahaja melihat sambil tersenyum dengan mulut yang masih lagi mengunyah maggie..

alahai..memang kalau perempuan mengandung ni comel eh ? dah la makan pun comot ..

"kalau ye pun lapar..perlahanla makannya..tak lari mana pun la maggie tu "

Akma masih lagi meneruskan acara makannya..kalau dia layan Tengku Rykal bukan dia boleh kenyang pun ! Tengku Rykal tak faham ke yang dia tengah lapar giler ? boleh pula cakap makanan tu tak lari ? memanglah tak lari tapi lapar perutnya tu tak boleh tahan dah....

Tengku Rykal mengangkat sebelah keningnya dan memandang Akma yang seakan tidak peduli akan kehadiran dirinya.. dah lama kut dia duduk kat situ tapi Akma langsung tak ajak dia makan pun..huhuhu sedih la..

Tengku Rykal faham yang Akma tengah lapar dan memutuskan untuk duduk sahaja sebagai pemerhati tak berbayar..

"alhamdulillah.." ucap Akma setelah selesai makan..

"kenyang ke ?" soal Tengku Rykal

Akma mengangguk sambil tersenyum..oleh kerana Tengku Rykal dah bangun ni..elok la dia cakap nanti tak dapat makan..dia juga yang susah..

"hm...awakkkkk......." meleret Akma memanggil Tengku Rykal..

biasala kalau ada yang dimahukan memang macam tu kan ? nak manja-manja la..nak berlembut tak boleh nak berkasar nanti tak dapat ...huhuhuhuhu

"apa dia ? tak kenyang ke ? tadi angguk tanda kenyang la kan ? "

Akma macam nak nangis je dengar Tengku Rykal cakap macam tu.. tak faham ke dia ni ?

"memanglah dah kenyang....tapi baby ni macam nak makan yang lain la .. boleh la awak " Akma memujuk dengan membuat muka comel

Tengku Rykal mengeluh..ini yang dia tak tahan nak tengok ni..tak boleh tak tolak dah.. Akma siap cakap lagi anaknya pun nak makan juga..jadi dia memang kena tunaikan..

" kau nak makan apa ? eh baby kan yang nak makan ? bukan mama dia ke ? " sengaja Tengku Rykal ingin menyakat Akma..

Akma tersengih sambil menjawab " baby dengan ibu dia la nak makan..kalau ibu dia tak makan.. macammana baby nak makan ? ayah dia pun bukan boleh pun bagi dia makan..jadi , ayah dia tolong ibu dia je untuk cari makanan yang baby dengan ibu dia nak makan "

Tengku Rykal tersenyum mendengar Akma membebel..siap perli lagi ?

" iye la..jadi ibu dengan baby nak makan ape ? nanti ayah belikan " layankan je anak dengan bini dia ni..

Akma meletakkan jari telunjuk sebelah kanan di dagunya lagak sedang berpikir.. kemudian... hah !

"awak..saya dengan baby nak makan Char Kuew Teow la..boleh kan ? " melihat Tengku Rykal yang menganggukkan kepalanya.. Akma tersenyum dan pergi ke Tengku Rykal untuk memeluk sambil menghadiahkan sebuah ciuman dipipi milik Tengku Rykal..

' aikk belum belikan dah dapat upah ? ni kalau dah belikan ..mesti dapat upah lagi la kan ? ' gumam Tengku Rykal namun dapat Akma dengari..

"hehehehe..sorry la awak..saya happy sangat..esok pagi tau saya nak..kalau tak , saya merajuk dengan awak" Akma memuncungkan mulutnya kehadapan..

Tengku Rykal mengepit mulut Akma " ye..nanti aku belikan untuk kau..jomla tidur , awal lagi ni.." ajaknya

Akma mencebik ..suka hati je nak tarik mulut orang..ingat tak sakit ke ? nak je dia balas balik..tapi nanti dia tak dapat yang dia nak..hmm

"cepatlaa..." Akma terus berlari ke arah Tengku Rykal yang sudah pun berdiri di anak tangga keempat..uishh laju betul Tengku Rykal jalan, dah tu tak pandai sabar..hahaha









LMDM come back !!

keep reading 😜

enjoy !!



La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now