LMDM 33

2.8K 90 0
                                    

bunyi deruman kereta diluar rumah membuatkan Akma berasa pelik .

' siapa pulak yang datang malam-malam buta macam ni ? ' soalnya dalam hati

" hah Akma , buka la pintu tu suami kamu datang tu " mamanya berkata apabila melihat Akma masih lagi duduk dihadapan televisyen

Akma memandang mamanya yang baru sahaja masuk kedalam ruang tamu

" kenapa abang Rykal datang sini ma ? " soalnya polos

" ish kamu ni Akma . dah kamu dekat sini kan ? takkan dia nak biar kamu tidur sensorang pulak . " mamanya hanya sekadar menggelengkan kepala sahaja

" eh dah dah . pergi buka pintu sana " arahnya sekali lagi

" ye mama . Akma buka la ni "

Akma membuka pintu dan melihat Tengku Rykal yang sedang tersenyum ke arahnya .

" masukla awak . " ajaknya tanpa membalas senyuman Tengku Rykal

Tengku Rykal terus sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa tempat duduk Akma sebentar tadi

" mama , Akma naik dulu ye . mengantuk pulak " dan seraya itu Akma naik ke biliknya tanpa memandang muka Tengku Rykal

Tengku Rykal hanya mampu tersenyum kelat tatkala mama Akma memandang ke arahnya " Rykal jangan ambil hati ye . maklum la orang mengandung ni emosinya tak stabil . Rykal sabar ye nak "
" ye ma . Rykal faham " ujarnya

" Rykal pergi la naik . pergi pujuk Akma , nanti elok la tu . mama nak pergi dapur ni , nanti turun makan ye " mama Akma pun pergi ke dapur untuk menyiapkan makan malam yang tergendala sebentar tadi

~~~~~~

tok ! tok ! tok !

klakk !

pintu diketuk dan dibuka oleh Tengku Rykal .

matanya liar melihat didalam bilik untuk mencari kelibat isterinya dan tertumpu pada susuk tubuh isterinya yang sedang berbaring di atas katil

dia tersenyum dan mendekati isterinya . mata sembab , hidung merah , pipi basah lecun .

' ni komfom abis nangis ' pikirnya dalam hati

" Akma sayang .... bangun " kejutnya

tidur Akma terganggu apabila mendengar suara yang amat dikenalinya . dia kelipkan mata berkali-kali untuk melihat empunya suara .

" awak buat apa dekat sini ? " tanya Akma apabila melihat Tengku Rykal yang duduk dibirai katil

Tengku Rykal mengangkat sebelah keningnya " sepatutnya aku yang tanya benda tu dekat kau . kau buat apa dekat rumah mama ? kita kan ada rumah sendiri . buat apa nak susahkan mama lagi ? "

Akma tertunduk menahan sebak mendengarkan nada Tengku Rykal yang kelihatan marah

" hei , aku tak marah kau la . " Tengku Rykal meletakkan kepala Akma di dadanya dan mencium ubun -ubun isterinya

" kenapa kau off phone kau ? aku call banyak kali kau tak angkat . nasib baik aku call mama then mama cakap kau dekat sini . punya la lama aku tunggu kau dekat rumah , aku risau tau tak pasal
kau "

Akma menjawab " phone saya habis cas . saya lupa nak cas dekat rumah pagi tadi . petang baru phone tu saya baru cas tapi tak onn lagi "

" kau jumpa siapa pagi tadi ? " tegas dan datar sahaja riak suara Tengku Rykal bertanya

Akma mengangkat kepalanya . soalan yang di ajukan Tengku Rykal itu membuatkan dirinya mengingati tentang gambar-gambar yang diberikan Sarah dan sekali lagi dia mengalirkan air mata

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now