LMDM 47

2.3K 87 6
                                    

sebuah rumah usang di dalam hutan , kedengaran suara seseorang yang sedang ketawa dan juga terkadang menangis . persis seperti orang gila .

yes , crazy !!

Rizky Muayyad duduk menyandar di dinding sambil memeluk lulut . kelopak matanya semakin memberat dengan air mata lalu air mata tersebut jatuh membasahi pipinya .

dia teringat bagaimana dia kehilangan keluarganya untuk selamanya dalam sekelip mata sahaja  .

flashback

sewaktu Rizky Muayyad berumur 16 tahun , dia amat menyayangi papa dengan mamanya .

baginya kedua orang tuanya itu adalah harta yang paling berharga sekali di dunia ini . dia tidak sanggup membayangkan jika suatu hari dia akan kehilangan mereka berdua .

dia tak kuat .

Rizky Muayyad tidak mempunyai adik-beradik kerana dia adalah anak angkat . Dato Murad dan Datin Aviana membela dirinya sewaktu berumur 1 tahun 7 bulan . oleh kerana itulah dia amat berhutang budi dan menyayangi kedua ibubapa nya itu .

diberikan sepenuh kasih sayang , diberi cukup makan dan pakai . diberi kelengkapan dirinya . diberi kemewahan yang tidak terhitung banyaknya  .

Dato Murad Hidayat bersama isterinya Datin Aviana Vy berada diruang tamu bersama dengan tetamu mereka Tengku Alyzz Rafael dan isteri Tengku Zarith Sufiah

mereka berempat itu merupakan sahabat baik sejak dibangku sekolah menengah lagi dan masih lagi bersahabat walaupun sudah berumahtangga .

manakala Rizky Muayyad pula sibuk bermain dengan Tengku Alyzz Rykal dan juga Tengku Alyzz Zakwan iaitu adik Tengku Rykal yang baru berusia 10 tahun .

oleh kerana ibubapa mereka berdua itu rakan baik , maka mereka pun turut menjadi sahabat . hampir setiap hari mereka akan menghabiskan masa berdua .

Dato Murad Hidayat adalah salah seorang rakan kongsi niaga dan juga merupakan rakan Tengku Rafael di dalam dunia mafia .

mereka dikenali sebagai Devil's Hunter

nama kumpulan mereka sahaja cukup menggerunkan sesiapa  yang mengenali gerangan manusia yang hebat dan kejam disebalik kumpulan itu . namun mereka mahir dalam menggunakan penyamaran .

mereka tidak akan sesekali membunuh jika seseorang itu tidak bersalah . hanya mereka yang bersalah sahaja akan menerima balasannya !

kegiatan mereka berdua ini diketahui oleh isteri mereka termasuk la anak lelaki Tengku Rafael .

ya , Tengku Rykal dan juga Tengku Zakwan

namun perkara ini tidak sama sekali diketahui oleh Rizky Muayyad dek kerana Dato Murad yang merahsiakan tentang kerja keduanya .

~~~~~~

pada suatu hari ketika pulang dari sekolah , Rizky Muayyad terkejut melihat rumah mereka yang berselerak .

namun matanya menangkap sesuatu yang membuatkan dirinya menggigil ketakutan .

darah yang menitik di atas lantai . terdapat juga kesan darah di atas meja , bucu meja dan atas sofa . percikan darah di dinding juga dapat dilihat dengan jelas oleh anak matanya 

perkara pertama yang dia ingat ialah kedua orang tua nya . kelam kabut dia naik ke tingkat atas dan terus meluru ke bilik Dato Murad dan Datin Aviana

" mama ! papa ! " laungnya sambil berlari

namun tiada sebarang sahutan .

itu membuatkan dirinya semakin cemas . dia berdoa di dalam hati agar kedua orang tuanya itu berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja .

klak !

pintu bilik dibuka . matanya liar ke segenap ruangan bilik itu untuk mencari Dato Murad dan Datin Aviana namun tidak dijumpainya juga . keadaan di dalam bilik itu jugak agak berselerak . seperti kesan pergelutan ada berlaku disitu  .

dirinya semakin takut dan risau . otaknya sudah mula memikirkan benda yang negatif
" mama ! papa ! keluar la ! " panggilnya

dia menangis sambil membuka pintu bilik air dan mencari . namun tiada .

dia keluar dari bilik air dan lantas terduduk dia di depan pintu bilik air  yang masih terbuka . dia menangis sekuat hati . bahunya terhincut-hincut . basah lecun baju nya akibat air mata . hidungnya juga mengalirkan hingus sampai melekap di bibirnya .

seketika disedut kembali hingus tersebut
" mmamaa.... ppaapaa... tskk tskk "

" mama ! papa ! jangan buat Iky macam
ni ! " jeritnya sekuat hati

setelah itu disembamkan mukanya di kepala lulutnya dan sambung menangis .

" mana mama dengan papa ni . jangan buat Iky risau . iky dah takde sapa-sapa lagi dah Iky ada mama dengan papa je . sampai hati mama dengan papa buat Iky macam ni "

" mama dengan papa dah tak sayang Iky
ke ? " Rizky Muayyad membuat andaian sendiri

tit ! tit ! tit !

bunyi telefon rumah di ruang tamu menyapa pendengarannya . kelam kabut dia membuka mata . penglihatannya kabur kepalanya juga berpusing dan berbintang-bintang kerana terlalu lama menangis

digelengkan kepalanya untuk menghilangkan peningnya dan berdiri lalu menuju longlai ke tingkat bawah untuk menjawab panggilan .

setibanya dia dibawah , terus sahaja disambut panggilan itu " hhell..loo " jawabnya perlahan .

" Rizky Muayyad ? " soal pemanggil

" ye . saya " jawab Rizky Muayyad sedikit tenang

" ni uncle Raf . papa dengan mama kamu ada dekat hospital ni nak . cepat datang sini mama dengan papa kamu nak jumpa " beritahu Tengku Rafael

terbuka luas mata Rizky Muayyad apabila mendengar perkataan ' mama ' dan juga
' papa ' itu disebut

" oke jap . Rizky pergi sekarang "

diletakkan kasar ganggang telefon itu lalu dia pun bergegas pergi ke hospital seperti yang diberitahu Tengku Rafael sebentar tadi .

dalam hatinya tidak pernah berhenti mendoakan mama dengan papa nya itu agar sentiasa baik-baik sahaja .





next chap baru tahu apa yang jadi . k ?

jangan jadi silent reader please .

author amat hargai setiap satu vote itu

enjoy !!

La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now