LMDM 40

2.9K 84 2
                                    

" auchh ! " jahitan di kepalanya itu terasa sakit dan pedih .

dia duduk menyandar di kepala katil sambil matanya terpejam lalu tangannya diletakkan dibahagian kulit kepalanya yang berjahit itu untuk menahan kepalanya yang berasa sakit itu .

" Kim !! " panggilnya

namun tiada sahutan

" Kim !!! arghhhhh !!!!!!!!!! " habis ditolak semua gelas kaca dan lampu meja yang berada meja itu . pecah semua gelas dan hancur lampu meja itu .

prakk !!

pintu dibuka .

" boss . ada apa boss ? jangan macam ni boss , nanti jahitan luka boss terbuka
lagi " Kim bertanya sambil melangkah mendekati bossnya yang memberontak itu .

tangannya mula berperanan untuk memberhentikan perlakuan Stephen yang merosakkan barang yang berada di atas meja itu .

ya , sudah dua kali jahitan dikepala Stephen itu terbuka dek kerana sikapnya yang selalu memberontak semenjak dia excident tempoh hari

selepas Stephen memandu keluar dari perumahan Tengku Rykal , terus sahaja dia memandu pulang ke tempatnya dan hanya menelefon doktor peribadinya sahaja untuk merawatnya dirumah

namun malang tidak berbau , kereta yang dipandunya itu terbabas melanggar pokok akibat kepalanya yang berdenyut-denyut dan terasa pening serta keperitan luka yang dihadapinya tak dapat ditahan .

hal itu telah menyebabkan Stephen terpaksa menangguhkan dahulu dendamnya sehingga dia sembuh seperti sediakala .

melihatkan bossnya yang semakin menggila itu membuatkan Kim mengambil ubat penenang dan disuntik ke dalam badan Stephen .

lama-kelamaan Stephen menjadi lemah dan tertidur .

" haihh " Kim mengeluh dalam masa yang sama dia kasihan melihat keadaan boss nya itu .

matanya jatuh melihat serpihan kaca dan lampu meja yang pecah di atas lantai bilik itu kerana Stephen . itu adalah tugasnya untuk sebagai personal asisstant (PA) kepada Stephen

menjaga urusan-urusan peribadi Stephen dan juga mengurus keperluan serta kebersihan Stephen selama boss nya itu masih terlantar sakit

dia sanggup bekerja dibawah naungan Stephen supaya matlamatnya tercapai . biarla dia dicaci , dimaki , dihina dan sebagainya asalkan keinginannya itu tercapai .

keinginan yang amat dia harapkan sejak dari dulu lagi .

ya , motif utamanya !


~~~~~~


sinaran matahari yang menyelinap masuk di celah-celah langsir di hospital itu menyebabkan lena Akma terganggu . dibuka matanya perlahan-lahan lalu digosok lembut matanya bagi menghilangkan tahi mata yang bersusah payah dibuatnya malam tadi .

kemudian dia pun menguap sambil matanya masih tertutup " huarghhh " bukaan mulutnya dibiarkan tanpa ditutup oleh tangannya , diregangkan tulang-tulangnya lalu air liur basi yang melekat ditepi bibir digaru-garu .

" tutup la mulut tu . besar betul menguapnya boleh dah tu masuk gajah sekor . is is is , tak senonoh betul perangai dear ni ye " tegur seseorang

Akma memberhentikan tangannya lalu membuka mata dan anak matanya tertumpu pada Tengku Rykal yang duduk di atas sofa sambil berpeluk tubuh dan matanya merakam setiap kelakuan Akma

digaru pipinya yang tidak gatal itu " awak dah lama ke dekat situ ? "

" hmm . lama jugak la sempat la jugak tengok dear korek tahi hidung ,mengeliat , garu mata , menguap macam nak makan gajah je " perli Tengku Rykal

mendengarkan hal itu membuatkan Akma berasa malu . mukanya terasa membahang . " kenapa awak tak kejut saya je tadi ? " soalnya menghilangkan malu

" dah dear tak sedar biy dekat sini kan . bukan selalu biy dapat tengok perangai tak senonoh dear macam ni . memang rezeki biy la harini " dikenyitkan matanya lalu bangun mendekati Akma .

" dah-dah la tu malunya . biy pernah tengok yang lebih ekstreme dah pun . ganas daripada itu lagi tau . itu takde pun dear malu-malu , merengek nak lagi lebih adalah "

makin merah muka Akma dibuatnya . laju sahaja tangan Akma memukul dada Tengku Rykal yang berdiri dihadapannya

" awak ni ! suka tau cakap pasal benda
tu ! tak nak kawan dengan awak ! " dimuncungkan bibirnya lalu berpeluk tubuh

chupp !!

dicium bibir Akma

" hmm . masih ada lagi tu air liur basi dear dekat bibir tu " komennya selamba

Akma yang terkejut itu lantas menutup bibirnya " siapa suruh awak cium ! dahla belum gosok gigi , belum mandi . baju pun tak tukar lagi ni ha "

" awakk tu pun bel--- " belum pun habis Akma membebel bibirnya sekali lagi dicium

chupp !!

Tengku Rykal tersenyum " kan diam pun dear . sakit tau telinga biy dengar dear membebel pagi-pagi ni . tu biy ada bawakan baju dear . "

" dear pergila mandi dulu . biy nak beli breakfast dulu ke dear nak mandi sekali dengan biy ? biy oke je ni kalau dear nak mandi sekali dengan biy . " diangkat-angkat keningnya berkali-kali sambil memandang wajah Akma

Akma yang sedari tadi mendiamkan diri lantas berdiri dan mengambil bag pakaian yang Tengku Rykal bawakan dan terus masuk ke dalam bilik air .

" jangan harap . bluerkk " sempat dijelirkan lidahnya kepada Tengku Rykal sebelum menutup pintu bilik air .

tergeleng-geleng kepala Tengku Rykal melihat kerenah Akma .

tersenyum dia melihat Akma yang seakan sudah dapat menerima kehilangan bayi mereka . bukan main payah lagi dia nak pujuk Akma semalam yang merajuk nak bayi mereka

sehinggakan diugut oleh Tengku Rykal untuk membuat adik baby dengan Akma malam semalam . barula Akma diam dan berhenti berkata pasal bayi mereka

manakala di dalam bilik air Akma memegang jantungnya yang akan berdegup laju setiap kali melihat wajah kacak Tengku Rykal .

adakah ini dinamakan cinta !?

dia suka dengan perwatakan Tengku Rykal yang sekarang . lebih penyabar dengan sikap Akma yang ikut mood sahaja .

dia berharap supaya Tengku Rykal akan sentiasa bersama dengan dia . namun dia masih terfikir pasal Sarah .

dia dapat merasakan bahawa insiden kejatuhannya di dalam tandas itu ada kena mengena dengan Sarah . oleh kerana situasi itu berlaku dengan pantas menyebabkan Akma lupa-lupa ingat sahaja .

hatinya mengatakan iya namun otaknya menidakkannya .

Akma menggelengkan kepalanya . " daripada aku fikir pasal benda tu . lebih baik aku mandi . "

dibuka mulutnya dan tangannya diletakkan dihadapan bukaan mulunya seraya itu dihembuskan nafasnya lalu hidungnya menghidu bau mulutnya

" haaa~~ hmm , bau dah mulut akuni . baik cepatla aku mandi nanti karang tak pasal-pasal dia menyibuk nak mandi dengan aku "

dan terus sahaja Akma membuka pakaiannya satu persatu untuk mandi . namun dia mandi secara berhati-hati kerana bahagian alat sulitnya terasa sakit apabila dilalukan air .

" maafkan ibu baby sebab tak dapat nak jaga baby elok-elok . baby tunggu ibu dengan ayah jumpa baby dekat sana tau " ucap Akma dalam hati








enjoy !!



La Moglie Della MafiaWhere stories live. Discover now