-
-
-
-[ Kedai Makan Ayam Goreng Keluarga Nishimura ]
"Mian lambat harini." Ujar Jihyo setiba dia masuk ke dalam kedai makan tu.
"Asal lambat? Nasib takda pelanggan lagi kau tahu tak?" Soal Niki, cucu kepada tuan kedai makan ni.
"Aigo, Jihyo tak sengaja tu. Lagi pun dia baru balik sekolah. Lainlah kamu tu ponteng je sekolah." Nyampuk Harabeoji Nishimura. Aku terus jelir lidah pandang Niki. padan muka dia. Niki cuma gosok tengkuk dia sebab nak cover malu.
Niki ni sebaya aku. Kawan baik aku daripada kecik. Kitaorang ni dah macam adik beradik. Harabeoji asal daripada Jepun kahwin dengan halmeoni asal daripada Korea. Jadi si Niki ni mix Jepun Korea gitu.
Aku dengan Niki senasib, takda mak ayah. Cuma membezakan aku dengan Niki ni aku sempat jumpa mak aku. Mak aku meninggal masa umur aku 14 tahun and ayah aku meninggal masa umur aku 8 tahun. Tapi si Niki mak ayah dia meninggal masa dia bayi lagi. Halmeoni dan harabeoji dialah yang besarkan dia. Sekian, kisah sedih ringkas daripada aku dan Niki.
"Harabeoji, mana halmeoni?" Soal aku bila aku tak nampak langsung kelibat halmeoni. Selalunya halmeoni lah yang paling sebok kemas itu ini.
"Halmeoni pergi klinik, kejap lagi harabeoji pergi ambil dia." Jawab harabeoji. Aku mengangguk tanda faham.
-
-
-
-"TOLONG TUAN MUDA, SAYA JANJI SAYA BAYAR BALIK!" Rayu seorang lelaki yang diikat tangannya ke belakang sambil terduduk melutut memandang ke arah seorang lelaki yang berdiri di depannya.
"Betul ke kau boleh bayar ni? Kau tahu kan aku tak suka orang cakap kosong je ni." Balas lelaki di depannya itu.
"N-na-nae! Saya janji!" Dia masih lagi merayu. Lelaki di depannya itu melipat lengan kemeja putihnya itu sehingga ke siku. Wajahnya yang bengis, tiada satu senyuman langsung terukir pada bibirnya.
"Kau rasa dah berapa lama aku bagi kau masa Jungmin?" Soal lelaki itu sambil cangkung di depan Jungmin yang terduduk melutut itu.
"S-sa-saya t-te-tengah k-kk-kump-kumpul d-duit.. s-saya jan-janji-"
'ZAPPPPPPP!'
Jungmin terdiam, darahnya mengalir keluar daripada mulut. Laju tangan lelaki itu menikam perut Jungmin dengan sebilah samurai pendek.
"Aku tak suka orang yang berjanji tapi tak tepati." Ujarnya perlahan. Lantas dia menolak badan Jungmin sehingga jatuh di atas lantai.
"Macam biasa, buang bangkai ni. Aku tak suka pandang bangkai ni ada dalam kawasan aku." Arah lelaki itu kepada beberapa orang bawahannya. Dengan pantas diorang mengangkat mayat itu keluar daripada situ.
"Jihoon, ni sekor lagi yang tak reti nak bayar hutang." Hyunsuk menghulurkan gambar seorang lelaki.
"Malam nanti kita settle kan." Balas Jihoon sambil menglap tangannya yang terkena percikkan darah. Hyunsuk mengangguk.
-
-
-
-Aku kayuh basikal aku balik ke rumah. Settle dah kerja aku harini. Daripada jauh aku nampak ada sebuah kereta hitam depan rumah aku.
Tanpa buang masa aku terus lajukan kayuhan aku sehingga sampai kat depan rumah aku. Kelan kabut aku turun daripada basikal dan masuk ke rumah.
Ada beberapa orang lelaki tengah geledah rumah aku. Bersepah teruk rumah aku time tu.
"Korang ni siapa?!" Soal aku. Mata aku terpandang frame gambar mendiang omma dan appa jatuh pecah atas lantai. Cecepat aku lari ambil gambar omma dan appa tu. Gambar paling aku sayang.
"Siapa pulak yeoja ni?" Soal diorang sesama sendiri.
"Korang ni siapa? Kenapa sesuka hati masuk rumah orang? Pastu geledah sepah sepahkan macam ni." Soal aku lagi. Aku takut sekarang ni, tapi aku beranikan diri sebab ni rumah keluarga aku.
"Mana Yeonseok?" Soal seorang lelaki yang berdiri belakang aku. Pantas aku toleh. Terdiam sekejap aku tengok mamat ni. Handsome ye, sado pulak tu. Tapi muka dia bengis semacam.
"Mana aku tahu. Ni bukan rumah dia." Jawab aku. Yeonseok tu ayah tiri aku. Dialah yang dah musnahkan hidup mak aku dengan aku. Mak aku terpaksa tanggung semuanya. Dia tu kaki judi, kaki minum, kaki perempuan. Mak aku yang tungkus lumus kerja untuk bayar semua hutang hutang dia sampaikan nyawa mak aku pun tergadai. Semu sebab dia, Yeonseok tu.
"Jangan nak tipulah, mana Yeonseok?!" Soal lelaki kat sebelah mamat tu.
"Aku dah cakap, aku tak tahu aku tak tahulah!" Jawab aku.
"Berani betul eh minah ni."
Tetiba lelaki yang berdiri depan aku tu datang rapat ke arah aku. Kebelakang aku, serta merta aku rasa nak nangis sekarang ni.
"Kalau aku tak dapat cari Yeonseok, aku cari kau." Ujar dia perlahan.
Tertunduk aku. Takut..
-
-
-
-To be continue <3
YOU ARE READING
[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet
Fanfiction[ PARK JIHOON FANFICTION ] Jihyo dipaksa kahwin dengan seorang mafia kerana ayah tirinya telah menjual Jihyo pada mafia itu. Disebabkan hutang. Kehidupan Jihyo yang masih lagi bersekolah malah sudah mencari kerja part time bagi menyara kos kehidupan...