-
-
-
-Aku pergi sekolah macam biasa. Harini aku naik bas sebab Jihoon ada hal. Aku tak kisah pun kalau hari hari naik bas.
Aku naik kelas, penuh kat papan hitam conteng nama aku.
"Jihyo perempuan penipu!"
"Perempuan sundal!"
"Jalang!"
"Mata duitan!"
Satu kelas pandang aku. Termasuk Chaeyoung. Dahyun langsung tak pandang aku.
Aku pergi kat meja aku. Penuh contengan menghina, mencaci, mengutuk aku. Aku cuma tarik nafas panjang dan hembus perlahan. Aku kena sabar. Aku duduk kat kerusi aku, contengan yang penuh kat meja aku tu aku lap guna tisu basah.
"WUUUU! Korang nampak tak betapa tak tahu malunya betina ni!" Ujar Nayeon sambil tepuk tangan.
"Kenapa kau tak bunuh diri je eh? Tak malu ke? Dah tipu satu sekolah ni. Masih lagi nak datang sekolah?"
"Kenapa eh kau kahwin dengan Tuan Muda Jihoon? Kau nak tahu tak yang kau ni tak layak langsung tahu tak?!!"
"Ke kau ni pelacur? Yang cuma nak duit Tuan Muda Jihoon je?"
"Walaupun dia ni bukan pelacur sekalipun, tapi dia dah jadi diri dia pelacur!"
"Pelacur yang menumpang kesenangan Tuan Muda Jihoon!"
Aku diam dan terus diam. Kenapa nasib aku malang betul? Kenapa aku diuji dengan ujian yang macam ni?
Sampai bila aku nak pekakkan telinga?
-
-
-
-Satu hari yang penuh dengan kejian. Aku pergi mana mana, mata diorang pandang aku penuh dengan kebencian. Aku takut. Aku takut nak hadap..
Aku peluk tubuh kat hujung katil bilik. Tangan aku menggigil sangat. Airmata aku je yang mengalir tapi suara aku tak mampu nak keluar. Menangis tanpa suara ni menyakitkan..
Jihoon cuma perhatikan Jihyo daripada pintu bilik. Dia tak tahu apa yang jadi dekat Jihyo. Tapi dia taknak tanya. Sebab dia rasa itu adalah privasi Jihyo.
Aku nak minta pindah sekolah, tapi aku takut. Takut menyusahkan Jihoon. Aku ni sedar diri, walaupun aku isteri sah Jihoon. Tapi aku ni tetap kena kutip dengan Jihoon. Bukan sebab dasar cinta.
-
-
-
-Esoknya aku pergi ke sekolah macam biasa. Macam biasa juga, diorang semua pandang aku macam aku ni bunuh orang.
Tiba tiba Nayeon tarik aku dan bawak aku ke belakang sekolah.
"Apa ni Nayeon?" Aku meronta nak lepaskan genggaman Nayeon. Tapi sebab Momo dan Sana turut membantu Nayeon, tenaga aku kurang.
Sampai di belakang sekolah, Nayeon menolak aku sehingga aku jatuh di atas lantai.
"Apa yang kau nak lagi?!" Soal aku.
YOU ARE READING
[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet
Fanfiction[ PARK JIHOON FANFICTION ] Jihyo dipaksa kahwin dengan seorang mafia kerana ayah tirinya telah menjual Jihyo pada mafia itu. Disebabkan hutang. Kehidupan Jihyo yang masih lagi bersekolah malah sudah mencari kerja part time bagi menyara kos kehidupan...