-
-
-
-Jihoon bawak aku jalan jalan kawasan Bali ni. Aku terpaling excited nak tengok kawasan Bali. Sumpah cantik gila. Tak sangka ada tempat secantik ini. Mesti best yang duduk sini kan? Nyaman je rasa.
"Suka?" Soal Jihoon. Laju aku mengangguk.
"Eh tapi, kita tak boleh lama lama kat sini. Sebab aku kena pergi sekolah. Lama dah aku tak pergi sekolah. Kang nanti kena surat amaran pulak." Ujar aku. Walaupun aku happy happy jejalan macam ni. Tapi otak aku dok pikir pasal sekolah je ni.
"Takpa, pasal benda tu aku boleh uruskan. Aku kena pengarah sekolah kau tu. Sekolah kau tu dalam kawasan aku." Balas Jihoon. Fuhh berguna jugak eh aku kahwin dengan mafia ni.
"Tapikan Jihoon, aku kannn.." Aku tertunduk sambil kaki aku kuis kuis tanah.
"Kau lapar?" Soal Jihoon.
"Haahlah! Mana kau tahu ni? Hehehe." Tersengih sengih aku ye. Husband material betul sebab tahu apa yang aku nak.
"Sebab kita last makan masa dalam flight je. Aku pun lapar jugak. So aku tahulah yang kau lapar." Jawab Jihoon. Lahh centu je rupanya. Ingatkan dia dah kenal aku ni memang sentiasa lapar.
"Kau nak makan apa? Sini macam macam makanan ada. Tapi nak makan makanan Korea tu takdalah." Ujar Jihoon.
"Tak kisah. Aku nak makan makanan orang sinilah!" Jawab aku excited. Tergelak kecil Jihoon.
-
-"Ni nasi goreng, ni sate lilit. Try lah makan. Sedap tau."
Aku dah telan air liur tengok. Nampak sedap gila! Perut pun dah lapar gila.
"Makan slow slow, nanti tercekik." Pesan Jihoon. Aku cepat cepat kunyah perlahan. Gelojoh sangat ke aku makan?
Aku pandang Jihoon.
"Kenapa pandang aku macam tu?" Soal Jihoon.
"Kau pernah bawak perempuan lain selain aku tak datang sini?" Soal aku. Okay soalan ni memang spontan keluar daripada minda.
"Kenapa kalau ada?" Soal Jihoon semula. Lahh aku tanya dia, dia tanya aku balik pulak.
"Takda pape, saja je nak tanya." Jawab aku. Hm maknanya adalah.
Jihoon cuma mengangguk dan menyuap makanan ke dalam mulutnya tanpa menjawab jujur soalan aku tu.
"Eunbin tu ke yang kau bawak?" Soal aku lagi. Jihoon terus berhenti makan dan berhenti kunyah.
"Mian, tapi aku taknak cakap pasal dia." Jawab Jihoon, muka dia tiba tiba jadi bengis. Ketar jugak lutut aku. Tapi aku cuma nak tahu. Salah ke?
Aku terus diam and tunduk makan. Nampaknya memang betullah dia pernah datang sini dengan si Eunbin tu. Mesti tidur sekali! Omoo! Eeee sakit pulak hati aku.
-
-
-
-Aku masuk bilik terus, memang sengaja aku jalan cecepat dulu kedepan tinggalkan Jihoon kat belakang. Jihoon tergelak kecil kat belakang tengok gelagat si Jihyo tu.
Aku ni kan, kenapa tetiba jadi macam ni eh? Tetiba rasa nak merajuk dengan Jihoon. Padahal aku dengan dia ni kahwin terpaksa je. Tapi tulah, dia suami aku sekarang ni. Sukahati akulah kan nak buat apa dengan dia.
Masuk bilik je aku terus pergi kat koridor luar yang menghadap laut. Rasa nyaman je, tak pernah aku rasa senyaman ni.
"Merajuk ke?" Soal Jihoon yang berdiri kat pintu koridor. Aku cuma menggeleng tapi aku pandang je depan. Taknak aku pandang dia.
Dia datang dekat belakang aku. Lepastu tangan dia pegang kayu koridor kat mana aku berdiri, jadi aku ni terselit kat depan dia. Berasa betul yang dia memang rapat dengan aku.
Gulp! Aku terus telan air liur aku.
"Yah! Koridor ni luas, asal kau nak duduk kat belakang aku juga?!" Marah aku.
"Sebab aku rasa tenang bila dekat dengan kau." Jawab Jihoon. Aku terdiam. Dia buatkan aku rasa tak selesa. Rasa tak selesa and takut. Aku terus tolak tangan dia daripada letak kat koridor tu. Lantas aku jalan masuk ke dalam bilik. Jihoon ikut je belakang aku. Dia ni kenapa?!
"Kau ni kenapa ikut je aku?!" Aku terus toleh pandang dia sambil tangan aku silang kat dada.
"Merajuk dengan aku ke?" Soal Jihoon. Aku terus kerutkan dahi aku. Kenapa kena tanya eh?! Padahal dah tahu memang aku merajuk.
"Mian.. aku bukan taknak cerita dengan kau pasal dia. Tapi aku tak suka isteri aku tahu kisah silam aku dengan perempuan lain. Sekarang ni kau dengan aku, kita fokus dengan hubungan kita je eh?" Jihoon datang mendekati aku. Aku tertunduk tapi muka aku still berkerut. Rasa tak puas hati.
Tapi kenapa aku rasa macam ni eh?! Sedangkan aku dengan dia kahwin terpaksa je, tapi aku yang over nak tahu macam mana dia dengan ex girlfriend dia tu.
Aku dah jatuh cinta kat dia ke?!
-
-
-
-To be continue <3
YOU ARE READING
[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet
Fanfiction[ PARK JIHOON FANFICTION ] Jihyo dipaksa kahwin dengan seorang mafia kerana ayah tirinya telah menjual Jihyo pada mafia itu. Disebabkan hutang. Kehidupan Jihyo yang masih lagi bersekolah malah sudah mencari kerja part time bagi menyara kos kehidupan...