-
-
-
-Aku termenung sambil duduk kat balkoni bilik. Otak aku memikirkan kenapa Eunbin datang semalam? Siap cari Jihoon. Dia nak Jihoon semula ke? Sumpah aku nak tahu sejauh mana hubungan diorang dulu. Macam mana kalau dia cari Jihoon sampai kat office Jihoon? Macam mana kalau dia dapat jumpa Jihoon? Adakah aku akan kalah dengan masa lalunya?
"Fikir apa tu? Jauh sangat termenung." Ujar Jihoon kat pintu balkoni. Aku diam je. Dia berdiri sebelah aku kat balkoni tu.
"Wae? Apa yang ganggu fikiran kau?" Soal Jihoon pula. Aku masih lagi terdiam. Jihoon menghela nafas.
"Kalau kau tak share, aku tak tahu apa apa. Kau ada masalah ke?" Soal Jihoon lagi.
"Aku okay je. Aku cuma bosan. Esok aku dah mula sekolah. Harini je tinggal masa aku untuk bercutiiii." Aku menghembus nafas berat. Jihoon tergelak kecil.
"Siaplah, kita pergi jalan jalan.." ujar Jihoon lalu Jihoon masuk ke dalam bilik. Aku tersengih, dia ni memang husband material betul. Dia tahu je apa aku nak walaupun aku dah berkias.
Ni ke sebab Eunbin tu still mencari Jihoon? Hm..
-
-
-
-"Yeahh naik basikal!!" Aku dah excited sebab Jihoon bawa pergi kayuh basikal. Best!!!
"Naik dengan aku sekali." Ujar Jihoon. Aku menggeleng.
"Aku nak naik basikal sendiri." Balas aku, terus aku ambil basikal yang aku nak naik. Jihoon tersenyum melihat kegembiraan Jihyo.
Aku dengan Jihoon kayuh basikal sama sama. Benda macam ni pun dah mampu buat aku happy.
"Kau memang suka pergi tempat macam ni ke?" Soal Jihoon. Aku mengangguk laju.
"Dulu aku dengan Niki selalu pergi sini. Best nya time tu. Hidup aku time tu asal cuti sekolah mesti aku pergi sini dengan Niki. Memang sini tempat favourite aku dengan Niki." Jawab aku ceria. Wajah Jihoon tiba tiba berubah. Dia menarik dan menghembus nafas berat seolah dia sedang cuba menenangkan dirinya.
"Kau pun mesti ada tempat favourite kan?" Soal aku. Jihoon menggeleng.
"Tak ada. Tapi aku nak ada tempat favourite aku dengan kau." Jawab Jihoon. Aku sengih kekok.
"Takkan kau tak ada tempat favourite kau dengan Eunbin?" Soal aku. Wajah Jihoon terus berubah. Dia diam dan hanya mengayuh basikal. Aku salah cakap ke? Aku tengok dia diam, aku terus diam sekali. Takut ye tetiba dia serious macam tu.
"Jom berhenti kat tasik tu." Ujar aku, nak ubah topik. Jihoon ikut je aku. Sampai je kat tasik tu, aku turun daripada basikal and duduk kat bangku tepi tasik tu. Tenangnya rasa... Jihoon duduk kat sebelah aku.
"Boleh aku tahu siapa aku bagi kau?" Soal aku tiba tiba. Jihoon toleh pandang aku. Aku cuma tenung je air tasik tu.
"Kenapa kau tanya macam tu?" Soal Jihoon semula. Aku cuma tersenyum nipis dan menggeleng.
"Saja." Jawab aku. Aku betulkan kedudukan aku.
"Jom balik, aku nak kemas barang barang sekolah aku. Esok aku dah sekolah hehehe tak sabarnya aku nak jumpa kawan kawan aku walaupun kawan aku kat sekolah cuma Niki." Ujar aku sambil tergelak besar. Aku jalan menuju ke basikal, diikuti Jihoon.
"Siapa cakap kau akan jumpa kawan kawan sekolah kau? Aku dah pindahkan kau sekolah kat sekolah lain." Balas Jihoon, terus dia kayuh basikal dia tinggalkan aku. Aku tercenggang. Eh? Pindah?!
-
-
-
-Tercenggang aku berdiri kat tengah tengah perkarangan sekolah tu. Besar gila sekolah ni, dah macam universiti.
"Jjakaman, kenapa kau pindahkan aku kat sekolah ni? Mahal ni, tak mampu aku nak bayar yurannya." Ujar aku kat Jihoon yang kat dalam kereta. Masalahnya dia hantar aku sampai dalam sekolah siot. Security tu pun tak marah masalahnya. Aku jadi takut, aku masuk semula dalam kereta Jihoon.
"Lah, kenapa pula ni?" Soal Jihoon.
"Taknaklah aku sekolah sini. Habislah duit tabung aku macam ni." Ujar aku sambil pakai seatbelt. Jihoon tergelak kecil.
"Kenapa pula duit tabung kau habis? Aku yang tanggung kau sekarang ni. Sekolah ni aku yang buat. So?" Jihoon angkat kening dia sebelah sambil pandang aku.
"MWO?! SEKOLAH KAU BUAT?! MAKNANYA SEKOLAH NI SEKOLAH KAU?!" Soal aku gelabah. Seriously Park Jihoon?! Memang duit dia ni unlimited ke?! Jihoon mengangguk.
"Dah, pergilah masuk. Belajar elok elok okay?" Jihoon menggosok perlahan kepala aku. Aku tersenyum sambil mengangguk. Aku keluar daripada kereta, aku tengok ramai pelajar tengok ke arah aku daripada tingkap kelas masing masing. Yang kat tingkat bawah sekali pun dok pandang je aku. Aku yang senyum kekok ni jalan menuju ke pejabat.
-
-Aku ikut belakang Cikgu Mingyu, cikgu kelas aku sekarang ni. Aku pun ikut Cikgu Mingyu masuk ke dalam kelas baru aku. Semua pelajar disitu automatik diam terus. Dengan aku sekali jadi diam. Diorang semua tengok aku.
"Okay semua, kita akan kawan baru. Kamu boleh kenalkan diri." Ujar Cikgu Mingyu. Aku mengangguk.
"Park Jihyo imnida! Semoga semua sudi berkawan dengan saya!" Ujar aku sambil bow. Semua tepuk tangan.
"Korang semua ada apa apa nak tanya dengan pelajar baru?" Soal Cikgu Mingyu.
"Apa hubungan awak dengan Tuan Muda Jihoon? Sebab tadi pagi nampak dia yang hantar awak." Soal salah seorang pelajar perempuan dalam kelas tu. Aku terdiam weh.
"Dah nama dia pun Park, dah tentu tentunya ada kena mengena dengan Tuan Muda Jihoon." Tetiba seorang pelajar lelaki yang duduk belakang sekali bahaskan. Aku memang terkaku, tak tahu nak jawab apa. Nampak gayanya diorang semua kenal Jihoon. Takkan aku nak cakap yang aku ni isteri Jihoon? Mampus aku.
"Masih single?" Soal lelaki yang duduk belakang sekali tu lagi. Semua pelajar terus pandang dia.
"WUUUUUUUU!!!" Satu kelas bersorak. Geleng kepala Cikgu Mingyu.
"Dah dah, kau jangan nak mengada eh Jay. Kamu Jihyo boleh duduk kat tempat kosong tu." Cikgu Mingyu tunjuk tempat kosong aku belakang sekali. Betul betul sebelah lelaki yang nama Jay tu. Aku jalan and duduk kat tempat kosong tu. Cikgu Mingyu pun turut keluar daripada kelas.
Aku gantung beg aku kat sisi meja. Si Jay tu tongkat dagu pandang aku.
"Nama aku Park Jongsung tapi panggil je Jay. Kemahiran aku pandai mop laut." Ujar Jay sambil tersenyum pandang aku.
"WUUUUUUUU!!" Riuh lagi satu kelas. Terkebil kebil aku pandang Jay.
"Nae!" Balas aku.
"COMEL! HAHAHAHA!" Jay tergelak pandang aku. Terkejut aku weh. Membulat mata aku pandang dia.
"Annyeong Jihyo! Dahyun imnida!" Tegur pelajar sebelah kiri aku. Jay duduk meja sebelah kanan aku.
"Kau ni sibuklah Dahyun, bagilah aku berkenalan dengan crush aku dulu!" Marah Jay. Dahyun jelir lidah kat dia. Tergelak aku tengok diorang ni.
"Comelnya kau gelak." Ujar Jay yang macam tengah angau dengan aku. Alah tacodlah! Tapi aku tahu Jay ni mesti kuat menyakat orang. So aku memang anggap dia bergurau je. Sedar diri Jihyo, kau tu bini orang.
Aku dah mula rasa happy pindah sini. Diorang semua baik. Harap aku boleh terus belajar kat sini sampai aku graduate!
-
-
-
-To be continue <3
YOU ARE READING
[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet
Fanfiction[ PARK JIHOON FANFICTION ] Jihyo dipaksa kahwin dengan seorang mafia kerana ayah tirinya telah menjual Jihyo pada mafia itu. Disebabkan hutang. Kehidupan Jihyo yang masih lagi bersekolah malah sudah mencari kerja part time bagi menyara kos kehidupan...