-
-
-
-Terkebil kebil mata aku tengok orang dok make up aku. Aku ni tak pernah langsung makeup, tak sangka seksa jugak ek make up ni. Macam manalah orang yang dok makeup hari hari tu? Tak rimas ke muka diorang? Aku yang makeup tipis tipis ni pun rasa rimas.
Kejap lagi aku akan berkahwin dengan Jihoon. Betul ke apa yang jadi ni? Aku rasa buntu, aku tak boleh nak lari dah. Kenapa mesti aku yang jadi target Jihoon? Aku rasa hidup aku betul betul dah musnah sekarang. Dah seminggu aku tak sekolah. Niki halmeoni dengan harabeoji mesti cari aku. Aku rindu diorang.
Tetiba pintu bilik itu dibuka.
"Ini pengantin perempuannya tuan." Ujar staff disitu.
Aku tak tahu siapa lelaki yang berumur ni. Terkebil kebil mata aku pandang dia.
"Park Jihyo?" Soal lelaki tua itu.
"Nae." Aku mengganguk lalu aku berdiri dan menunduk hormat kepada orang itu.
"Saya Tuan Park, ayah kepada Jihoon. Selamat berkenalan bakal menantu." Tersenyum lebar Tuan Park memandang Jihyo.
"Mwk?! Nae, Jihyo imnida." 90 darjah aku terus bow ke arahnya. Aduh ayah Jihoon rupanya. Boleh aku tak kenal, padahal dah pernah tengok frame gambar diorang.
"Saya tak tahu siapa kamu dan asal usul kamu. Tapi saya tahu pilihan Jihoon selalunya yang terbaik." Ujar Tuan Park.
Lepas mendengar kata kata itu, tersenyum lebar aku. Tak sangka ayah dia sebaik ini.
"Omo omoo, menantu kita. Cantiknya!" Seorang wanita tua pula masuk ke dalam bilik itu. Terus dia datang menghampiri aku sambil memegang lembut pipi aku.
Terbeliak mata aku pandang ke arahnya.
"Ni omma Jihoon, Puan Park." Ujar Tuan Park memperkenalkan isterinya itu.
Alamak mak dia rupanya.
"Annyeonghaseyo!" Lagi sekali aku tunduk 90 darjah.
"Jihyo kan? Omma appa datang tak? Boleh kenal kenal dengan besan." Puan Park menyoal. Aku terdiam sekejap.
"Takda, Jihyo dah takda sesiapa." Jawab aku yang tersenyum nipis.
"Aigo, mian.. jeongmal mianhae. mommy tak tahu pula. Takpa sekarang Jihyo dah ada mommy dan daddy." Balas Puan Park. Tuan Park mengangguk dan tersenyum.
Aku tak tahu kenapa tapi ni ke rasa macam mana kasih sayang seorang ibu dan seorang ayah?
-
Aku jalan masuk ke dalam dewan majlis perkahwinan aku dengan Jihoon. Semua orang pandang aku. Tangam aku dipimpin erat Tuan Park.
Jihoon menoleh ke arah Jihyo. Matanya membulat memandang kecantikan Jihyo.
"Cantiknya.." Getus hati Jihoon. Tapi dia cepat cepat alihkan pandangan dia.
YOU ARE READING
[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet
Fanfiction[ PARK JIHOON FANFICTION ] Jihyo dipaksa kahwin dengan seorang mafia kerana ayah tirinya telah menjual Jihyo pada mafia itu. Disebabkan hutang. Kehidupan Jihyo yang masih lagi bersekolah malah sudah mencari kerja part time bagi menyara kos kehidupan...