-
-
-
-Sampai je kat Korea, aku minta Jihoon hantar aku pergi rumah Niki. Aku nak jumpa diorang. Aku rindu sangat kat diorang.
Sampai je kat depan rumah Niki, Jihoon toleh pandang aku.
"Betul ni taknak bagi aku masuk?" Soal Jihoon. Aku mengangguk. Aku nak buka pintu kereta, Jihoon terus pegang tangan aku.
"Tapi aku suami kau. Kenapa aku tak boleh jumpa diorang?" Soal Jihoon lagi. Aku terdiam weh. Aku tak ready nak jumpakan Jihoon dengan Niki semua.
"Aku perlukan masa untuk cerita semuanya kat diorang. Satu hari nanti aku pasti akan bawak kau jumpa diorang." Balas aku. Lalu aku keluar daripada kereta Jihoon. Jihoon hanya memerhatikan je Jihyo yang jalan menuju ke rumah kedai tu.
Jihyo masuk ke dalam rumah kedai tu. Takda sesiapa lagi yang datang. Kedai ni pun baru je tutup.
"Jihyo?" Soal halmeoni yang tengah lap meja. Harabeoji yang daripada dapur berlari terus ke depan bersama Niki.
"YAH JIHYO!" Niki terus berlari ke arah Jihyo, lantas tangannya memeluk erat Jihyo. Airmatanya tak henti mengalir. Halmeoni terduduk merenung sayu Jihyo.
Niki melepaskan pelukkannya.
"Halmeoni betul betul rindu kau Jihyo.." ujar Niki sayu. Aku terus mendapatkan halmeoni. Aku memeluk erat halmeoni. Aku pun rindu halmeoni.
"Mian halmeoni.. mianhae.." ujar aku di dalam pelukkan.
"Jihyo pergi mana selama ni? Kenapa hilang macam tu je? Kenapa tak bagitahu apa apa kat halmeoni?" Soal halmeoni dengan nada yang sebak. Jihyo pandang wajah halmeoni. Airmata halmeoni yang mengalir tu dilap lembut Jihyo.
"Mian jihyo tak bagitahu apa apa. Sebenarnya.." airmata Jihyo turut mengalir.
"Saya yang bawak Jihyo pergi. Mian." Ujar Jihoon di depan pintu kedai tu lalu Jihoon bow ke arah diorang.
Membulat mata aku toleh ke arah Jihoon.
"Nuguseyo?" Soal Niki.
"Saya suami kepada Jihyo, Jihoon imnida." Jawab Jihoon. Semua terkejut dan terus pandang ke arah aku. Aku dah tertunduk. Macam mana aku nak mulakan cerita?
-
-"Kenapa Jihyo tak bagitahu kat kami awal awal?" Soal halmeoni. Diorang semua terdiam bila dengar cerita daripada aku dan Jihoon.
"Mian halmeoni, semua jadi tiba tiba.." jawab aku.
"Takpalah, asalkan sekarang Jihyo selamat. Lega kami tengok keadaan kamu baik baik je." Ujar harabeoji pula. Aku bersyukur kenal dengan diorang, sangat memahami aku dan cukup menjaga aku.
Niki cuma tertunduk, bibirnya diketap, tangannya digenggam. Tanpa berkata apa apa, Niki terus jalan keluar daripada kedai tu.
"Niki, nak kemana tu?" Soal harabeoji. Tapi tak dihiraukan Niki. Niki terus berjalan keluar. Aku jadi serbasalah. Niki marah dekat aku ke?
YOU ARE READING
[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet
Fanfiction[ PARK JIHOON FANFICTION ] Jihyo dipaksa kahwin dengan seorang mafia kerana ayah tirinya telah menjual Jihyo pada mafia itu. Disebabkan hutang. Kehidupan Jihyo yang masih lagi bersekolah malah sudah mencari kerja part time bagi menyara kos kehidupan...