-
-
-
-"Selamat pengantin barulah tuk korang." Ujar Jay. Aku tersenyum sambil mengangguk. Jihoon hanya diam duduk kat sebelah aku.
"Gomawo Jay-ah." Balas aku. Jihoon masih lagi diam.
"Saya buat air dulu eh, korang boraklah dulu." Terus aku jalan menuju ke dapur.
"Kenapa kau kahwin dengan dia?" Soal Jay, di ruang tamu yang sunyi hanya Jay dan Jihoon berdua.
"Kenapa kau nak tahu?" Soal Jihoon semula. Jay terus toleh pandang ke arah Jihoon.
"Sebab aku perlu tahu." Jawab Jay. Jihoon menyilangkan dadanya ke dada lalu pandang ke arah Jay.
"Kau kahwin dengan dia sebab sayang atau terpaksa? Jujur dengan aku Hoon." Soal Jay lagi. Jihoon menghela nafas panjang.
"Aku pelik, kenapa kau nak sangat tahu apa perasaan aku kat isteri aku sendiri." Ujar Jihoon yang masih tak menjawab pertanyaan Jay.
"Kenapa kau perlu kahwin dengan dia? Kenapa?" Soal Jay, suaranya sedikit bergetar.
"Mwo? Kenapa kau kena tanya aku benda benda macam ni? Kau suka kat dia?" Soal Jihoon semula.
"Nae, aku suka kat dia. Aku benci rasa macam ni. Sebab aku dah suka kat dia. And yang paling aku benci sebab dia bersama dengan kau. Bukannya orang lain." Jawab Jay. Jihoon tergelak kecil.
"Aku cuma nak pesan kat kau. Jangan sesekali kau mainkan perasaan dia. Lepaskan dia kalau kau sememangnya tak ikhlas sayangkan dia." Sambung Jay lagi. Jihoon terdiam.
"Aku boleh jaga dia lebih baik daripada kau." Ujar Jay. Jihoon hanya memandang ke arsh Jay.
"Aku kenal kau Jihoon.. kalau kau sakitkan dia, aku cari kau sampai lubang cacing.." ujar Jay lagi. Jihoon masih terdiam tanpa membalas apa apa.
"Jay, minumlah." Ujar aku yang datang daripada dapur sambil bawak dulang yang berisi gelas dan air.
"Gwaechana, aku nak balik. Gomawo.. maaf menganggu korang.." tanpa kata apa apa lagi. Jay terus keluar daripada rumah tu. Aku perhatikan diorang berdua dengan muka Jihoon bengis. Aku taknak tanya lebih lebih. Risau kena marah. Air yang aku buat sikit pun tak disentuh Jay. Aku ada buat salah ke atau diorang bergaduh? Jihoon ambil air yang aku buat dan diteguk sampai habis.
-
-
-
-"Hati hati, kalau ada yang buli kau bagitahu aku." Ujar Jihoon sebelum aku keluar kereta. Aku mengangguk sambil tersenyum. Lalu aku keluar daripada kereta dan jalan menuju ke kelas. Sampai ke pintu kelas, Jay berdiri depan pintu. Dia halang laluan aku.
"Saya nak masuk.." ujar aku. Pantas Jay menarik tangan aku pergi daripada situ. Satu kelas riuh nampak reaksi Jay terhadap Jihyo.
"Kenapa Jay?" Soal aku berkali kali, tapi tak diendahkan Jay. Jay tetap tarik aku sampai ke luar sekolah.
YOU ARE READING
[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet
Fanfiction[ PARK JIHOON FANFICTION ] Jihyo dipaksa kahwin dengan seorang mafia kerana ayah tirinya telah menjual Jihyo pada mafia itu. Disebabkan hutang. Kehidupan Jihyo yang masih lagi bersekolah malah sudah mencari kerja part time bagi menyara kos kehidupan...