-
-
-
-"Boss, kitaorang dah tahu dia pergi mana."
"Mana?"
"Pulau Nami, dengan keluarga penjaga Jihyo sekali. Diorang pergi bercuti."
"Arahkan bebudak kita kat sana, perhatikan dia. Aku taknak dia balik Seoul dah. Habiskan dia, jangan sampai dia terlepas."
"Baik boss."
"Seronok kan korang sekarang? Aku akan pastikan percutian ni adalah percutian yang paling buruk bagi korang.."
-
-
-
-"Besarnya resort ni!" Ujar halmeoni terharu.
"Halmeoni bawa apa je ni? Berat betul beg." Bebel Niki yang tarik beg halmeoni.
Tiba tiba, ada beberapa orang pekerja resort tu angkatkan beg beg diorang pergi ke bilik. Resort atas air, memang tenang. Boleh healing sentiasa.
Aku dengan Jihoon satu bilik. Halmeoni dan harabeoji sebilik. Niki bilik lain. Siapa suruh Niki single.
Jihoon rehat kat dalam bilik. So aku duduk kat tepi pantai sambil ambil udara segar.
"Jihyo.." panggil Niki daripada belakang. Aku toleh pandang dia.
"Eh, kau tak rehat ke?" Soal aku. Niki menggeleng lalu duduk kat sebelah aku.
"Kau tanya aku, yang kau ni tak rehat ke?" Soal Niki semula. Aku tergelak.
"Bila tengok laut setenang macam ni. Hilang rasa penat aku. Aku happy sangat Niki." Ujar aku sambil pandang laut.
"Kau betul betul bahagia ke sekarang Jihyo?" Soal Niki. Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Kebahagiaan yang tak boleh aku gambarkan. Yang tak mampu aku terangkan. Cukup aku nikmati semuanya." Jawab aku. Niki tersenyum nipis.
"Baguslah kalau macam tu. Aku bahagia tengok kau bahagia. Sekurangnya sekarang dah ada lelaki yang boleh bahagiakan kau dan jaga kau. Tugas aku dah selesai." Balas Niki.
"Niki, mian.." ujar aku. Niki terdiam pandang aku.
"Aku tak boleh nak terima cinta kau. Aku buat hati kau hancur. Maaf masatu aku pergi macam tu je tanpa bagi kau jawapan. Tapi jujur dari hati aku, aku dah anggap kau macam adik beradik aku. Aku sayang kau Niki, aku sayang kau sangat. Aku sayang kau macam adik beradik aku, tak lebih daripada tu. Maaf Niki, aku... Hati kau hancur sebab aku. Aku sayang kau Niki, sumpah kaulah abang, adik and kawan aku yang paling aku sayang. Kau dah jalankan tugas kau. Kau.. layak bahagia Niki.."
Niki terus tarik aku dalam pelukkannya.
"Uljima. Tengok airmata kau mengalir buatkan aku makin sakit. Lagi sakit daripada kau reject aku Jihyo. Uljima.." ujar Niki. Aku menangis teresak esak.
"Mian Niki." Ujar aku lagi.
"Takpa Jihyo, tak payah minta maaf. Kau tak salah, aku je yang tak paham hati kau. Aku terlalu mendesak kau masatu. Kau layak bahagia dengan pilihan kau. Tengok kau yang sekarang pun, aku dah bahagia. Tapi.. kalau dia dah tak mampu nak bahagiakan kau, datanglah kat aku. Aku tunggu.." Niki mengusap kepala aku perlahan sambil tersenyum nipis.
"Aku akan bahagiakan kau kalau dia dah tak mampu nak bahagiakan kau Jihyo.. aku tunggu kau sampai akhir hayat aku." Getus hati Niki.
-
-
-
-Aku masuk dalam bilik, mata dah sembab. Harap Jihoon tak perasan.
Tapi Jihoon takda kat katil. Aku tengok sliding door beranda terbuka. Jihoon kat luar beranda sambil termenung.
"Tak tidur ke?" Soal aku.
"Tak lagi, aku rasa macam taknak tidur sebab indah sangat permandangan kat sini walaupun malam." Jawab Jihoon. Aku tersenyum.
"Bulan depan aku final exam. Kalau ada rezeki aku, aku nak masuk universiti. Mesti best kan?" Ujar aku sambil berangan. Jihoon tersenyum.
"Kalau kau tak sambung universiti boleh ke?" Soal Jihoon, aku toleh pandang dia.
"Wae?" Soal aku semula.
"Yelah, aku ni jenis kuat cemburu. Cemana kalau aku cemburu kalau ada lelaki nak rapat dengan kau?" Jihoon tergelak. Aku ikut gelak.
"Siapa je yang berani suka kat isteri mafia?" Soal aku sambil gelak.
"Ada je, Niki.." jawab Jihoon terus dia pandang laut. Aku terdiam sekejap.
"Kau nampak ke tadi? Mian.." ujar aku.
"Gwaechanayo. Sakit kat hati aku ni tak sesakit hati Niki. Aku tahu dia memang ikhlas sayangkan kau. Mesti susah bagi dia tuk lepaskan kau kat orang lain. Lelagi orang yang baru je kau kenal." Balas Jihoon. Aku terus peluk lengan Jihoon.
"Esok nak jalan mana?" Soal aku. Saja aku tukar topik. Aku taknak dia terkesan sebab ni.
"Esok kita jalan puas puas. Sebab lusa kita dah balik. Kita kena hargai masa kita kat sini." Jawab Jihoon. Aku mengangguk.
"Gomawo Jihoon-ah. Sebab dah happykan aku dan keluarga aku." Ujar aku.
"So dapat upah tak malam ni?" Soal Jihoon.
"Yah! Dahlah malas aku!" Aku terus masuk dalam bilik. Jihoon tergelak. Tapi senyuman Jihoon terhenti bila Jihoon nampak seseorang sedang perhatikan diorang.
Bila orang tu nampak Jihoon perasan dia terus dia jalan pergi daripada tempat dia berdiri.
Seorang lelaki, berhoodie hitam dan bertopi hitam. Siap pakai mask. Memang dia tak nampak siapa.
Berkerut dahi Jihoon pandang orang tu.
"Wahai encik suamiku, isterimu nak tidur. Marilah masuk tutup lampu." Ujar Jihyo daripada dalam.
"Nae! Suamimu masuk sekarang." Jawab Jihoon sambil tergelak. Sliding door itu dirapatkan, langsir ditarik dan lampu dimatikan.
"Boss, diorang ada kat resort atas air Pulau Nami." Ujar lelaki itu dalam telefon.
"Pastikan esok, diorang bawak mayat dia je balik Seoul."
"Baik boss."
-
-
-
-To be continue <3
YOU ARE READING
[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet
Fanfiction[ PARK JIHOON FANFICTION ] Jihyo dipaksa kahwin dengan seorang mafia kerana ayah tirinya telah menjual Jihyo pada mafia itu. Disebabkan hutang. Kehidupan Jihyo yang masih lagi bersekolah malah sudah mencari kerja part time bagi menyara kos kehidupan...