-
-
-
-Membulat mata aku, bila dada Niki berlumuran darah. Aku cepat cepat tekup dada Niki dengan tangan aku bila nampak darah yang banyak mengalir.
Kereta hitam tadi cepat cepat pergi daripada situ. Orang orang yang nampak kejadian tu terus berkerumun kat kitaorang.
"Niki, yah! Hajima!" Ujar aku, Niki dah jatuh terbaring. Jihoon mengeluarkan telefonnya untuk menelefon ambulans.
Airmata aku dah mengalir macam apa dah. Niki dah mengerang kesakitan. Siapa yang tembak dia?
"Jap, tunggu ambulans sampai." Ujar Jihoon. Berkerut dahi Jihoon memikirkan siapa orang tadi tu. Memang tak nampak langsung siapa orangnya dalam kereta hitam tu.
-
-
-
-Kami semua berkumpul dekat hospital. Macam macam aku fikir, overthinking sangat.
Niki, bertahan..
Jihoon pun entah pergi kemana. Cuma tinggal aku, halmeoni dan harabeoji yang tunggu Niki kat dalam dewan bedah.
"Halmeoni, harabeoji nak makan apa apa tak? Jihyo pergi beli sekejap." Soal aku, walaupun aku tahu diorang takda selera tapi aku tetap risau dengan kesihatan halmeoni dan harabeoji.
Halmeoni menggeleng.
"Kamu belilah apa apa untuk kami. Beli makanan untuk kami sekali ye Jihyo." Jawab harabeoji, aku mengangguk.
Aku pun pergi ke cafe hospital.
Laluan untuk ke cafe hospital itu agak sunyi. Yelah sebab dah malam. Sedang aku berjalan tu, aku rasa macam diikuti oleh seseorang. Aku berhenti berjalan, dan orang tu pun berhenti berjalan.
Aku nampak bayang bayang dia. Nampak macam seorang lelaki.
Aku terus lajukan jalan aku. Dan orang tu pun melajukan jalannya. Tanpa fikir apa apa, aku terus lari. Orang tu pun terus kejar aku.
Lantas mulut aku terus ditutup dengan sapu tangan. Aku dah meronta. Tapi mata aku jadi kabur, pandangan aku makin gelap.
-
-
-
-"Mana Jihyo ni? Tak sampai sampai lagi." Ujar harabeoji yang dah risau dengan Jihyo. Dah lebih 2 jam dia pergi tapi tak balik semula.
"Awak ada telefon Niki? Cuba awak telefon Jihyo." Balas halmeoni. Lantas harabeoji mengeluarkan telefon Niki.
"Tak pandai saya nak guna telefon ni." Harabeoji mengaru kepalanya yang tak gatal.
"Hah tu Jihoon.." ujar halmeoni bila nampak Jihoon menghampiri mereka.
"Macam mana keadaan Niki?" Soal Jihoon setiba di situ.
"Masih dalam dewan bedah." Jawab harabeoji yang memandang sekeliling Jihoon.
"Jihyo takda dengan kamu ke?" Soal harabeoji.
"Mwo? Jihyo pergi mana harabeoji?" Soal Jihoon yang dah cemas.
"Tadi dia pergi belikan kami makanan, tapi dah lebih 2 jam dah ni dia pergi tak balik balik lagi." Jawab harabeoji yang risau.
"Aigo, manalah kamu ni Jihyo." Bebel halmeoni sendiri yang dah nak nangis.
"Takpa, Jihoon pergi cari Jihyo sekejap. Halmeoni dengan harabeoji tunggu sini ye. Sekejap lagi kawan saya datang untuk teman halmeoni dan harabeoji kat sini. Apa apa halmeoni dengan harabeoji bagitahu je kat dia. Nama dia Hyunsuk." Ujar Jihoon. Pantas Jihoon berlari pergi daripada situ. Dia memang dah cemas secemas cemasnya pikir ke mana Jihyo pergi.
"Semoga cucu kita selamat." Ujar halmeoni kepada harabeoji.
-
-
-
-Perlahan aku buka mata aku, aku dalam kereta. Terbaring kat tempat duduk belakang.
YOU ARE READING
[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet
Fanfiction[ PARK JIHOON FANFICTION ] Jihyo dipaksa kahwin dengan seorang mafia kerana ayah tirinya telah menjual Jihyo pada mafia itu. Disebabkan hutang. Kehidupan Jihyo yang masih lagi bersekolah malah sudah mencari kerja part time bagi menyara kos kehidupan...