22

67 6 0
                                    

-
-
-
-

"Wow, sesi menyelamat buah hati ke?" Soal Eunbin yang datang ke arah aku dan Jay. Menggigil tangan Jay yang berdarah tu.

"Aku rasa benda ni kita dah bincang dah Eunbin." Ujar Jay yang lap tangan dia kat baju.

"Bincang? Wake up Jay, perempuan ni tak sesuai untuk kau. Kau boleh cari perempuan lain." Balas Eunbin. Jay terdiam.

"Kalau kau apa apakan dia, aku akan pastikan Jihoon pun takkan selamat." Ujar Jay.

"Mwo? Kenapa kau jadi macam ni? Kau patutnya berpihak kat aku. Sebab perempuan ni je kau dah berubah?" Soal Eunbin.

"Aku lebih rela tengok dia bahagia dengan Jihoon daripada dia hilang terus daripada hidup aku." Jawab Jay. Terbeliak mata Eunbin dengar kata kata daripada Jay. Dia tahu setiap kata kata Jay tu memang Jay akan maksudkan.

"Okay takpa, aku suka tengok movie. Aku memang dah agak benda macam ni akan jadi. So..." Belum sempat Eunbin menghabiskan ayat dia. Tiba tiba kedengaran bunyi kaki berlari memasuki kilang itu.

"JIHYO?!!"

Tu suara Jihoon.

"Tepat pada masanya. So selamat beraksi.." Eunbin tergelak sinis sambil mengeluarkan pistol di belakangnya.

Terdiam Jay. Pistol itu dihalakan ke arah Jihyo.

"KAU NAK BUAT APA?!" Soal Jihoon yang nampak kejadian itu.

"Saja nak tengok dua orang lelaki yang nak menyelamatkan wanitanya yang tercinta." Eunbin tergelak.

"Kau bunuh je aku Eunbin!" Jerit Jay.

Aku dah pejamkan mata.

"Bunuh kau? Tak jadilah movie aku nanti Jay. Mana boleh second lead mati kan? Hahahaha." Gelak besar Eunbin.

"Jangan kau apa apakan isteri aku!" Ujar Jihoon.

"Ala meluatlah aku dengar panggilan isteri isteri ni!"

BANG!

Satu tembakan dilepaskan Eunbin ke arah peha aku.

"ARGHHH!" Mengalir airmata aku. Sakittt!

"EUNBIN!!!" Jerit Jay dengan Jihoon serentak.

"Alamak, terkejut dengar apa yang Jihoon cakap je hahaha." Eunbin gelak lagi.

Darah dah mengalir daripada kaki aku. Lantai tu berlumuran darah. Jay terdiam tengok aku dah mengerang kesakitan.

"Cepatlah bertumbuk! Aku nak tengok aksi daripada korang. Sepupu rapat suatu ketika dulu kan?" Perli Eunbin.

Darah makin banyak mengalir. Aku terbaring dan menahan kesakitan.

"YAH!" Jihoon nak pergi ke arah aku. Tapi ditahan oleh Jay.

" KAU NAK JIHYO MATI KE?!" Soal Jay. Jihoon menepis kasar tangan Jay.

"Dia isteri aku. Aku takkan biarkan dia kesakitan sorang sorang macam tu!" Jawab Jihoon.

DUSH!

Jay terus menumbuk Jihoon. Jihoon ditahan oleh beberapa orang bawahan Jay.

"Yah... Jangan apa apakan Jihoon." Bergetar suara aku bercakap.

"Mian Jihyo, demi keselamatan kau. Aku akan buat apa je." Ujar Jay. Terus dia berikan tumbukan tepat pada perut Jihoon.

"Jihoon......" Aku berusaha tuk bangun.

Eunbin cuma tersenyum sinis.

Darah mengalir daripada mulut Jihoon.

DUSH!

[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet Where stories live. Discover now