02

286 36 4
                                    

----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-
-
-
-

KRINGGGGG ~

Masa rehat telahpun tiba, waktu sekolah yang paling best ialah waktu rehat ya.

"Weh Jihyo, cuba kau tengok yeoja ni. Lawa tak? Sesuai tak jadi yeojachingu aku?" Soal Niki sambil tunjuk gambar seorang perempuan dalam telefon dia.

"Spender sendiri pun halmeoni basuh, harabeoji beli ada hati nak ada yeojachingu." Jawab aku selamba.

"Kau memang babi." Balas Niki ringkas, padat, mampat, sendat.

"Esokkan ada hari sukankan? Kau datang tak esok?" Soal aku, sebab aku tahu niki payah nak datang bila ada apa apa aktiviti sekolah ni. Lama Niki fikirkan jawapan.

"Molla.." Jawab dia.

"Alaa, datanglah weh. Nanti aku sesorang. Aku dahlah takda kawan lain selain kau sorang je." Ujar aku. Aku kebil kebilkan mata aku sambil pandang Niki.

"Haish aku rasa malaslah. Jom jelah ponteng. Pergi sekolah buatpa? Bukannya kau ambil acara sukan apa apa pun." Niki menyuapkan seketul ayam ke dalam mulutnya.

"Tapi, aku nak pergi.." Balas aku sambil kuis kuis meja batu tu.

"Sebab nak tengok atlet pujaan hati ramai yeoja yeoja tu?" Soal Niki yang memang dah tahu niat aku nak pergi sebab apa sebenarnya. Aku sengih pandang dia. Macam tahu tahu je.

"Ehhhhh Niki, mana tahu ni?!" Malulah titewwwww.

"Tahu sangatlah, kau kan memang gatal nak mampos." Balas Niki selamba. Mata aku terus jeling budak Niki ni.

Siapa je tak suka dengan pelajar contoh sekolah ni. Dahlah handsome, pandai, atlet sekolah pulak tu. Yeoja satu sekolah ni boleh crush kat dia tauuuuuu. Yang penting dia baik and tak sombong walaupun dia top student.

"Mulalah berangan tu. Nak kata handsome si Doyoung tu, handsome lagi aku." Bebel Niki sesorang. Tak, mamat ni memang dengki tengok aku bahagia dengan berangan macam ni.

-
-
-
-

Pukul 11.25 malam, orang lain tidur. Aku masih menghadap kerja sekolah. Ni jela masa aku nak siapkan homework. Siang masa aku dengan kerja je sampai pukul 9 malam.

KNOCKK KNOCKKK!

Siapalah datang memalam macam ni. Aku jalan menuju ke pintu. Tapi hati aku tak sedap.

"WOII JIHYO! BUKAK PINTU NI SEKARANG!"

Kedengaran suara kambing meminta tolong..

Eh tak, tu suara ayah tiri aku. Aku diamkan diri tanpa nyahut apa apa. Aku takut. Aku tahu dia tengah mabuk sekarang ni.

Pintu rumah aku tak berhenti dia ketuk sekuatnya. Macam nak pecah pintu tu. Sumpah sekarang ni aku dah terkaku.

Yeonseok mengambil batu lalu melemparkan batu itu ke arah tingkap rumah Jihyo.

PCINGGGG!

"ARGH!" Terkejut aku.

"OH KAU BUAT PEKAK JE EH AKU PANGGIL! PADAHAL KAU ADA DALAM RUMAH NI." Yeonseok merempuh pintu rumah tu berkali kali sampai pintu tu terbukak secara paksa.

Menggigil badan aku. Sumpah aku trauma bila nampak ayah tiri aku ni. Badan aku shaking tak berhenti, dada aku jadi sesak.

"AKU NAK DUIT!" Tengking Yeonseok. Dia terus geledah masuk bilik aku. Tak lama lepastu dia bawak keluar segenggam duit simpanan aku.

"Pakcik, tu duit Jihyo. Jihyo simpan tuk bayar yuran sekolah." Pantas aku nak ambil balik duit tu daripada tangan ayah tiri aku.

"TEPILAH KAU!!" Yeonseok menolak kasar Jihyo sehingga Jihyo jatuh terduduk di atas lantai.

"Pakcik! Tolonglah bagi balik duit tu. Tu je duit yang Jihyo ada." Aku masih merayu sambil tarik kaki ayah tiri aku tu.

Dengan pantas dia terus sepak aku sehingga kepala aku terhentak pada dinding rumah. Aku terus pegang kepala aku. Sakit gila.

"Kalau ikutkan hati aku, dah lama aku bunuh kau sama macam mana mak kau mati!"

Yes, dia ni lah pembunuh mak aku. Dia bunuh mental fizikal mak aku. Ye, dialah orangnya. Aku benci dia.

Kepala aku berdarah sebab terhentak. Sakit. Aku tak daya dah nak tahan dia. Tanpa rasa bersalah dia terus keluar daripada rumah aku.

"Eh, tu macam ayah tiri Jihyo- eh jap, Jihyo.." Niki yang jalan menuju ke rumah Jihyo tu terus berlari setelah nampak Yeonseok tu keluar daripada rumah Jihyo.

"JIHYO!" Panggil Niki yang dah gelabah. Aku cuma tahan kesakitan aku je. Tak mampu nak bersuara apa apa dah.

"Gwaechanayo?!" Soal Niki yang terus dapatkan aku.

"YAH! KEPALA KAU DARAH!" Niki terus menekap kepala aku yang berdarah dengan tapak tangannya. Muka dia risau betul tengok keadaan aku macam ni.

"Bahayalah kau duduk sorang sorang kat rumah ni. Haishhhhh, tengoklah apa dah jadi. Haritu dia buat, ni dia buat lagi. Berapa lama kau nak hadap si tak guna tu?" Bebel Niki.

"Molla.." Jawab aku sepatah. Niki terus tarik aku dalam pelukkan dia.

"Mian aku terlambat, kalau aku cepat sikit tadi mesti orang tua tu tak boleh buat kau macam ni." Ujar Niki perlahan. Airmata aku mengalir. Aku menangis di dalam pelukkan Niki. aku tak tahan dah dengan kehidupan aku macam ni.

"Uljima.." Makin erat pelukkan Niki kat aku.

"Aku takut.." Ujar aku perlahan.

"Aku ada dengan kau ni. Aku sentiasa ada dengan kau sampai bila bila. Jangan takut.." Niki cuba menenangkan aku.

Dialah tempat luahan hati aku.

-
-
-
-

"Susah jugak eh nak cari kau ni orang tua. Hutang bila nak bayar?" Soal Hyunsuk pada Yeonseok.

Kiri kanan tangan Yeonseok digenggam kuat orang bawahan Jihoon.

"A-ak-aku b-bay-bayar n-nan-nanti. Aku jan-janji.." Bergetar suara Yeonseok. Bekas bekas lebam jelas ada pada muka dia.

"Lagi sekor berjanji tapi tak tepati. Aku muak sebenarnya dengan orang macam ni." Balas Jihoon sambil lipat kemeja lengan panjangnya sampai ke siku.

"Tolong, bagi aku peluang tuk bayar. Kalini aku janji aku bayar." Yeonseok masih lagi merayu.

"Aku dah terlalu banyak bagi muka dekat kau. Sebabtulah kau jadi macam ni kan orang tua? Dah nak mampos pun masih lagi nak berjanji yang kau tak boleh nak tepati." Ujar Jihoon. Jihoon mengeluarkan pistol dari belakang badannya.

"Takpalah, aku bagi kau senyap terus daripada dunia ni. Orang macam kau ni tak layak hidup." Sambung Jihoon lagi.

"J-jjakaman! Aku memang tak boleh bayar dengan duit. Tapi aku bayar dengan benda yang lagi berharga." Cecepat Yeonseok potong kata kata Jihoon.

"Mwo?" Soal Jihoon.

"Aku bayar hutang aku dengan anak tiri aku." Jawab Yeonseok.

"Kau jual anak tiri kau kat aku?" Soal Jihoon lagi. Yeonseok mengangguk laju. Hyunsuk dan Jihoon saling berpandangan.

-
-
-
-

To be continue <3

[ C ] Dia Mafia Tapi Sweet Where stories live. Discover now