BAB 27
"Ya! Ada yang boleh saya bantu?" suara lembut gadis penyambut tetamu dibalas dengan senyuman manis. Leher sudah memanjang ke dalam. Mencari gerangan yang membuatkan dia resah sejak dua tiga hari ini.
"Saya nak jumpa dengan Qaisara. Dia ada tak?" Naqib tidak peduli sama ada tindakannya kali ini semakin memancing kemarahan Qaisara. Kadang-kadang, jangan diikut sangat kepala Qaisara ni, kalau tidak semua benda haru-biru!
"Qaisara?" dahi gadis tersebut sedikit berkerut. Cuba mengingati nama kakitangan syarikat yang bernama Qaisara.
"Oh sorry. Q! Q ada tak?" Naqib terlupa dengan nama panggilan itu walaupun sehingga kini dia masih tidak menyukainya. Tapi tak pentingpun sebenarnya. Apa yang penting dia tidak akan sesekali memanggil Qaisara dengan panggilan Q apabila gadis itu sah menjadi haknya. 'Sayang...lagi comel! Secomel wajah Qaisara'. Hati Naqib sudah berbisik nakal. Senyuman di bibir terukir tanpa sedar. Oh! Tanpa sedar dia sudah berangan sedangkan bakal pengantin awal-awal lagi tunjuk protes dengan melarikan diri daripadanya.
"Q! Oh...sekejap ye?" penyambut tetamu sudah mengangkat gagang telefon dan bercakap dengan seseorang di talian. Selepas gagang diletakkan semula ke tempat asal, matanya kembali merenung tepat ke wajah lelaki di hadapannya. Ralit! Ini model iklan dari syarikat mana ni? Sejak bila pula Q berkawan dengan lelaki sekacak ini. Kepala sudah timbul dengan pelbagai soalan. Janda macam Q pun ada kawan lelaki sekacak ini. Hebat sungguh budak Q ni.
"Q, ada tak?" Naqib menyoal lagi. Tidak selesa apabila dia direnung bagai nak ditelan. Dia pakai baju terbalik ke?
"Ada! Tapi dia kata dia sibuk. Dia tak sempat nak jumpa dengan encik," wanita itu tersengeh. Menggaru kepala yang tidak gatal. Kalau dia jadi Q, lelaki kacak sebegini nak jumpa, dah tentulah laju saja kakinya melangkah ke sini. Tapi pelik juga. Apa yang sibuk sangat sampaikan nak ke depan sekejap pun tak sempat!
"Dia ada kat dalam?"
"Ada!"
"Saya masuk sekejap boleh? Boleh kan? Saya ada hal penting sangat yang nak kena bincang dengan dia? Sekejap je," Naqib meminta simpati. Berharap sangat agar permintaannya dipenuhi.
"Tapi...macam mana ek? Encik ni siapa sebenarnya?" gadis itu serba-salah. Tidak sampai hati nak mengecewakan lelaki sekacak ini.
"Sekejap je,"
"Biar saya teman encik jumpa dia. Kalau encik masuk macam tu je, susah kalau orang kat dalam tanya. Tapi sekejap je tau. Mungkin Q betul-betul sibuk waktu ni,"
Naqib mengangguk pantas. Tidak kisah walaupun pertemuan itu tidak sampai seminit. Janji dia dapat menatap wajah Qaisara!
"Jom," gadis itu bangun. Naqib mengikut dari belakang. Ternyata dalam waktu begini, pekerja syarikat sedang sibuk menjalankan tugas masing-masing. Naqib tidak banyak bertanya walaupun saat itu kehadirannya mula mendapat perhatian kakitangan syarikat.
"Q!" laung gadis itu apabila melihat Q yang sedang berdiri di hadapan mesin fotostat membelakangi mereka. Tengah buat fotokopi rupanya!
"Apa lagi Bedah oi! Kan aku kata aku sibuk!" Qaisara terus menoleh. Dan saat matanya terpandang lelaki yang sedang berdiri di sisi Zubaidah, kertas yang ada di tangannya terus jatuh. Tergopoh-gapah dia mengutip sebelum bangun dan melangkah pergi dari situ. Lari adalah cara yang terlintas dalam kepalanya saat itu.
"Kau nak ke mana? Dia ni nak jumpa dengan kau la!"
"Kau bawa siapa jumpa aku ni? Aku tak kenal la. Aku nak jumpa dengn Mr.Mohan, dia panggil aku tadi. Kau bawa mamat tu keluar!" tanpa menoleh Qaisara menjawab. Gila! Naqib memang dah gila! Berani dia datang ke sini. Tapi kalau diingatkan semula, memang Naqib berani sejak dua menjak ni. Kalau tidak, tak adalah benda ni semua terjadi!
![](https://img.wattpad.com/cover/50935854-288-k527829.jpg)
YOU ARE READING
SIGNAL HATI [ COMPLETED ]
General Fiction"Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!" Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan. "Kau ingat nikah kahwin ni macam gula-gula ke? Boleh rasa-rasa. Eh, kejap! Yang kau tiba-tiba tanya aku...