Signal Hati Part 52

416 15 0
                                    

BAB 52

Qaisara tak tahu apa yang sedang bermain dalam kepalanya. Sejak semalam hati dia gelisah. Jiwa dia tak tenang. Macam ada sesuatu yang sedang menganggu dirinya. Sebab esok nak puasa ke? Sebab dia rasa masih berdosa dengan ma? Tapi semalam dia dah telefon ayah dan ma kat kampung. Walaupun ma tetap tak nak bercakap dengan dia seperti selalu, dia dah minta ayah sampaikan pada ma, supaya ampunkan dia, doakan dia dapat jalani ibadah puasa dengan baik. Terutama bila dah bergelar status isteri. Benda baru dalam hidup dia. Benda yang dia nak rasa buat pertama kali.

"Apa lagi yang tak kena ye?" Qaisara berbicara sendiri. Jam yang ada di tepi meja katil sudah menunjukkan pukul 7 malam. Hari ni Naqib pulang awal. Kata Naqib, di bulan puasa ni, dia kurangkan sikit aktiviti kerja. Cuba nak penuhkan aktiviti seharian dengan beribadat dan dekatkan diri dengan Allah. Lega dia dengar, dalam masa yang sama dia bangga ada suami macam Naqib.

"Naqib..." perlahan bibir Qaisara menyebut nama lelaki yang dikahwininya beberapa bulan yang lalu. Ada rasa yang sedang menggebu. Ada sesuatu yang benar-benar yang sedang menganggu. Ya Allah! Lain benar sangat ni. Qaisara meloncat turun dari katil. Capai tuala yang tergantung di penyangkut yang terlekat di pintu lalu pantas keluar dari bilik. Mandi dulu.

Usai mandi, kaki Qaisara laju menuju ke bilik Naqib walaupun hatinya masih lagi berkira-kira. Masih lagi keliru dengan keputusan sendiri. Tapi demi rasa yang sedang dia tanggung, demi 'ketenangan' yang dia cuba cari, dia gagahi juga. Rasanya dah betul dah ni dengan apa yang dia buat. Rasanya inilah yang sedang menganggu perasaannya. Tombol pintu bilik Naqib dipulas. Alamak! Lupa nak ketuk dulu.

"Sara?" Naqib sedikit terkejut. Tak jadi nak hampar sejadah. Wajah keruh isteri yang terjengul di muka pintu diperhati

"Awak nak solat?" soal Qaisara macam takut-takut. Naqib angguk. Dalam kepala dah macam-macam persoalan yang muncul. Pelik sangat melihat Qaisara muncul di biliknya waktu Maghrib begini. Ada sesuatu yang terjadi ke

"Saya solat sekali dengan awak boleh?" permintaan yang tidak terfikir sedikitpun oleh Naqib sebenarnya. Terus dia hilang kata. Geleng pun tak, angguk jauh sekali. Terkedu.

"Boleh ke tak?" ulang Qaisara. Suara sedikit kuat berbanding sebelumnya membuatkan Naqib tersentak. Sempat lagi suami dia mengelamun.

"Ya! Dah tentu boleh sayang," cepat-cepat Naqib menjawab. Risau kalau Qaisara tiba-tiba berubah fikiran. Dalam hati dan memanjat rasa syukur yang tidak terhingga. Alhamdulillah. Biasanya bukan main susah lagi Qaisara bila dia ajak berjemaah.. Macam-macam alasan yang isterinya ciptakan semata-mata nak mengelak. Kecuali di kampung. Naqib tahu, di sana isteri dia buat walaupun terpaksa, sebab dah tak mampu nak elak. Tapi kali ini...

"Awak tunggu kejap ek...saya pergi pakai telekung. Nanti saya datang," Qaisara terus berlari menuju ke biliknya. Senyuman di bibir Naqib semakin lebar. Apatah lagi melihat riak ceria yang terpancar di wajah isterinya. Pemandangan yang begitu indah sebenarnya waktu-waktu sebegini. Lapang sungguh rasa dada, tenang sungguh rasa di jiwa. Benarlah bagai di kata, di sebalik kesabaran pasti ada ganjaran yang menanti. Sedikit demi sedikit dia mula peroleh ganjaran tersebut.

"Dah!" Qaisara muncul semula setelah lengkap bertelekung. Sebelah tangannya membawa sejadah bersama. Naqib senyum lalu meminta sejadah yang ada di tangan Qaisara.

"Tak apa...saya hampar sendiri. Tersentuh nanti batal wuduk pula," ujar Qaisara lantas menghamparkan sejadah di belakang sejadah Naqib. Naqib angguk perlahan. Setelah melihat Qaisara bersedia, perlahan-lahan dia niat dan mengangkat takbir. Syukur Alhamdulillah.

"Amin," Qaisara aminkan doa Naqib setelah suaminya selesai membaca doa selepas solat. Naqib betulkan duduk. Pusing badan lalu duduk mengadap Qaisara sebelum tangannya perlahan dihulur lalu disambut oleh Qaisara.

SIGNAL HATI [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now