BAB 37
Qaisara lempar sling beg atas meja biliknya. Tengok keadaan pejabat yang masih sunyi buat dia tersenyum sendiri. Pecah rekod pukul lapan pagi dah sampai ke pejabat sedangkan dia masuk kerja pukul sembilan. Ini kalau diamalkan boleh dapat anugerah pekerja cemerlang.
"Ingat...jaga hati, jaga diri untuk saya," itu pesananan Naqib sebelum dia naik motosikal pagi tadi. Waktu itu tangan Naqib dah berlabuh atas kepala dia. Digosok perlahan-lahan. Rasanya itu perkara biasa, ayah dia pun suka buat macam tu, tapi rasa yang menyusup masuk ke dalam badannya sangat berbeza. Sedikit luar-biasa.
"Sayang?"
"Ya...saya tahu. Ada apa-apa pesanan lagi?"
"Hati-hati bawa motor. Ingat motor awak ni Honda Wave saja tau, bukan Ducati. Lagipun masih awal lagi ni, tak payah nak bawa laju-laju sangat. Jangan nak berhimpit dengan bas atau lori, bahaya," amboi! Mentang-mentang diberi peluang beri pesanan, panjang lebar dia punya pesanan.
"Awak ni kan...kalah ayah kat kampung. Ayah pun tak pesan panjang-lebar macam ni,"
"Itu ayah. Ini saya, suami awak," pendek tapi padat. Lembut tapi berbaur tegas. Macam nak beri peringatan apa status dia. Yalah! Naqib suami, dia isteri. Isteri kena ikut cakap suami.
"Yalah-yalah. Lagi?" Sengaja dia nak memerli. Harap-harap Naqib faham.
"Lagi...lepas habis kerja, balik rumah. Jangan nak merayap mana-mana kalau tak penting. Beritahu saya bila dah sampai tempat kerja nanti. Balik nanti pun beritahu saya juga kalau dah sampai rumah...oh...
"Naqib...Ya Allah...panjangnya. Menyesal saya tanyalah!" tiba-tiba dia dah tak mampu tahan telinga mendengar setiap pesanan yang dititipkan oleh Naqib. Semua suami kena pesan macam ni ke pada isteri? Dia jeling Naqib tapi Naqib boleh ketawa. Bila dia tampar bahu Naqib tawa Naqib makin kuat pula. Ok! Nampaknya tadi dia memang terkena. Naqib sebenarnya tengah mengusik.
"Ah! Malasnya saya nak pergi kerja hari ni," tiba-tiba Naqib bersuara. Pandang dia macam nak telan. Perasaan marah sebentar tadi dah bertukar jadi seram.
"Awak dah kenapa? Malas nak pergi kerja? Macam bukan awak je,"
"Errmm...memang bukan saya. Sebab saya ni gila kerja. Tapi bila dalam seminggu lebih ni asyik berkepit dengan awak je, saya jadi malas nak kerja. Rasa nak sambung berkepit dengan awak je. Mesti saya rindukan awak sepanjang hari ni kan?" wajah dia dielus lembut oleh Naqib. Ok! Waktu itu, dia bukan seram sikit, tapi seram banyak. Rasanya dia dengan Naqib bukan dah sampai tahap yang macam tu kut, sampaikan nak berpisah sekejap pun tak boleh. Macam 'over' pula suami dia kali ni.
"Overnya!"
"Over apanya? Betul la! Jom, ikut saya pergi kerja," cadangan Naqib buat dia terlopong. Lelaki ni tengan bergurau lagi ke? Tapi bila dia diam, dan Naqib macam menunggu jawapan dia, dia tahu Naqib tengah serius. Biar betul!
"Ikut awak pergi kerja? Habis tu kerja saya?" Dia pun layankan sajalah. Tanya macam orang bodoh walaupun dah rasa pelik sangat dah.
"Tak payah kerja. Nanti saya bayar gaji awak tu sama macam gaji yang awak dapat kat tempat kerja awak. Boleh?"
"Tak boleh! Mengarut la dia ni! Tahulah banyak duit pun. Agak-agaklah. Tahulah kita dah kahwin pun. Tapi nak berkepit dua puluh empat jam tu agak melampau tau! Suami isteri lain pun tak buat dengan apa yang awak nak buat ni," Dia dah kembali panas. Tapi Naqib buat muka bersahaja tanpa rasa bersalah.
"Awak tak rasa apa yang saya rasa. Nanti bila awak dah rasa, baru awak tahu,"
"Apa yang awak rasa? Apa yang perlu saya rasa?" soal dia semula. Tapi kali ni Naqib tak menjawab pula persoalan dia. Tapi tangan suami dia pegang kepala dia, dipaut lembut lalu menghadiahkan ciuman di dahinya. Kali ni bukan setakat lidah yang kelu, badan pun dah kejung, beku!
YOU ARE READING
SIGNAL HATI [ COMPLETED ]
Fiction générale"Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!" Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan. "Kau ingat nikah kahwin ni macam gula-gula ke? Boleh rasa-rasa. Eh, kejap! Yang kau tiba-tiba tanya aku...