Signal Hati Part 71

549 14 0
                                    

BAB 71

"Along ada call Sara tak?" Fadilah menyoal sambil menyiang ikan di sinki. Menantunya pula sedang mengupas bawang di meja.

"Ada mama...pagi tadi. Dia kirim salam pada mama," beritahu Qaisara, jujur. Sebenarnya mereka hanya bertanya khabar seminggu sekali. Itu perjanjian yang mereka sama-sama setuju.

"Waalaikumussalam. Haih! Budak tu kalau dah berkerja, habis semua benda dia lupa. Dah sebulan dia kat sana, tak pernah sekali ke rasa nak balik jenguk isteri sendiri," bebel Fadilah yang kadang-kadang geram dengan sikap anak lelakinya. Qaisara yang mendengar hanya mampu berdiam diri. Rasa bersalah sebenarnya sebab orang lain semua tak tahu apa sebenarnya yang terjadi antara dia dan Naqib.

"Sara tak rindu Along ke?" Fadilah menoleh. Pandang Qaisara yang sedang tersenyum.

"Mahunya tak rindu. Tapi nak buat macam mana mama. Lagipun dia kan kerja. Kalau Sara ikut ke sana pun, Sara bukan boleh buat apa-apa. Bosan nanti. Lebih baik Sara balik sini, boleh temankan mama, temankan ma. Masa nilah Sara nak belajar masak dengan mama kan? Belajar semua masakan yang suami Sara suka,"

Fadilah senyum sambil mengangguk faham. Kebenaran yang tak mampu dia nafikan. Sepanjang Qaisara ada di sini dia nampak perubahan pada menantunya itu. Setiap hari, awal-awal lagi Qaisara dah bangun dan masuk ke dapur untuk sediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Kalau Qaisara tak reti nak masak apa yang dia nak, awal-awal lagi menantunya itu mengaku, dan meminta untuk diajar. Ya Allah! Rasa syukur sangat-sangat. Qaisara yang dulu dengan Qaisara yang sekarang sudah jauh sangat bezanya. Bertuah anak lelaki dia. Lagi bertuah dengan perubahan utama yang buat dia sendiri melongo bila pertama kali melihatnya.

"Mama...Sara pakai macam ni, ok tak?" waktu itu Qaisara berdiri di depan pintu rumah. Dia yang sudah berada di bawah, menunggu menantunya itu bersiap, terus terdiam tanpa kata. Dalam hati mengucap rasa syukur yang tidak terhingga.

"Ok tak mama? Dah ok kan?"

"Ya. Cantik sangat sayang," akui dia jujur. Tersenyum lebar sambil mata tak lepas memandang Qaisara yang sedang membaiki tudung yang tersarung di kepalanya. Walaupun sekadar mengenakan bawal yang ringkas, keayuan yang dimiliki menantunya semakin terserlah. Patutlah Along angau dalam diam selama ni.

"Sara tak pandai nak belit-belit macam yang Ura pakai tu," pengakuan Qaisara buat dia tergelak kecil.

"Itu pun dah ok sangat Sara. Belit-belit tu semua tak penting. Yang penting menutup aurat. Ini kalau Along tahu, tentu dia gembira sangat. Along dah tahu ke?"

Qaisara menggelengkan kepalanya perlahan.

"Nak buat surprise la ni?"

"Dia dah lama bagi hint pada Sara sebenarnya, bab-bab tutup aurat ni, tapi Sara...mama tahulah, kadang-kadang Sara ni degil. Dah faham tapi buat-buat tak faham. Tapi hari ni, Alhamdulillah. Sara dah janji dengan diri Sara, Sara nak jaga nama baik dan maruah suami Sara. Sara tutup aurat kerana Allah, dan aurat Sara ni hanya untuk suami Sara,"

"Alhamdulillah. Nanti mama teman Sara pergi ke bandar. Kita beli banyak tudung cantik-cantik,"

"Ye ke mama? Sara baru ingat nak ajak mama. Terima kasih mama," melihat senyuman yang terukir di bibir menantu dia pun sudah mampu tenangkan hatinya. Berkat kesabaran anak dia mendidik Qaisara, dan berkat restu dia yang menerima percaturan Allah dengan hati yang terbuka.

"Mama...petang nanti Sara nak balik rumah ma tau. Malam ni Sara tidur rumah ma. Esok pula baru Sara balik semula ke sini," suara Qaisara mengembalikan semula Fadilah ke dunia nyata. Jauh dia mengelamun sehingga tak sedar menantu sudah berdiri di sebelahnya.

"Yalah," jawab Fadilah sedikit kalut.

Menantu yang sedang membasuh sayuran di sinki itu diperhati lama. Ada perkara yang dia nak tanya, dan rasanya soalan itu normal bagi mana-mana ibu yang ada di dunia ini.

SIGNAL HATI [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now