Signal Hati Part 31

386 16 0
                                    

BAB 31

'Agak-agak ada tak rekod dada pecah, tulang rusuk patah gara-gara berdebar yang melampau?' Qaisara menyoal diri sendiri dalam hati. Demi Allah. Inilah kali pertama dia rasa berdebar sebegini. Pelik. Kalau diikutkan ini bukan kali pertama dia bakal berkahwin. Malah dia pernah mengalami situasi yang sama dahulu dengan Anas. Tapi kenapa debaran yang dia rasa saat itu tidak sama dengan apa yang dia rasakan kini? Tangan sendiripun macam dah tak ada rasa. Kebas!

"Woh! Ini boleh pengsan ni," Qaisara melepaskan nafasnya dengan kuat. Mengenggam tangan sendiri dengan erat. Langsung tak berani mengangkat wajah memandang Naqib yang sudah duduk bersila di hadapan tok kadi.

'Ikhlaskan hati kau Sara...ikhlaskan hati kau untuk terima aku. Aku janji...lepas ni aku takkan sesekali tinggalkan kau lagi. Kita hadapi semua benda ni sama-sama. Sama-sama leraikan segala kekusutan...rungkaikan segala salah faham dan sama-sama berdoa agar masa depan kita berdua lebih baik dari yang semalam,'

Mata Qaisara terpejam di saat telinganya kembali mendengar salah satu daripada janji dan ikrar Naqib beberapa jam sebelum majlis akad nikah berlangsung. Ya! Dia akan cuba untuk ikhlaskan dirinya. Dia akan cuba untuk terima semua ini dengan hati yang terbuka.

Tiba-tiba hati Qaisara sayu. Saat dia duduk bersimpuh tidak jauh dari Naqib, hanya adik-adiknya yang menjadi peneman kiri dan kanan. Wajah ibunya langsung tidak kelihatan. Entah mengapa, pada waktu begini dia begitu mengharapkan kehadiran ibunya di sisi walaupun dia yakin ibunya sedang memerhati di suatu sudut dari jauh. Dia perlukan kekuatan, kalau ibunya ada, pasti tangan ibunya akan ditarik dan digenggam erat. Tapi tak apalah, dia akan cuba memenangi hati ibunya kembali. Itu janji dia, dan Naqib juga sudah berjanji untuk bersama-sama dengannya.

"Aku terima nikahnya.......

Itu sahaja perkataan yang mampu Qaisara dengar dari mulut Naqib, perkataan yang selanjutkan seakan-akan tidak mampu untuk ditangkap oleh deria pendengarannya. Dia seperti hanyut dalam dunianya sendiri. Dunia yang sunyi sepi. Hanya ada dia dan Naqib. Naqib pula seakan-akan begitu jauh sehingga sukar untuk dia gapai. Setelah beberapa lama, dia seperti melihat Naqib menoleh memandangnya. Senyuman yang cukup manis terukir di bibir lelaki itu membuatkan perasaannya damai buat sesaat sebelum dia tersentak seakan-akan baru tersedar dari mimpi. Memandang sekeliling dan kalut. Semakin kalut apabila tetamu di situ semuanya sedang menadah tangan seakan-akan sedang mendoakan sesuatu. Doa apa ni?

Tiba-tiba tangan Qaisara dicuit. Pantas Qaisara menoleh. Salah seorang adiknya Emma sedang memberikan isyarat mata agar dia turut sama menadah tangan. Akhirnya, dalam kekeliruan tangannya turut sama menadah. Dah selesai ke? Tapi kenapa dia langsung tak dengar apa-apa? Qaisara memejamkan matanya rapat-rapat. Berdoa dalam hati agar Tuhan tenangkan sedikit perasaan gemuruh yang dia alami saat itu. Buat seketika, dia mulai tenang. Mula mengaminkan setiap doa yang sedang dibaca. Ya! Jika ini adalah takdir yang tertulis buatnya, dia akan ikhlaskan hati untuk menerima semua ini. Semoga Naqib akan menjadi pembimbing yang bisa membimbingnya menjadi seorang isteri yang solehah. Amin!

Itu peristiwa semalam. Majlis akad nikah yang memberi debaran pertama yang sangat hebat kepada Qaisara. Debaran yang membuatkan dia kebas satu badan. Tangannya pula menggeletar seakan-akan sedang menahan rasa sejuk yang teramat sangat. Malah Naqib sendiri turut menegur perkara yang sama sewaktu lelaki yang sudah sah bergelar suaminnya itu mahu menyarungkan cincin ke jari manisnya. Dan saat Naqib menghadiahkan ciuman pertama di dahinya, saat itulah debarannya tiba-tiba hilang walaupun jantungnya tetap berdetak hebat. Hatinya terasa damai apatah lagi, Naqib sempat menyatakan sesuatu selepas dahinya dikucup. Ucapan yang biasa, tapi impaknya sedikit luar biasa. Mungkin kerana ucapan itu adalah daripada seorang lelaki yang bergelar suaminya. Syurganya!

"Terima kasih Sara...terima kasih sangat-sangat," saat itu kolam air matanya tiba-tiba melimpah tanpa sedar. Terharu sangat. Kenapa Naqib yang harus ucapkan terima kasih kepadanya? Kenapa bukan dia? Namun saat itu dia hanya kaku. Lidahnya kelu. Dia hanya mampu menangis sebelum Naqib sendiri yang menyapu air matanya dan menghadiahkan senyuman. Senyuman yang pada pandangan matanyanya adalah senyuman yang paling indah yang pernah terukir dari bibir Naqib.

SIGNAL HATI [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now