Signal Hati Part 19

436 16 0
                                    

BAB 19

"Beb! Kenapa kau tiba-tiba baik hati sangat ek?" Normala tiba-tiba menegur. Qaisara yang sedang meneguk air di dalam bilik rehat terus memandang sahabatnya itu dengan renungan yang pelik. Apa yang dia dah buat? Baik hati? Eh...dia memang baikpun selama ni. Hehehe. Sempat dia memuji diri sendiri di dalam hati.

"Q! Thanks tau untuk semalam tu. Kami sebenarnya semalam lagi nak ucapkan terima kasih pada kau, tapi masa tu kau tak ada kat pejabat," Raudah, salah seorang yang satu pejabat dengannya pula muncul. Menuang kopi panas yang sudah tersedia ada di dalam teko ke dalam mug sebelum melangkah keluar semula dari bilik rehat.

Qaisara pelik. Tersengeh kemudian memandang wajah Normala, inginkan kepastian. Kening sudah bertaut apabila Normala sekadar tersenyum. Hanya membiarkan kepalanya penuh dengan tanda tanya.

"Beb...apa benda ni? Terima kasih untuk apa? Kenapa aku rasa semua orang baik sangat dengan aku hari ni? Bukan ke selama ni budak-budak sini tak pandang aku ke selama ni?" bagai peluru soalan keluar dari mulut Qaisara.

"Eh! Makcik ni...boleh pula ditanya kenapa? Semalam kan kau belanja kami makan pizza. Bukan setakat pizza, dengan minuman sekali kau sponsor. Bos-bos kat sinipun jarang nak buat semua ni tau. Sebab tu la aku pelik. Banyak pula duit kau? Kau kata kau nak hantar separuh dari duit gaji kau dekat ma dan ayah kau kat kampung kan? Cukup ke? Siap dapat belanja kami lagi?"

"Belanja korang? Pizza? Minum? Aik...banyaknya duit aku," Qaisara mula tidak sedap hati. Siapa pula yang baik hati belanja kakitangan dekat sini makan dengan menggunakan nama dia? Baik benar! Tapi...takkanlah! Tanpa sedar Qaisara menggeleng-gelengkan kepalanya laju.

"Kau ni kenapa? Tergeleng-geleng macam orang tak betul. Duit dah tak ada ke? Kan aku dah kata, tak payah nak layan sangat budak-budak ni. Jangan duk fikir sangat nak ambil hati dia orang. Bukannya dia orang nak hargaipun. Hari ni baiklah sebab semalam kau dah belanja mereka makan. Tapi esok, lusa belum tentu lagi. Silap-silap kau tetap dijadikan bahan untuk dia orang bergosip. Aku kenal sangatlah dengan budak-budak office ni," bebel Normala. Kesian pula dia dengan sahabatnya yang seorang ini. Mendengar cerita daripada Qaisara mengenai kisah hidupnya menambahkan lagi rasa simpati pada Qaisara. Tapi dia kenal Qaisara, memang perangai dan tingkah-laku Qaisara kadang-kala menyakitkan hati, suka sangat lakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tapi dalam masa yang sama, banyak juga kelebihan gadis kasar ini, cuma orang yang rapat dan sudah lama kenal Qaisara baru sedar akan hakikat itu.

"Weh! Duit tak ada tu memang satu hal. Gaji aku memang ciput je. Masalahnya sekarang ni, aku nak isi perut sendiripun aku berkira nak beli makanan tau, ini nak belanja bebudak ni makan. Pizza pula tu. Mahal siot! Ini korang ni salah terima penghantaran ke apa? Entah-entah orang nak hantar kat tempat lain, korang lak yang terima makanan tu semua,"

"Eh...betul la. Aku yang terima pesanan tu semalam. Siti Qaisara, itu memang nama penuh kau. Siap bagi nama timangan kau lagi tau, Q! Aku dah check alamat semua sekali, memang betulpun benda tu semua dihantar ke sini. Kau tak payah buat-buat tak tahulah. Lain kali kalau tak nak orang lain tahu, tak payah letak nama sebenar. Asalkan alamat je betul!" Normala sudah mengekek ketawa. Walaupun dalam hati, dia masih ragu-ragu. Q nak belanja orang yang tak bagi apa-apa faedah kepadanya, memang tak akan la!

"Weh! Serius beb...aku tak belanja korang makan. Aku tak ada duit siot. Duit yang ada dalam poket aku sekarang nipun cukup-cukup untuk aku makan dengan bayar letrik dan air je. Korang ni menakutkan aku je la. Ini mesti ada silap dekat mana-mana ni. Nasib korang la, makan benda tak halal. Janji aku tak makan!" Qaisara tiba-tiba tergelak besar. Dalam hati mula rasa cuak dan pelik. Siapa yang cuba nak 'rasuah'dia ni? Tapi siapa dia sampai ada manusia yang cuba mengambil hati dia? Naqib? Eh...budak tu mana tahu tempat dia bekerja. Betul ke tak tahu? Qaisara bersoal-jawab di dalam hati.

SIGNAL HATI [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now