Signal Hati Part 42

425 16 1
                                    

BAB 42

Naqib melabuhkan punggung di atas sofa. Melepaskan lelah setelah seharian melawat tapak projek. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket.

"Ermmm...dia ni tak rindukan aku langsung ke?" tanpa sedar dia mengomel. Menatap skrin telefon bimbitnya dengan perasaan kecewa. Sudah tiga hari dia di sini, namun satu panggilan pun tidak ada daripada Qaisara. Mesej pun jauh sekali. Tiba-tiba dia geram. Sakit hati pun ada.

"Hai bro...dah tembus dah telefon tu kau tenung. Rindu ke? Kalau rindu telefon sajalah," seperti dapat menduga apa yang ada dalam kepala Naqib, Rizman tiba-tiba menegur. Mengekek ketawa sambil menggelengkan kepala beberapa kali.

"Aku tengok sejak kita sampai kat sini...kau tak pernah telefon Sara? Korang perang dingin ke? Hai...baru sebulan dua kahwin dah gaduh dah?"

"Amboi...kau mengintip aku 24 jam ke? Mana kau tahu aku tak pernah telefon Sara? Bini aku kut. Tentulah aku call dia setiap hari," Naqib terpaksa berbohong. Takkan dia nak buka cerita sebenar tentang dia dan Qaisara. Sudah la sebelum ini Rizman terang-terang sukakan isteri dia. Nanti silap hari bulan, Rizman ambil kesempatan bila dia tahu kedudukan sebenar dia dan Qaisara. Lagipun, dia bukan bergaduh dengan Qaisara tetapi sekadar mahu menguji. Namun, nampak gayanya dia yang teruji dengan sikap tidak endah Qaisara. Keras hati sungguh la. Ingatkan hubungan dia dan Qaisara sudah semakin baik. Apatah lagi melihat sikap Qaisara yang mula menerima kehadirannya walaupun tidak sepenuhnya lagi.

Sekali lagi skrin telefon dipandang. Nampaknya dia juga yang kena hubungi Qaisara. Rasa rindu dah semakin tak tertahan. Dalam masa yang sama dia bimbang. Risau Qaisara seorang diri di rumah. Belum sempat dia membuat panggilan, tiba-tiba ada panggilan masuk. Melihat nama yang tertera di skrin membuatkan bibir merekah dengan senyuman lebar. Aha! I love you la sayang!

"Hello,"

"Hello! Awakkkkk," Fuh! Belum apa-apa sudah terdengar Qaisara merengek. Nasib baiklah ada kerja yang masih belum selesai di sini. Kalau tidak dah lama dia balik.

"Ya...sayang. Ada apa?" Naqib sempat menghadiahkan jelingan ke arah Rizman. Rizman sekadar mencebik. Malas nak layan pengantin yang tak berapa nak baru tu. Baik dia mandi. Segarkan badan, lagi bagus.

"Macam mana nak buat nasi goreng bodoh tu?"

"Huh?" Naqib sedikit terkejut. Nasi goreng bodoh? Ada ke resepi tu?

"Ala...nasi goreng yang awak kata paling simple tu. Guna bawang je. Awak kan dah banyak kali masakkan saya nasi goreng tu. Saya suka."

"Oh...itu nasi goreng simple la sayang...bukan nasib goreng bodoh," sekali lagi dia tersenyum. Alahai, isterinya ni suka sangat letak nama masakan sesuka hati. Pada mulanya dia sendiri tak menyangka masakan yang dianggap paling mudah dan cepat dia sediakan itu mendapat tempat di hati Qaisara. Hampir setiap hari jugalah Qaisara minta dia masakkan. Bila disuruh belajar dan cuba buat sendiri, pelbagai alasan yang isteri dia berikan. Kalau dah namanya Qaisara, memang itulah perangainya. Dia sendiri pun tak tahu sampai bila dia mampu bertahan. Harap-harap satu hari nanti isterinya itu sedikit demi sedikit berubah. Itu doa yang sering kali dia titipkan.

"Ahhh...sama la tu. Macam mana? Saya lapar la awak. Dah bosan makan kat luar," Qaisara menyambung semula rengekannya.

"Dah bosan makan kat luar ke ataupun awak dah rindukan masakan saya?" soal Naqib sengaja mahu menguji.

"Eh...dia ni kan. Tak payah nak mengada-ngada sangat boleh tak? Cepatlah! Orang lapar ni,"

"Iyalah...iyalah. Kan saya pernah beritahu. Guna bawang merah je. Panaskan minyak. Lepas tu masukkan bawang merah, goreng sampai wangi lepas tu masukkan telur, kacau sampai hancur. Lepas tu masukkan nasi dan garam secukup rasa. Siap. Minyak tu sikit je tau,"

SIGNAL HATI [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now