BAB 34
Hati dan perasaan dia tidak pernah berubah. Dia memang cintakan Qaisara. Sayangkan gadis itu sejak dulu. Sehingga kini perasaan itu tidak pernah berkurang malah semakin bertambah. Tapi baru sehari bergelar suami-isteri, dah macam-macam dugaan yang mereka kena tempuh. Dugaan? Ya! Memang dugaan. Mungkin pada pandangan mata orang lain itu hanya masalah kecil, tapi bahu dia yang memikul rasa macam dah nak patah. Baru sehari, kulit kepala dah rasa perit sebab asyik digaru. Jantung pula rasa macam dah tak berapa nak kuat walaupun terang-terang dia memang tak ada masalah jantung.
"Sara! Ya Allah...tangga bukan dicipta saja-saja tau!" itu jeritan dia sebentar tadi apabila melihat wanita yang sudah bergelar isterinya terjun dari beranda rumah gara-gara nak kejar itik yang baru sahaja berak atas selipar 'favourite' dia!
"Lambat la kalau guna tangga!" itu jawapan daripada Qaisara. Tangan dah pegang selipar yang kotor dan diletakkan di bawah kepala paip yang ada di luar rumah.
"Kalau cedera tadi macam mana? Patah kaki ke? Terseliuh ke?"
"Tak patah dan tak terseliuh kan? Ala...kecoh la. Beranda jek kot. Saya pernah terjun dari tingkap la, elok je. Tak patah pun!" jawapan bersahaja. Tapi buat darah Naqib naik ke muka. Dulu memang ya! Dia tak berapa nak kisah sangat walaupun dia memang maklum 'kelasakan' Qaisara. Nak tegur, dia hanya sepupu. Kalau ditegur, terus berperang. Sekarang ni bila dah jadi isteri dia...Oh! Dia sangat kisah. Rasa macam nak tarik saja telinga Qaisara. Mulut yang laju bercakap tu rasa macam nak cubit-cubit!
"Apa?" soal Qaisara sambil berbalas jelingan dengan dia. Selipar yang sudah siap dicuci sudah tersarung di kaki.
"Tu nak ke mana pula tu?" dia kembali bertanya. Kaki isterinya sudah melangkah mahu meninggalkan perkarangan rumah.
"Sungai! Bosan la! Tak bosan ke terperuk kat dalam rumah?"
"Periuk belanga banyak kat belakang sayang oi. Siapa yang nak cuci kalau bukan kita?" dia dah cekak pinggang. Tenung wajah isteri dengan senyuman yang paling manis walaupun hati tengah berapi. Nak mengelat la tu! Mana boleh! Takkan dia seorang saja yang kena cuci semua tu. Walaupun dia tahu pasti akan ada yang menolong. Tapi kalau isteri sendiri yang tolong sejuk sikit kot hati dia.
"Kita? Kita tu maksudnya siapa?" seperti biasa. Qaisara memang suka tanya soalan yang 'tak berapa nak cerdik'.
"Awak...dan saya! Kita!" Dia pula melayan saja.
"Oh! Ek? Awak ya la kot! Saya? Cuci periuk belanga? Memang tak la! Jadi...tak ada istilah kita! Awak...dengan sesiapa saja selain saya. Jadilah awak dengan mereka!" tiba-tiba pandai pula Qaisara susun ayat. Sempat juga tayang gigi sebelum menyambung semula langkahnya.
"Sara!" laung Naqib.
"Sebelum Zohor saya balik!"
Adui! Macam mana nak bertahan seumur hidup kalau sehari pun dia dah 'lemas' dengan perangai isteri dia tu!
"Awal-awal Naqib dah memang sedia tahu dia macam mana kan?" tiba-tiba bahu dia dipaut erat oleh seseorang. Naqib kalih. Melihat wajah bapa saudaranya yang sedang tersenyum. Kemudian mereka masing-masing memandang ke arah jalan yang bayang Qaisara sudahpun menghilang.
"Naqib memang dah tahu, Pak Su. Tapi lainlah. Sebelum kahwin rasa dia lain, lepas kahwin rasa dia sangat lain. Rasa geram lain macam. Adui! Baru sehari, tapi kepala Naqib dah sakit," rungut Naqib berterus-terang.
Firman senyum. Dari cara Naqib bercerita, dia tahu masih tiada apa-apa yang terjadi antara Naqib dan Qaisara. Walaupun dia masih belum mendirikan rumah-tangga, tapi dia tahu, suami isteri yang baru berkahwin dan mungkin baru berkongsi sesuatu yang belum pernah dikongsikan selama ini, tidak akan menunjukkan situasi seperti Naqib dan Qaisara tunjukkan. Mata dia bukannya buta tak boleh nampak. Dingin sangat!
YOU ARE READING
SIGNAL HATI [ COMPLETED ]
General Fiction"Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!" Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan. "Kau ingat nikah kahwin ni macam gula-gula ke? Boleh rasa-rasa. Eh, kejap! Yang kau tiba-tiba tanya aku...