BAB 73
Sehari dia mampu bertahan lagi. Dua hari pun dia masih boleh bersabar. Tapi bila masuk hari ke tiga. Ini tak boleh jadi. Dah macam-macam benda muncul dan terlintas dalam kepala. Naqib dah tak sayang dia lagi ke? Kenapa sekalipun Naqib tak datang sini jumpa dengan dia? Telefon pun tidak. Naqib memang tak pernah rindukan dia ye selama ni? Ah! Dia rasa stress sangat. Dalam masa yang sama dia mula rasa takut dan bimbang. Macam mana kalau Naqib dah berubah hati? Naqib dah jumpa orang lain di Sarawak. Wanita yang jauh lebih cantik dan baik daripada dia? Sungguh! Saat ini jiwa dia benar-benar tak tenang. Lama-lama dia boleh gila.
"Sara! Ma nak pergi dah ni!" laung Faizah dari luar. Qaisara melangkah keluar. Tengok ma yang dah selesai bersiap. Ayah pula baru keluar dari bilik.
"Betul Sara tak nak ikut? Esok baru kami balik ni," soal Badri. Bimbang juga dia nak tinggalkan Qaisara seorang diri. Tapi dia dah beritahu Naqib, dah pesan pada menantunya supaya tengok-tengokkan Qaisara. Lagipun besan dia pun ikut sekali. Kalau ikutkan Melaka dengan Johor tak adalah jauh sangat, tapi kalau dia pergi sekejap saja, apa pula kata saudara sebelah isteri dia ni. Masa majlis kahwin Naqib dengan Qaisara dulu, mereka sanggup berkampung di sini, apa salahnya bila tiba kenduri di sana, dia turut melakukan perkara yang sama. Orang berbudi, kita berbahasa. Barulah semakin erat hubungan saudara.
"Tak apa ayah. Esok ma dengan ayah dah balik kan?"
"Yalah. Tapi ma risau pulak nak tinggal Sara sorang-sorang," jampuk Faizah.
"Alah ma ni...macamlah Sara tak pernah duduk sorang-sorang kat dalam rumah ni. Insya-Allah tak ada apa-apa. Ma dan ayah pergilah. Jangan bimbang pasal Sara. Lagipun Naqib kan ada, kalau Sara takut, Sara call la dia suruh datang sini," Ye ke? Mungkin la kut. Kalau dah Naqib susah sangat nak jemput dia balik. Dia suruh saja Naqib datang. Mungkin betul juga apa yang pernah dia terfikir sebelum ni. Naqib tunggu dia suruh, baru Naqib datang. Seperti dalam perjanjian mereka.
"Betul ni. Kalau ada apa-apa panggil Naqib. Dah-dah la tu nak beri ruang-ruang segala! Dah lama sangat dah ni," marah Faizah. Qaisara senyum. Faham sangat yang ma dia memang tak bersetuju sangat dengan apa yang dia buat selama ini.
"Ya ma...Sara janji!"Qaisara terus menyalami tangan kedua ibu-bapanya. Selepas mereka sekeluarga bertolak, Qaisara masuk semula ke dalam biliknya. Laci meja mekapnya dibuka. Kotak sederhana kecil itu dipandang lama. Jenuh dia layari internet semata-mata nak dapatkan maklumat pasal benda ni. Adeh! Sungguhlah dia buta sikit bab-bab ni. Tapi bila dah jadi pada diri sendiri. Macam banyak benda pula dia tahu, siap boleh hafal jenama, jenis, bagaimana cara penggunaan. Tapi dia takut la pula!
"Alang-alang dah ada. Guna sajalah! Tapi...ah! Malam nanti je lah!" Qaisara simpan semula kotak tersebut ke dalam laci. Melihat hari dah petang, lepas tu gelap macam nak hujan, Qaisara cepat-cepat keluar dari bilik. Menutup segala tingkap dan pintu rumah sebelum malam tiba.
Lepas Maghrib Qaisara kembali duduk di meja mekap. Sekali lagi laci meja dibuka. Kali ini dia nekad. Dia tak kisah, dan juga tak berharap sangat. Apa yang dia rasa saat ini. Dia cuak! Ya! dia sangat cuak! Tiba-tiba macam-macam benda yang bertamu dalam kepala. Bersimpang-siur jadinya. Dengan lafaz bismillah Qaisara keluar dari bilik dan melangkah menuju ke bilik air yang terletak dekat dengan dapur.
"Tak kut! Ye ke? Nampak macam ada...tapi tak jelas. Positif? Tapi kalau negative pula macam mana?" Qaisara dah serabut. Benda tu cepat-cepat dia lempar ke dalam tong sampah. Semua tu tak penting, yang penting Naqib ni! Dia ni dah berubah hati sungguh ke? Qaisara baru nak melangkah keluar dari bilik air, tapi belum sempat kakinya bergerak, bunyi dentuman guruh buat bahunya sedikit terangkat. Mati terus langkahnya. Tiba-tiba dia menoleh semula ke tong sampah. Capai semula alatan tersebut dan terus ditilik.
YOU ARE READING
SIGNAL HATI [ COMPLETED ]
Aktuelle Literatur"Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!" Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan. "Kau ingat nikah kahwin ni macam gula-gula ke? Boleh rasa-rasa. Eh, kejap! Yang kau tiba-tiba tanya aku...