Signal Hati Part 8

2.7K 114 1
                                    

BAB 8

"Kau sukakan Sara kan?" Anas membuka bicara setelah agak lama mereka mendiamkan diri.

"Habis tu kau tak sukakan Sara?" soalan berbalas soalan. Entah mengapa waktu itu Naqib seakan-akan agak sukar untuk terus berbicara mengenai Qaisara walaupun memang itu tujuannya berjumpa dengan Anas. Semuanya ada kena mengena dengan Qaisara.

"Aku kawan baik Sara. Kadang-kadang aku rasa dia dah macam adik aku. Aku tak pernah ada apa-apa perasaan pada Sara selain daripada perasaan seorang sahabat kepada sahabatnya," Anas jujur. Rasanya dia sudah cukup dewasa untuk memahami apa yang sedang berlaku. Dia amat yakin, tekaannya tidak akan meleset. Naqib menyimpan 'perasaan' terhadap Qaisara. Walaupun dia tidak pernah bertanya sebelum ini, namun dia amat pasti.

"Hanya kau saja yang Sara ada Anas. Aku harap sangat kau akan terus jaga dia. Sentiasa ada dengan dia. Aku tahu, dalam hidup dia, dia hanya percayakan kau. Aku harap kau tak akan sesekali musnahkan kepercayaan yang dia dah letakkan pada kau," suara Naqib kian mendatar. Ini yang dia malas, tujuannya baik namun hatinya pula yang terasa sakit. Kenapa bukan dia yang Qaisara percayai? Kenapa bukan dia yang Qaisara cari di saat gadis itu memerlukan pertolongan, sedih mahupun mahu berkongsi masalah. Kenapa?

Keluhan berat dilepaskan. Dia sendiri tidak mengerti apa yang dia rasakan saat itu. Bukannya dia tidak pernah tinggalkan Qaisara lama-lama sebelum ini. Malah tiga tahun dia tinggalkan Qaisara, sejauh beribu batu semata-mata untuk menyambung cita-citanya. Tapi kali ini...hatinya terasa berat. Berat sangat. Seakan-akan susah untuk dia berjauhan dengan Qaisara walaupun dia tahu bila-bila masa sahaja dia boleh pulang ke rumah. Johor dengan Kuala Lumpur bukannya jauh sangatpun. Kenapa? Adakah disebabkan rasa yang dia pendam selama ini semakin menggunung sehinggakan dia tidak mampu lagi untuk berjauhan dengan Qaisara? Entahlah. Dia sendiri tidak pasti!

"Sara tahu perasaan kau pada dia?" sekali lagi Anas bertanya setelah soalan pertamanya tidak mendapat jawapan.

"Perasaan apa? Aku memang sayangkan dia. Dia kan sepupu aku. Memang la selama ni kau nampak aku macam bencikan dia, asyik nak bergaduh dengan dia, tapi itu tidak bermakna aku tak sayangkan dia. Walau apapun yang terjadi, kami tetap keluarga,"

"Aku tahu, tapi aku juga tahu yang kau faham maksud soalan aku tadi Naqib,"

Naqib diam lagi. Lebih baik diam daripada berterus-terang. Bukan dia mahu menyembunyikan perasaannya, namun biarlah Qaisara sendiri yang menjadi orang pertama yang mendengar pengakuan jujurnya nanti. Walaupun dia tahu, peratusan untuk Qaisara menolaknya adalah besar.

"Bukan benda ni yang aku nak bincangkan dengan kau sebenarnya. Tujuan aku hanya satu, aku nak kau tolong jaga Sara. Tengok-tengokkan dia. Kadang-kadang Sara ni kita tak boleh nak tebak apa yang ada dalam kepala dia. Dalam keras dia tu ada juga lembutnya. Dalam diam dia tu pulak, sebenarnya dia tengah pendam perasaan. Suka sangat simpan sendiri. Dan walaupun kita selalu nampak dia kuat, dia sebenarnya seorang yang manja sangat. Suka bergantung dengan orang yang ada di sekeliling dia," Naqib bangun. Berjalan menjauhi pondok kecil yang ada di situ. Kemudian dia melemparkan pandangannya ke arah kawasan kolam ikan milik Anas. Mengeluh lagi. Ya Allah, kenapa kali ni dia benar-benar tidak sanggup untuk berjauhan dengan Qaisara?

"Kau bertuah sebab Sara akan cari kau setiap kali dia memerlukan teman. Perlukan seorang sahabat untuk dia luahkan masalah dia. Aku hanya mampu jaga dia dari jauh Anas. Dia tak sukakan aku sebagaimana dia sukakan kau.Tapi tak apa, aku tak kisah kalau dia tak tahu yang aku sebenarnya sentiasa ada di belakang dia selama ni. Yang penting, aku tahu yang aku takkan sesekali tinggalkan dia," Naqib berpaling. Kembali mengadap Anas yang masih duduk di bawah pondok itu.

SIGNAL HATI [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now