𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡 5

655 58 3
                                    

Belon berwarna-warni dilekatkan dengan salotep pada dinding. Hidung yang berasa gatal ditenyeh-tenyeh dengan jari berulang-kali. Sekejap Manisa menggaru lengannya pula. Habis merah kulitnya. Tak digaru makin bertambah pula rasa gatal pada kulit.


"Kak Nisa okey ke?" Raziatul memandang akak sepupunya yang tergaru-garu dari tadi.


"Okey. Mungkin akak silap makan kot."


"Entah-entah ada kurap," sampuk Rabiatul yang sibuk menyusun gelas di atas meja.


Kata-kata gadis itu tidak diendahkan sama sekali. Manisa tidak habis fikir apabila ruam kemerahan mula muncul pada lengan dan mukanya. Seingatnya, dia tidak menjamah sebarang makanan yang boleh menyebabkan dia alergik. Makanan laut yang terhidang semasa makan tengah hari tadi pun tidak disentuh. Pada petang ini pula dia cuma minum air koktel buah... Oh tidak!


"Rabiatul kau buat air koktel letak apa?"



"Kenapa tanya? Kau nak resepi rahsia aku ke?" Rabiatul membetulkan awning tudung yang dipakainya sengaja mahu membiarkan Manisa tertunggu-tunggu respon daripadanya.




"Suka hati kaulah." Manisa sudah berura-ura untuk berlalu ke bilik namun jawapan Rabiatul menghentikan langkahnya.



"Susu soya. Sebab kau tak suka soya jadi aku ubah bahan letak susu soya. Lain kali kalau tak nak kena macam ni, jaga adab dekat rumah orang. Jangan nak menggatal dengan lelaki." Rabiatul mengenyitkan mata. Ya, dia sengaja. Memang sengaja dia letakkan susu soya menggantikan susu biasa.




Kerana apa? Kerana Manisa tidak berhenti memporak-perandakan rancangannya. Gadis itu berani bergaul rapat dengan Taaqid kesayangannya. Pipit tidak sedar diri seperti Manisa ingin terbang bersama enggang. Tidak! Rabiatul takkan biarkan perkara yang pernah menimpa ibunya berlaku lagi kepada dirinya.





Manisa cuma mampu terdiam. Mahu dibalas apa lagi? Hinaan dan kebencian itu takkan pernah dapat dia padam. Dia meneruskan langkah ke bilik untuk menyelongkar isi beg silangnya kalau-kalau ada ubat alergik yang masih tersimpan. Tetapi tiada. Nak ditanya kepada Puan Mazidah, ibunya itu ikut ke pasar menemani mak long membeli bahan masakan untuk sambutan hari lahir Pak Mahfuz malam ini.





Dia tiada pilihan lain. Pertolongan harus diminta kepada seseorang.




Bunyi ketukan perlahan pada pintu bilik membuatkan Manisa menoleh ke arah pintu yang terkuak kecil.




"Sorry, abang nak mangkuk kaca besar. Boleh Manis tolong ambilkan?" Taaqid berdiri di luar pintu. Tidak melangkah masuk kerana dia sedar ada penghuni berlainan jantina dengannya di dalam bilik. Taaqid tidak juga memandang Manisa yang berdiri melihatnya.




Bilik stor yang menjadi tempat meletakkan barang dapur untuk persiapan kenduri itu menjadi bilik tidur untuk Puan Mazidah dan Manisa. Semuanya atas alasan konyol. Dua beranak itu tidak menyumbang duit dan tenaga untuk mengubah suai rumah Pak Mahfuz jadi mereka hanya layak tidur di bilik stor sempit yang juga tidak diubah suai.





"Nah." Sebuah mangkuk kaca dihulur dan disambut pula oleh Taaqid. Saat terpandangkan wajah bengkak Manisa, mukanya terus berubah riak.




"Manis! Kenapa ni? Alergik?" Tangan yang mahu memegang kedua belah pipi itu ditahan.



Manisa cuma mengangguk perlahan.



"Abang hantar ke klinik." Pelawa Taaqid bersungguh.



"Tunggu abang dekat luar rumah. Kejap lagi abang ikut." Tergesa-gesa Taaqid berlalu bersama mangkuk di tangannya.





Manisa masih berdiri di pintu bilik, terkebil-kebil memandang langkah Taaqid. Tetapi kemudian ada senyuman terbit di bibir itu yang cuba dia sembunyikan.







🍰







Plastik ubat di tangan terhayun mengikut langkah si pemegang. Manisa menyentuh pipi sendiri yang mula surut kesan bengkaknya.


"Abang, terima kasih." Manisa berhenti di anak tangga teratas.


"Sama-sama. Selepas ini jangan makan makanan yang boleh trigger alergik." Nasihat Taaqid.




Manisa melebarkan senyuman saat kepalanya bergerak memberi anggukan. Dia mengerling sekilas ke arah sepasang mata yang mengintai melalui celah tingkap.


"Abang."



"Ya, kenapa?" Bebola mata Taaqid mengikut selari dengan gerakan tangan Manisa pada bahunya, mengambil sesuatu di situ lalu membuangnya.




"Ada rambut Nisa dekat baju abang. Sorry."




Taaqid terkedu. Telinganya mula memerah pada masa yang sama. Ada batas antara mereka yang Taaqid sengaja gariskan tetapi Manisa berani untuk melanggarnya.





Dia akan memastikan Manisa menyesal kerana menjadi asbab utama jantung yang mengepam darahnya laju bekerja dan tidur malamnya tidak lagi lena.




"Manisa!" Jerit Rabiatul di muka pintu.




"Rabiatul panggil Manis elok-elok tak boleh ke? Tak perlu nak memekik macam dia duduk hujung kampung." Teguran Taaqid semakin memarakkan api kemarahan Rabiatul. Manisa yang tersenyum sumbing dijeling.



"Mak ngah cari kau. Masuk cepat. Abang pun sama menghilang dari tadi. Banyak lagi barang kena angkat."



Manisa melangkah masuk ke dalam rumah beriringan dengan Taaqid. Siap rancak berborak lagi.




Tak mengapa, hari ini hari gadis itu. Esok lusa hari Rabiatul! Dia mahu melihat sejauh mana Manisa menjunjung kemenangannya.







🍰

Happy reading
Vote and comment

Manis Abang Where stories live. Discover now