bitter 4

117 28 0
                                    

Janggal pula aku rasa bila duduk berdua-duaan dengan Rabiatul di bangku. Sudahlah tempat yang menghadap aliran sungai ini agak sunyi. Aku cuma mampu berharap supaya tiada orang kampung yang menangkap kami dengan tuduhan khalwat. Aku masih tidak mengerti kenapa Rabiatul mahu menemui aku hari ini. Sanggup dia mengharungi kesesakan lalu lintas untuk balik ke kampung seorang diri.

"Saya jumpa Manisa semalam. Dia cakap awak cuma boleh sebut nama saya." Kata Rabiatul memecahkan kesunyian suasana.


Aku dah agak! Si Manisa ni memang tak sayang mulut. Berkali-kali aku memberi amaran kepada perempuan itu supaya tidak menceceh yang bukan-bukan. Lagi-lagi di hadapan Rabiatul.

"Awak suka saya, kan? Hadif?"

Air liur umpama tersekat di kerongkong. Soalan Rabiatul terus ke idea asal. Tiada belok-belok.


"Sebab itulah awak cuma belajar sebut nama saya. Awak datang tempat kerja saya semata-mata untuk tanya keadaan saya, lepas tu pura-pura bersetuju dengan rancangan kita untuk pisahkan Manisa dengan Abang Taaqid. Awak memang jahat! Awak memang suka mempermainkan saya."


Hah? Aku cuma mampu melongo apabila dituduh sebegitu. Aku faham tuduhannya agak berasas tetapi kenapa aku rasa macam ada perkara yang tidak kena?

"Ru...bi...," panggilku dan dia tidak menoleh. Sebaliknya aku mendengar dia merengus. Mukanya basah dengan air mata. Kesedihannya juga membuatkan hatiku tersiat luka. Tolong, jangan menangis Rabiatul...


"Awak seronok permainkan saya. Anggap saya macam orang bodoh." Tambahnya lagi.

Aku tidak peduli kalau topik yang dibahas oleh Rabiatul tidak relevan, kerana yang aku mahu lakukan saat ini adalah menenangkan dirinya.


Telefon pintar dikeluarkan dari kocek seluar. Aku lantas menaip sesuatu sebelum diserahkan kepada Rabiatul.


Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak mempermainkan awak. Saya ikhlas sukakan awak. 15 tahun saya simpan perasaan ni untuk awak. Jadi jangan menangis Rabiatul. Saya tak sanggup nak tengok perempuan yang saya cinta menangis kerana saya. Kalau awak tak selesa, saya...saya akan cuba lupakan perasaan saya. Kalau itu yang awak nak.



"Jahat!" Tempik Rabiatul. Kali ini perempuan itu berlalu pergi, meninggalkan aku dengan sukma yang terseksa.


Anak rambut yang terjuntai di dahi, aku raup ke belakang. Aku sangat pasti Rabiatul memang membenci diriku kali ini. Aku tidak tahu jikalau kemaafan yang akan aku pohon selepas ini mampu melembutkan hatinya.


Bunyi notifikasi mesej yang masuk kedengaran. Aku tilik phone sebelum paparan mesej daripada mak dibuka.


Mak Cayam
Hadif. Mak minta maaf.
Cik Alang Pak Mahfuz tolak pinangan kamu.

Hadif
Kenapa mak? Cik Alang minta duit hantaran banyak sangat ke? Kalau pasal tu Hadif ada savings mak.

Mak Cayam
Cik Alang cuma tak nak sebab anak mak bisu


Menggigil tangan aku membaca balasan mesej daripada mak. Cinta aku yang akhirnya terkandas setakat ini. 15 tahun yang barangkali bagi orang lain adalah tempoh yang sia-sia tetapi bagi aku cukup indah. Indah kerana orang yang aku cintai adalah manusia yang paling sempurna di mataku.


Bibirku melekuk ke atas membentuk senyuman. Birai mata yang berair aku kesat dengan tapak tangan. Jodoh, pertemuan dan ajal semuanya ada dalam kekuasaan Tuhan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku melepaskan cinta yang bertepuk sebelah tangan?

Ting!

Sekali lagi bunyi notifikasi mesej masuk. Aku menyalakan skrin. Ternyata mesej daripada Rabiatul.



Rabiatul🥰
Saya takkan pilih awak.
Mama saya dah tolak pinangan dari awak
Tolong jangan sukakan saya.
Lebih ramai perempuan baik dekat luar sana
yang sudi terima awak.


Melihat isi mesej tersebut, fahamlah aku ibu Rabiatul iaitu wanita yang aku panggil Cik Alang sudah menyampaikan berita pinangan daripada pihak aku kepada anak gadisnya. Tidak pelik kalau pinanganku ditolak.

Hadif
Sebab saya tak sempurna kan?
Sebab saya lelaki cacat yang bisu?
Tak apa Rubi. Saya faham. Mana mungkin lelaki biasa seperti saya mampu berdiri sama tinggi dengan puteri kayangan macam awak. Saya sedar diri dan saya hormat keputusan awak. Semoga berbahagia selalu. Assalamualaikum.


Rabiatul🥰
Baguslah awak fikir macam tu.
Tak perlu susah-susah saya susun
ayat untuk jaga hati awak.


Mesej seterusnya daripada Rabiatul tidak dibalas. Rabiatul masih sama. Sombong dan bongkak seperti dulu. Kalau tidak kerana Manisa yang berkahwin dengan Taaqid, mungkin diriku ini cuma dianggap seumpama hama sahaja pada penglihatannya. Tiada manfaat untuk dirinya. Aku cuma manusia yang boleh dijadikan alat untuk dipergunakan. Kalaulah dia tahu betapa aku sanggup melakukan apa saja atas nama cinta.


Bila Rabiatul meminta aku untuk tidak menyukainya dan untuk melepaskan perasaan ini, aku akan turuti. Aku akan ikut perintahnya sesuai kemahuannya yang menolakku.




🤵🏻‍♂️


Happy reading.
Nama pun bitter takkanlah happy ending kot🤣
Pendek je sbb malas🥲

Manis Abang Where stories live. Discover now