bitter 1

201 34 0
                                    

2009 𝐾𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑔 𝐾𝑒𝑝𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔, 𝑃𝑒𝑟𝑎𝑘.

Aku memandang buah rambutan yang masak ranum di atas pokok. Air liur ditelan. Nampak menggoda dan menyelerakan. Tapi sayang, pokok rambutan itu ada pemiliknya. Kecur juga air liur aku setiap kali mendongak kepala. Aku mengira dengan jari berapa kali sahaja dalam tahun ini aku menikmati buah rambutan.

"Kau kira apa?" Suara gadis remaja yang menegur aku membuatkan aku memalingkan muka mencari punca suara.

Aku melambai ke arahnya sebelum mengangkat jari telunjuk menunjuk ke arah buah rambutan yang merah kulitnya.

"Oh, kau nak rambutan ke?"

Aku memandang gadis itu tanpa berkelip. Aik? Dia macam nak bagi je. Tapi boleh ke?

Aku memandang sangsi. Bukan apa si gadis muda yang membawa nama Manisa itu kadang-kadang ada sahaja ulahnya. Tak padan dengan usia setahun jagung. Heh! Macamlah aku tua sangat!

Aku membuat isyarat bertanya, 'Boleh ke?'

"Hah? Tak fahamlah. Maksudnya?" Berkerut-kerut dahi Manisa cuba memahami bicaraku.

Aku membetulkan duduk. Sekali lagi aku membuat isyarat yang lebih mudah untuk difahami ileh Manisa.

Jari telunjuk mengarah ke arah dia dan pokok rambutan kemudian ditunjukkan ke dada sendiri.

"Kau nak suruh aku panjat pokok bagi rambutan dekat kau?" Soal Manisa lagi.

Aku mengusutkan rambut sendiri. Geram! Payah juga nak menyampaikan apa yang aku nak kerana keterbatasan pemahaman komunikasi antara kami.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk mengangguk. Asalkan maksudnya lebih kurang. Lagipun itu pokok datuk Manisa. Jadi mungkin tidak mengapa kalau si gadis itu yang memanjatnya.

"Eee! Tak gentle langsung kau ni mintak perempuan ambilkan buah untuk kau." Manisa membebel pula.

"Kau duduk sini diam-diam. Nanti kalau aku lempar buah ke bawah kau kutip." Ucap Manisa bersemangat sebelum dia mula membuka langkah ke bawah pohon menyentuh dahan yang berpotensi untuk menjadi tekpat berpaut.

Satu demi satu dahan dipijak sebelum suara jeritan kedengaran.

"Hoi, pencuri!"

Badan aku terus kejung. Mencuri? Aku tak sentuh lagi rambutan jadi aku selamat kot. Tapi Manisa? Alah tak apa dia kan cucu pemilik pokok rambutan itu.

"Aku lapor dekat atok biar dia marah kau. Tak padan dengan perempuan la kau ni. Ganas macam lelaki." Si gadis itu sama seperti Manisa. Membebel pot pet tanpa berhenti. Aku melihat si dia sekilas namun bebola mataku seakan tergam tika itu. Kami sempat bertatapan sesaat sebelum dia kembali melihat Manisa yang memanjat dahan pohon. Dan aku rasa nama dia, Rabiatul.

'Cantiknya.' Terpegun aku buat kali pertama. Sepupu Manisa itu ada daya penarik yang memukau. Mataku masih tak berkalih setia menatap si dia dari tadi. Aku syak inilah yang orang panggil cinta remaja, cinta pandang pertama yang penuh monyet-monyet.

Rasanya Manisa memang berseteru dengan gadis yang satu ini. Sayangnya kecantikannya tidak seiring dengan perangainya.

"Sakitlah!" Teriakan sepupu Manisa semakin kuat. Manisa seperti biasa membuat perangai nakalnya. Dia memetik buah rambutan lalu melemparkan buah kepada sepupu sendiri.

"Dahlah! Kurang ajar la dia ni." Rabiatul mengaduh sendiri. Dahinya yang menjadi mangsa diusap. Rabiatul berundur ingin mengelak serangan lontaran buah rambutan namun entah dimana silapnya dia tergelincir.

Keceburrr!

Rabiatul jatuh ke dalam anak sungai.

Aku mula cemas. Tanpa berfikir dua kali aku terus melaung kepada Manisa supaya meminta tolong orang kampung manakala aku pula terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Rabiatul. Tindakan refleks orang kata.

Tubuhnya aku rangkul kemas. Bukan ingin mengambil kesempatan tetapi atas sebab darurat. Aku mengheretnya ke daratan. Rabiatul terbatuk-batuk semasa berbaring. Dari jauh Manisa datang bersama abang sepupunya.

"Apa yang jadi ni?" Soalan remaja lelaki itu tidak dibalas oleh sesiapa. Seingat aku namanya Taaqid. Cucu kesayangan alam semesta. Puihh! Jijik aku dengan gelaran sebegitu.

"Rabiatul? Rabiatul okey tak?" Pipi Rabiatul ditepuk perlahan oleh Taaqid. Dia sudah berura-ura untuk mendekatkan mukanya ke muka Rabiatul namun aku menghalang Taaqid dengan memegang bahu remaja yang tua dua tahun dari aku itu.

Langkah mayat aku dulu! Agaknya kalau aku boleh bersuara itulah yang aku akan katakan kepada dia. Senang-senang aje dia nak bagi CPR dekat Rabiatul. Habis aku ni apa? Tunggul?

Dia menepis pegangan aku dan tubuh Rabiatul dibangunkan supaya duduk berlunjur. Gadis muda itu batuk-batuk kembali. Kali ini mata kuyu Rabiatul sudah terbuka lebih luas.

"Abang..." Terpandang saja figura si abang sepupu, Rabiatul terus menangis teresak-esak seperti kanak-kanak di pusat panti asuhan anak terbiar. Aku yang melihat pun rasa bergenang air mata. Aish! Muka Rabiatul ni memang boleh buat orang kesianlah. Sial lah Jai! Puihh!

"Manisa tolak Rabiatul. Abang tahu kan Rabiatul tak reti berenang?"

Terkedu aku mendengar tuduhan si cantik itu. Memang patutlah Manisa asyik bercakaran saja dengan Rabiatul kalau beginilah perangainya makan masa juga untuk aku didik Rabiatul menjadi isteri solehah. Kau mengarut apa ni, Hadif? Kau tu baru tingkatan 3!

"Hei! Pantang betul aku. Kau yang jatuh sendiri dalam sungai nak menuduh aku pulak. Jangan sampai aku tolak kau betul-betul." Manisa sudah meradang. Sikit masa lagi confirm budak tu buka bunga silat. Jangan main-main.

"Betul lah. Kau siap lempar rambutan lagi dekat aku. Nasib baik Abang Taaqid sempat selamatkan aku. Kalau tak aku dah mati lemas sebab kau!" Balas Rabiatul berang.

Aku yang mendengar perbualan antara mereka cuma mampu terkebil-kebil. Lagi satu, si Rabiatul ni memang tak sedar ke pakaian aku basah dan pakaian si mamat 'perasan semua orang atas dunia ni menyayangi dia' tu kering? Tak logik sungguh noh!

Baru nak berlagak hero tapi orang lain pula yang mendapat nama. Apalah nasib...


🤵🏻‍♂️

Happy reading.
Ini hanyalah sedikit sahaja scene yang sikit sikit.
Wait apa yang aku explain ni? Okey maksudnya spin-off ni tak panjang pun. Just beberapa bab sekadar side story watak sampingan gitu. Oke babai.
P/s: cerita lama yang dipublish semula.

Manis Abang Where stories live. Discover now