Pinggan yang berisi lauk ayam masak kicap kegemaran Taaqid dihidangkan di atas meja makan. Segelas air pula disua kepada si suami. Namun riak muka Taaqid kekal datar. Kebiasaannya lelaki itu akan mengucapkan terima kasih. Manisa sendiri sudah tidak tergedik-gedik seperti selalu. Dia sedaya upaya menahan diri daripada berkelakuan manja dengan lelaki itu. Agaknya baby perempuan la kot. Itu yang setiap kali jumpa si pemilik sperma kepada benihnya, Manisa jadi terkinja-kinja.
Suasana makan malam berlalu begitu sahaja tanpa usik-mengusik, gurau-gurauan seperti selalu. Manisa pun tidaklah mahu bertanya dibiarkan sahaja Taaqid dalam dunia sendiri. Setiap kali dia tersedar dari tidur, Taaqid masih belum ada di sebelah kerana sebaik sahaja selesai makan malam, lelaki itu akan berkurung di ruangan bilik kerja.
Tetapi malam ini nampaknya Taaqid mengubah destinasi kubunya ke ruang tamu untuk dia melancarkan perang dingin.
"Manis, duduk. Abang nak bincang sikit." Pinta si suami dan Manisa cuma mampu menurut. Dia melabuhkan punggung ke kerusi yang mempunyai dua tempat duduk. Air muka Taaqid sukar dibaca dan Manisa sendiri tidak mengerti kenapa. Tetapi hatinya turut sakit mengenangkan apa yang mungkin terjadi di masa akan datang.
"Manis memang nak tinggalkan abang?"
Saat soalan itu yang ditanya, tangan Manis menggigil kecil. Meninggalkan? Entah sejak bila dia boleh memberi luka kepada orang di sekelilingnya.
"Dah sebulan lebih Manis sorokkan kandungan daripada abang? Kenapa sebenarnya?"
"Macam mana abang tahu? Ibu bagitahu abang ke?" Manisa berubah panik. Dia tidak menjangkakan Taaqid akan tahu secepat itu.
"Ibu pun tahu?" Dari nada terkejut Taaqid, fahamlah Manisa bahawa bukan kerana mak long sumber berita itu bermula. Tetapi dia musykil macam mana lelaki itu boleh tahu? Kit penguji kehamilan yang sudah digunakan pun memang dia sudah buang.
"Jadi macam mana abang tahu kalau bukan ibu yang bagitahu?"
"Penting ke fasal tu sekarang, Manisa? Patutnya awak jelaskan kenapa awak sorok kandungan tu daripada saya. Saya ni masih lagi suami awak."
Manisa menolak dari melihat dari mata ke mata dengan suaminya. Dia rasa Taaqid memang betul-betul marah kali ini. Tidak pernah sekalipun lelaki itu membahasakan diri 'saya-awak'.
"Penting ke untuk abang tahu sebab Nisa sorok kandungan ni daripada abang? Dan abang yakin ke zuriat yang Manisa kandung ni anak abang?"
"Manisa! Astaghfirullahalazim." Apalah yang ada di kepala otak Manisa sampai sanggup menuturkan ayat sebegitu.
Nak tengking bini sendiri. Haih.
"Manis tahu yang abang nak ikat Nisa dengan anak ni, kan? Sebab itu jugalah abang bagi syarat supaya Nisa lahirkan anak-anak abang barulah abang akan lepaskan Nisa. Abang yang kejam dalam hal ini. Abang tahu yang Nisa...takkan cintakan..." Akhir kata yang Manisa tidak mampu teruskan. Benarkah pengakuannya? Atau sekadar satu upaya untuk menutup rasa hati.
"Ya, abang mengaku memang itu niat abang. Bagi Manis memang abang pentingkan diri. Manis anggap abang buat itu ini semua untuk manfaat abang. Tapi Manis, abang letak Manis sebagai keutamaan abang. Abang buat semuanya demi Manis. Sebab abang cintakan isteri abang."
Hati wanita bukan seperti tembok. Jika dilayan kena dengan caranya dan penuh kasih sayang pasti ada juga ruang kelembutan.
"Abang takkan mampu buat keputusan kalau Manis terus berdiam diri macam ni. Abang tak akan beri Manis pilihan sebab yang akan membuat pilihan tu sendiri adalah Manis. Manis pilih saja apa yang Manis rasa terbaik untuk Manis dan keputusan yang Manis ambil takkan dikesali. Choose wisely."
Manisa membisu lagi. Penjelasan Taaqid seperti berpusing-pusing. Lelaki itu seperti mahu merelakan kepergian Manisa dan di sisi lain seperti mahu mengekalkan kedudukan Manisa di sampingnya.
"Manis sendiri kan cakap titik tertinggi mencintai seseorang adalah melepaskan. Tapi abang tak mampu nak buat semua tu. Abang tak mampu nak melepaskan Manis pergi dari hidup abang. Tapi abang tak boleh paksa Manis untuk pilih abang."
Kali ini Taaqid beralih tempat duduk. Dia melutut di lantai beralaskan permaidani berdekatan Manisa. Tangan kekarnya mencapai jemari Manisa dan jari mereka saling bertautan. Jelas sekali jurang perbezaan saiz tangan mereka.
Taaqid mengucup kekura tangan isterinya sebelum dibawa ke pipi sendiri dan ditekap ke situ.
"Choose, baby. Choose anything that will make you happy." Sayu suara Taaqid meruntun jiwa Manisa.
Jantung Manisa seperti mahu meletup juga saat itu. Mukanya berbahang tiga kali ganda berbanding sebelum-sebelum ini. Dia tidak pernah melihat seorang lelaki dewasa boleh menangis sebegini. Bukan menangis teresak-esak sebaliknya cuma air mata yang jatuh setitik dua. Kenapa Taaqid masih nampak macho dan cool pula bila menangis? Macam adegan lakonan semula daripada Nam Jo-Hyuk dalam drama 2521.
Tatkala itu juga entah kenapa Manisa menjadi lembut hati. Hati yang selama ini hanya ada carikan dendam dan paranoid seakan disembuhkan kembali.
Tangannya yang sebelah lagi diangkat dan menekap ke pipi sang suami. Dengan cermat, linangan air mata itu disapu bersih sebelum sebuah kucupan menyinggah ke tempat yang sama.
"Nisa minta maaf."
"Manis..."
"Nisa tak tahu. Tapi buat masa sekarang Nisa masih boleh stay dengan abang kan?"
Taaqid mengangguk laju. Dia faham, dia tidak boleh mengharapkan lebih. Sekurang-kurangnya Manisa masih tetap berada di sisi dia.
Kepala dilabuhkan ke riba Manisa dan tangan melingkar memeluk pinggang si isteri.
"Abang rasa baby tendang perut Manis la."
"Mengarut la abang ni. Kaki dia pun tak ada lagi." Manisa tergelak kecil. Ada-ada sahajalah lawak suaminya ini.
"Oh ingatkan dah ada. Salah ek? Tak apalah asalkan abang dah ada dua baby."
"Dua celah mana pula? Abang ni confident aje. Nisa mana ada genetik kembar." Membayangkan dia membawa dua bayi di dalam perut pun sudah ngeri. Macam manalah agaknya kekuatan ibu-ibu di luar sana yang mengandungkan zuriat kembar.
"Bukan kembar. Satu baby dalam perut ni. Satu lagi baby nama Manisa. Manis kan baby abang juga. Kan, baby?"
"Malu lah kalau orang dengar. Tak payahlah panggil Nisa baby." Bantah Manisa. Naik segan dia mendengar panggilan mesra Taaqid.
"Sayang, kita tinggal dua orang saja dalam rumah ni. Nak panggil baby, panggil mummy pun tak ada orang dengar. Err so apa nama anak kita nanti? Dah tahu ke jantina baby? Baby girl ke boy?"
"Abang..." Penat sungguh melayan anak mertua ni. Fiil dia lagi nakal daripada anak sendiri.
Tetapi mengenangkan perjalanan sebagai seorang ibu yang masih panjang membuatkan Manisa tertanya-tanya juga keupayaan diri? Bolehkah dia menjadi seorang ibu yang baik untuk anak mereka?
Tangan mengusap permukaan perut yang masih rata.
"Don't worry, baby. You have me. You have us." Ciuman pada perut Manisa yang dilapisi dengan baju tidur menerbangkan rama-rama di dalam perut.
Kalau Taaqid Qalbi sudah berjanji sebegitu, Nur Manisa boleh percaya kan?
🍰
Happy reading.
Dah nak habis. (Dari chapter sebelum ni
lagi cakap nak habis tapi tak habis habis)🗿
Janji ni last☝️🤓
Babai.
YOU ARE READING
Manis Abang
ChickLitNur Manisa & Taaqid Qalbi Yang kelihatan manis itu adakalanya sepahit hempedu. Siri 1: Manis Abang Special Chapter: Suara Hati Lelaki Bisu p/s: sedang disunting