𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡 22

600 54 5
                                    

Kabus yang menyelimuti hutan dan hawa sejuk udara pagi menggigit sehingga ke tulang sum-sum. Manisa menarik zip sweater kelabu sehingga ke kolar baju. Tidak tahulah apa idea gila sang suami yang mengajaknya ke Gunung Nuang di Hulu Langat sepagi ini.



"Okey, tentatif kita pagi ni. Kita akan daki Gunung Nuang sampai ke puncak. Jadi sepanjang perjalanan kita mungkin akan berhenti tak lebih dari lapan kali sahaja. Ada bantahan?"


"Hiking?" Dahi Manisa berkerut. Patutlah Taaqid beria belikan pakaian sukan dan kasut pendaki untuknya. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.


"Ya. Kita honeymoon dekat sini. Hari ini hari kerja jadi orang tak ramai sangat. Jadi privasi la sikit, kan?"


"Apa abang ni? Privasi apa?" Manisa bertanya takut-takut. Hish! Muka lelaki yang baru dinikahinya itu tampak seperti lelaki gatal manalah dia tak curiga.


"Sebelum Manis fikir bukan-bukan, abang sebenarnya ajak hiking sebab abang nak kita saling mengenali dan memahami macam suami isteri."




"Nisa kenal abang. Tak pergi honeymoon pun tak apa."


"Manis tak suka hiking ke?" Riak muka Taaqid berubah murung.


"Bukan tak suka. Cuma yalah kenapa honeymoon dekat hutan pula? Pelik."

"Err abang sebenarnya nak bawa Manis bercuti dekat tempat viral, dekat pulau, hunting food apa semua. Tapi abang nampak Manis macam tak selesa kalau kita berdua duduk sebilik. So, abang postpone. Hari ini kita pergi hiking dulu boleh? Lain kali abang bawa Manis ke mana sahaja tempat yang Manis nak pergi."


"Mana abang tahu Nisa tak suka kita duduk sebilik?" Manisa menggigit bibir. Baru tersedar yang dia terlepas soalan yang tidak sepatutnya dia tanya.

Taaqid pula menunduk saja dari tadi. Riak mukanya tidak dapat dilihat jelas kerana mukanya terlindung dengan topi besbol yang dipakai.


Sesaat kemudian Taaqid memagung kepala. Kali ini senyuman lebar menghiasi wajah maskulin itu.


"Abang baru teringat yang kita dah kahwin. Jadi tak salah kalau abang guna kuasa veto sebagai seorang suami."

Mata bening Manisa mencerun tajam membalas tatapan sang suami yang nakal.


"Manis, tak baik buat muka garang dengan suami."

Manisa merengus kemudian mengalihkan muka. Tidak mahu ditatap seperti itu oleh Taaqid.

"Hubungan kita ini halal Manisa. Walaupun awak tak cintakan abang, please respect me as your husband. Hari ni kan abang cakap kita akan saling mengenali dan memahami. Deeper and deeper. Come." Tangan terhulur menginginkan Manisa menyambut huluran itu.



Nak tak nak, Manisa sambut jua. Mereka mula berpegangan sepanjang berjalan menyelusuri laluan trek yang khusus untuk pendaki.


"Mungkin Manis tak tahu yang abang suka mendaki. Bagi abang secara peribadinya, gunung, bukit dan tempat tinggi itu cabaran. Walaupun abang penat ataupun tak larat sekalipun, I'll make sure I'll make it. Sama macam Manis. I took so many years to get you before i could call you mine."


Manisa membisu tetapi telinganya masih mendengar. Taaqid yang bercakap seperti pakar motivasi di hadapan masih peka untuk mengingatkan Manisa tentang laluan trek yang agak licin kerana embun pagi itu. Ah! Lelaki ini... a good observant.


"Kalau Manis pula macam mana? Apa yang Manis suka buat? Your hobby, anything?" Taaqid memandang Manisa yang setia di belakangnya bersama senyuman.


"Revenge." Satu perkataan diblas oleh Manisa.



"Selain daripada tu? Hobi lain?"


"Rangka plan untuk balas dendam." Sambung Manisa lagi.


"Silly." Taaqid menjentik perlahan dahi Manisa. Mereka kembali meneruskan perjalanan untuk ke puncak Gunung Nuang. Laluan bertanah yang diganggu dengan akar dari pepohon itu membuatkan mereka lebih berhati-hati ketika melangkah.



"Kenapa abang tak marah Nisa nak balas dendam? Why don't you hate me? Saya dah hancurkan hubungan keluarga abang dan sampai hari ini mak long masih tak nak bercakap dengan abang. Just why?"


"Kita berehat kejap." Taaqid tidak terus menjawab soalan sebaliknya dia meletakkan beg galas yang dibawa berdekatan perdu pokok sebelum mengeluarkan sebotol air mineral.


Pendakian hari ini nampaknya bukan sekadar mendaki semata-mata.




"Dalam kerjaya, abang ada banyak peluang untuk kembangkan perniagaan abang. Tapi Manis lain. Abang cuma ada satu peluang untuk dapat Manis. Abang tak tahu bila dan macam mana. Sebab itu abang pujuk atok supaya setuju dengan perkahwinan kita."

"Tapi kenapa?"


Reaksi Taaqid masih tidak berubah. Badan Manisa ditarik mendekat. Anak rambut isterinya yang bergentayangan di dahi diselit ke belakang telinga. Taaqid menarik nafas sebelum dibawa mulutnya ke cuping telinga Manisa.


"Sebab sayangkan Manis. Sebab abang cintakan Manis. Jadi tolong ingat pengakuan abang ni sampai bila-bila. Jangan risau kalau lupa sebab abang akan ingatkan dekat Manis hari-hari tentang perasaan abang." Bisik Taaqid mendayu di gegendang telinga si isteri.





"Cinta?" Manisa seakan terhipnotis. Bila agaknya terakhir kali dia jatuh cinta?



"Stop!" Dada lelaki itu ditolak menjauh. Manisa tidak boleh. Dia tidak boleh lemas dalam buaian perasaan ini. Dia tidak boleh!


"Abang faham. Manis tak perlu paksa diri untuk layan abang macam suami yang Manis cinta. Just treat me kindly with respect. Abang pun tak nak paksa Manis untuk terima abang. Tapi janganlah biarkan abang tunggu lama sangat. Kita sambung mendaki, ya? Manis ikut belakang abang tau." Taaqid menyarung kembali topi besbol miliknya. Beg galas bersaiz kecil itu kembali dipikul.




"Sorry. Nisa cuma tak nak abang mengharapkan lebih."


"Manusia akan selalu berharap Manis. Sebab itulah kita akan kecewa. Macam ibu dengan ayah yang berharap abang ni sebenarnya anak kandung diorang dan bukan sekadar anak angkat."



Manis senyuman Taaqid seakan racun untuk Manisa sendiri. Dia nampak senyuman manis itu berubah pahit kerana racun di sebaliknya.









🍰

Happy reading
Hehe

Manis Abang Where stories live. Discover now