𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡 25

634 49 5
                                    

Dejavu! Manisa rasakan peristiwa yang menimpanya kini sudah berlaku lebih dari sepuluh kali. Duduk sebilik berdua-duaan dengan Taaqid walaupun lelaki itu memegang takhta sebagai suaminya yang sah. Meremang!

"Nisa nak penjelasan. Apa maksud syarat yang abang sebut petang semalam? Abang nak Nisa mengandungkan anak abang?"

"Correction. Bukan anak abang tapi anak kita. Kita berdua jadi mak dengan ayah untuk anak-anak kita."

"Tunggu. Kenapa abang gandakan perkataan anak tu. Nisa mengandungkan seorang cukuplah kan? Kenapa nak ramai-ramai?" Kritik Manisa tidak senang.

"Abang cakap 'bear my children not bear my child'. Kan beza tu."

Manisa menggenggam bantal penuh geram. Taaqid sengaja mempermainkan perasaannya dan dia pula dengan bodoh boleh bersetuju dengan cadangan itu.

"Nisa tak setuju. Nisa nak tarik balik deal kita. Nisa tak nak!" Bentak Manisa.

"Tak aci. Mana boleh tarik diri macam tu. Manis dah janji, kotakan janjilah." Bidas Taaqid pula. Berlawan mulut dengan isteri kepala batu ini perlukan banyak hujah.

Taaqid buat-buat tidak nampak muka cemberut bini sendiri. Baju-baju yang siap terlipat disusun ke dalam almari pakaian. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Abang dah fikir masak-masak pasal nama anak kita. Memandangkan isteri abang ni namanya Manis, abang ingat nak namakan anak kita Tawar dengan Pahit. Okey kan?"

"Abang!" Rengek Manisa. Geram betul dia dengan Taaqid. Dia cuma nak melepaskan diri daripada ikatan perkahwinan mereka. Kalau Taaqid berterusan seperti ini, Manisa boleh terbuai dengan perasaan yang mula berputik di hati. Dia tidak mahu perkara itu terjadi. Titik!


"Abang boleh ke hidup dengan orang yang abang tak cinta? Tak sayang?"


"Entah, abang tak tahu. Tak pernah alami pun. Sebab sekarang abang kahwin dengan orang yang abang cinta. Kalau dapat hidup seribu tahun dengan Manisa, abang lebih daripada sanggup."

Tatapan itu. Manisa membenci tatapan dari anak mata bersinar suaminya. Tatapan yang seakan menterjemahkan maksud cinta. Lekas Manisa melarikan pandangan.

"Manisa tak boleh. Macam mana nak hidup bahagia kalau berkahwin dengan orang yang kita tak pernah cinta?"

"Dengar Manis sendiri yang cakap macam ni buatkan hati abang lagi sakit. Susah sangat eh nak sayangkan abang sebagai seorang suami?"

Pipi mulus Manisa diusap perlahan. Dia cuba menyalurkan sebanyak mungkin rasa cinta melalui sentuhan itu kepada Manisa. Dia ingin Manisa menyelami perasaan ikhlasnya.

"You just don't love me yet. Try harder Manisa. Sebab apa pun yang Manis buat, abang takkan lepaskan Manis. Itu janji abang." Ujar Taaqid.

"Tapi abang dah janji kalau Nisa mengandung abang akan ceraikan Nisa."

"Abang tak pernah cakap macam tu. Abang tak pernah janji yang abang akan ceraikan Manisa. In fact, I'm giving you a chance. You can leave, you can stay. Sama ada Manis tetap di sisi abang sebagai seorang isteri ataupun Manis sanggup tinggalkan abang dengan membawa gelaran isteri."

"Abang kejam! Abang nak suruh keluarga kita nampak Nisa yang jahat sebab tinggalkan abang. Abang memang nak gantung Nisa tak bertali, kan?"

"I wouldn't dare to hurt you, sayang. Abang sendiri pun tak sanggup nak buat macam tu. Tapi Manis, dari awal lagi abang pernah cakap kalau Manis masuk dalam perangkap abang, you can't go out as you please."

Manis Abang Where stories live. Discover now