Manisa menggaru leher yang tidak gatal. Kaki yang gagah berdiri mula dirasakan sengal-sengal. Dia kemudiannya mengambil tempat di couch bean. Sepanjang bekerja di Perpustakaan Negara ini dia mengalami kebosanan yang teruk. Tatacara kerja yang tidak ubah seperti pengawas pusat sumber tidak memberi apa-apa cabaran yang mendebarkan degupannya.
Dia mahukan satu kerja yang berisiko yang boleh membuatkan adrenaline bekerja keras. Mata yang terbuka separa pantas membulat. Manisa rasa dia dah tahu apa yang diinginkannya selama ini.
Matanya memandang pintu perpustakaan yang terbuka. Saat terjengul sahaja muka Rabiatul di muka pintu, lantas dia mengorak langkah mendapatkan sepupunya itu.
Bagaimana dia dapat menundukkan ego Rabiatul sehinggakan gadis yang menjunjung keangkuhan itu rela datang menyembah Manisa? Tidak lain tidak bukan Taaqid. Sebut sahaja nama Taaqid, Rabiatul rela mengorbankan apa sahaja. Cinta sememangnya membutakan.
"Macam mana kalau kita berbincang dejat luar?" Cadang Manisa sambil melihat Rabiatul yang nak tak nak melayannya. Jelas dari sudut pandang Manisa bahawa gadis itu tidak ikhlas untuk datang.
"Kita ke Zus. Aku nak cepat ada banyak appointment lagi untuk hari ini." Rabiatul mengerling jam tangan Zenith yang melilit pergelangan tangannya. Bekerja sebagai doktor psikiatri bukanlah satu bidang kerja yang mudah. Tambah lagi dengan jadual yang padat terisi appointment bersama pesakit. Jangan sampai pertemuannya dengan Manisa pun disenaraikan dalam sesi terapi.
"Boleh. Aku tak sangka pula kau suka kopi, sama macam abang."
"Abang?" Dia tahu gadis bernama Manisa itu memanggil Taaqid dengan panggilan mesra yang menunjukkan hubungan rapat mereka tetapi Rabiatul tetap berasa cemburu.
"Ya, abang Taaqid."
Rabiatul menggenggam kuat-kuat jemarinya dalam genggaman. Hampir sahaja emosinya mengawal kewarasan yang dia miliki. Tangan yang ingin menampar Manisa dikawal sedaya mungkin. Semakin bertambah geram kerana Rabiatul tidak mempunyai minat yang sama dengan tunangnya. Dia tidak sukakan kopi.
Kedua-duanya membawa langkah ke sebuah kafe Zus berdekatan, memesan Sea Salt Lemon Fizz untuk Rabiatul dan Watermelon Latté pula untuk Manisa.
"Apa yang kau nak bincang dengan aku?" Rabiatul menyoal tidak sabar. Semakin lama bersama Manisa, semakin panas bontotnya.
"Sabarlah. Kenapa tak boleh nak sabar ni? Kan awal lagi? Kita minum dulu baru aku akan explain satu-satu."
"Kau ingat aku enjoy ke lepak dengan kau, Manisa? Ke kau tak ada langsung kawan lepak? Kau sengajakan guna nama Abang Taaqid semata-mata untuk jumpa aku." Sinis Rabiatul memerli. Bukan dia tidak tahu tentang Manisa. Gadis itu dibuli dengan teruk sepanjang zaman persekolahan dan selepas diterima masuk ke universiti untuk menyambung diploma, Manisa memilih untuk menyendiri tanpa teman. Cerita hidup Manisa itu disampaikan sendiri oleh mak longnya.
"Rabiatul Hajra, untuk pengetahuan kau tunang kesayangan kau tu setiap bulan bagi duit dekat aku. Aku rasa macam dapat nafkah zahir. Tapi itulah aku bukan isteri dia. Kalau jadi isteri bukan nafkah zahir sahaja dia akan bagi, kan?"
"Bagi duit?" Rabiatul menyembunyikan perasaannya. Digagahkan diri untuk meneruskan lakonan sandiwara di hadapan Manisa. Dia tidak mahu nampak lemah ketika ini. Dia langsung tidak mengetahui tentang hal pemberian wang 'nafkah' itu.
"Manisa, kau tahu kan yang kau tu orang miskin? Hidup susah dekat rumah buruk. Sebab itulah Abang Taaqid kesian. Dia bagi duit untuk tolong kau. Gaji kau sekarang bukan banyak sangat untuk teruskan hidup dekat bandar besar macam KL ni. Dia tolong kau sebab kesian."
Manisa mengetap geraham. Balik-balik hal latar belakang dan status ekonomi keluarga Manisa juga diungkit.
"Kakak kau pun bercerai kan? Termasuk kau, ada empat mulut yang kau kena tanggung dan bagi makan. Kalau aku tengok keadaan kau pun aku kesian, Manisa. Sudahlah miskin hina, nak jadi penyondol pula. Aku nak bagi nasihat sikit. Kalau kau miskin, paling kurang kau kena ada harga diri."
"Kau rasa puas ke dapat hina aku? Kau pun kaya sebab bapak kau dan harta dunia tak boleh bawa masuk ke dalam kubur." Sembur Manisa tanpa henti.
"Kalau kaya sebab harta bapak aku pun kenapa? I'm still rich and oh ya memang harta tak boleh tanam sekali dalam kubur tetapi hidup di dunia sekarang perlukan harta sendiri bukannya mengemis duit daripada tunang orang lain."
Berombak-ombak dada Manisa menahan amarah yang menggunung. Dia tahu setiap hujahnya dapat dipatahkan dengan mudah oleh Rabiatul.
"Aku takkan tertipu dengan kau. Kau boleh pakai topeng angelic kau depan orang lain tapi bukan aku. Aku boleh nampak dengan jelas betapa busuknya hati kau, Manisa. Sama macam mak kau. Perampas kebahagian keluarga aku."
"Sebenarnya aku tak pernah ada niat nak rampas kebahagian kau. Tapi lepas kau tuduh aku banyak kali why not aku jadikan tuduhan kau sebagai realiti. Kau nak tengok aku rampas hak kau, kan? I will do it. Aku akan curi Taaqid daripada kau."
"You're in denial, Manisa. Here take it, maybe you want to seek for help." Sekeping kad perniagaan dihulurkan kepada Manisa. Kad klinik psikiatri yang terpapar pada kad perniagaan itu dipandang sebelah mata.
"Aku tak perlukan benda ni. Mungkin kau yang akan perlukan nanti. Thanks."
"Manisa," nama Manisa diseru oleh Rabiatul. Kali ini sinaran anak mata Rabiatul bertentang dengan kornea Manisa. Yakin dan penuh percaya diri.
"May the best woman win."
🍰
Happy reading.
Hmm tam pamham. Ramai lagi lemlakim laim kemnampam bemrembut lemlakim samam.
YOU ARE READING
Manis Abang
ChickLitNur Manisa & Taaqid Qalbi Yang kelihatan manis itu adakalanya sepahit hempedu. Siri 1: Manis Abang Special Chapter: Suara Hati Lelaki Bisu p/s: sedang disunting