𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡 9

548 57 6
                                    

Kesan lingkaran gelap di bawah mata disentuh lembut. Mastura mengeluh. Kepalanya terasa berat seakan-akan dunia ini sedang berputar laju dan lari dari paksinya. Segunung perkataan pun tak mampu nak menggambarkan kesakitan yang dia alami sekarang ini. Mastura merasakan kekosongan seakan lohong hitam gelap memenjara jiwanya.


Mesej daripada Puan Mazidah dibuka. Bait-bait ayat yang tertulis di skrin hampir menyebabkan air matanya menitis. Dia menaip sesuatu pada papa kekunci di skrin.


To: Mak
- Maaf mak. Suami Mas sibuk sikit sekarang.
Nanti ada masa lapang kami akan balik jenguk mak.








Paparan hantar disentuh lembut. Mastura mengelap lebihan sisa air mata dengan belakang tapak tangan. Mungkin ini ujian di alam perkahwinan. Mungkin juga kalau Mastura bersabar dan menghadapinya dengan redha, suaminya akan berubah.




Entah berapa kali Mastura menyandarkan harapan itu dalam hati. Kemanisan alam rumah tangga yang dikecapinya bertahun lalu kian tawar. Prioriti Jazril bukan lagi kepada Mastura dan Haidar. Semuanya bermula selepas perkahwinan Johari, adik suaminya dua tahun yang lalu.



Jarum jam sudah menginjak ke pukul 6.00 petang dan waktu ini kebiasaannya menjadi waktu suaminya pulang dari kerja. Cepat-cepat Mastura mengeringkan badan yang masih berkemban. Baju kelawar disarung terus menutupi tubuhnya. Pintu bilik dibuka tetapi figura Jazril terlebih dahulu terpampang di muka pintu.




"Abang." Panggilan itu terluah perlahan dari bibir Mastura . Dia terlewat untuk menyambut suaminya di muka pintu rumah. Tepi baju kelawarnya digenggam erat.



"Pergi turun bawah. Mak abang datang melawat." Mastura mengangguk faham. Tapi baru saja dia nak berlalu ke ruang tamu, tangannya dirangkul oleh Jazril.




"Tukar pakaian, pakai baju yang abang belikan haritu. Ika ada sekali dekat bawah." Mendengar nama itu, hati Mastura seakan dilapah dengan pisau yang tajam.




"Baik, abang." Mastura memilih untuk akur.




Ika ataupun Zulaika merupakan adik ipar Jazril. Kiranya biras kepada Mastura dan Ika tinggal bersama mak mertuanya. Senang kata, menantu kesayangan keluarga. Mastura tidak kisah tentang itu yang dia kisahkan ialah Jazril. Jazril pernah menaruh perasaan terhadap Ika.



Siap menukar pakaian, dia berlalu ke ruang tamu menyalami kedua-dua tetamu.




"Kejap ya, Mas buatkan air untuk mak dengan Ika."



"Lamanya nak turun ke bawah. Kamu tak nak jumpa mak ke, Mas?" Perli Puan Samiah yang sedang meriba cucunya, Haidar.




"Takkanlah Kak Mas nak buat macam tu, mak. Mungkin Kak Mas baru bangun tidur. Sebab itu dia lambat turun bawah." Zulaika mencelah, seakan nak membela Mastura tetapi sebenarnya makin mencurahkan minyak.




"Tidur waktu petang macam ni? Habis tu laki balik tak ada orang sambut?"




"Mak, Mas baru siap mandi. Makan malam pun Mas dah masak nanti Mas hidangkan." Mastura yang malas nak berperang mulut berlalu ke dapur. Dibiarkan mertua dan menantu kesayangan berborak sakan di ruang tamu.




"Cantik baju Kak Mas kan, mak? Bagus betul layanan Abang Ril dekat Kak Mas."




Ocehan mereka itu menusuk ke cuping telinga Mastura. Memang itulah yang Jazril mahukan. Jazril nak Zulaika sedar, betapa bertuahnya sesiapa yang menjadi permaisuri di hati lelaki itu.




Manis Abang Where stories live. Discover now